Ummi Mahabbah Educare Group

Ummi Mahabbah Educare Group

Share

UMMI MAHABBAH bertempat di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat.(Atas Mydin)

Menyediakan perkhidmatan Tadika, Transit dan Kelas Bacaan.

Kepakaran kami adalah membantu anak anda menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis & mengira) sebelum memasuki alam persekolahan atau yang telah berada di alam persekolahan.

10/03/2026

Imam solat terawikh ❎
Imam amali solat βœ…

Trend baik mcm ni kalau ikut takpe je kan 😁

Mana tau lagi 10 15 tahun Aish jadi imam betul betul p**ak kan ❀️

Setiap jumaat anak anak kelas 4 tahun hingga 6 tahun akan ada amali solat. Imam setiap minggu pun bergilir gilir πŸ˜‰

21/01/2026

Mak ayah masih mencari cari tadika, kelas bacaan dan transit sekolah rendah untuk anak anak?

Kami masih ada beberapa kekosongan. Kalau anak anak naik van jangan risau sebab guru bertugas akan tunggu bersama anak anak di pintu tadika sehingga anak anak selamat naik van 😁

Kelas bacaan p**a diadakan pada setiap hari sabtu dari jam 830 pagi hingga 1030 pagi.

Untuk maklumat lanjut boleh segera hubungi kami tau 😁

Photos from Ummi Mahabbah Educare Group's post 14/01/2026

Fuhhh lama ya tak update progress anak anak UM 😁

Maklum lah, seminggu ni teacher kena hadap drama air mata. Kena guna tenaga extra sampai nak pos pun tak.
sempat 🀭

TAPIIII alhamdulillah! Seminggu je anak anak teacher buat drama minggu lepas, hari isnin baru baru ni dah masuk kelas dan start belajar dah.

Masa kelas bacaan, macam macam rupa keluar sebab nak keluarkan bunyi tu. Bijak pandai semua anak anak teacher ❀️



Photos from Ummi Mahabbah Educare Group's post 07/01/2026

Macam macam gaya dan aksi anak anak yang baru memulakan sesi persekolahan pada hari isnin yang lepas.

Ada yang meraung
Ada yang happy
Ada yang terlebih excited 😁

Tapi baru sehari dua sekolah dah nampak perkembangan yang positif. Kebanyakannya pada hari ketiga hari ini, anak anak dah join semua aktiviti yang dah disediakan walaupun dalam pelbagai gaya 😌

Biasanya dalam tempoh seminggu orientasi merupakan tempoh anak anak hendak menyesuaikan diri. Jadi drama air mata merupakan antara drama wajib setiap hari sepanjang minggu ni 😬 tapi hari demi hari, drama air mata tu pun dah makin berkurangan πŸ€—

Semoga semua anak anak UM semakin serasi dan semakin bersemangat nak kesekolah setiap hari.

Photos from Ummi Mahabbah Educare Group's post 06/01/2026

ALHAMDULILLAH

Pada hari sabtu yang lepas, kami telah mengadakan sesi taklimat dan penyerahan uniform untuk lelajar baru. Ramai betull yang datang sampai sesak di Pintu C 😁

Semalam p**a sesi persekolahan telah bermula. Bermacam macam drama dan aksi dari anak anak yang baru bersama kami tahun ni.

Untuk mak ayah yang sedang mencari tadika untuk anak anak, jom hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

Tapi jangan laaa tanya kekosongan babyschool. Sebb babyschool memang dah penuhh 😭

02/01/2026

Ehh yekee UM ada tiga pintu?

Kat mana pintu pintu UM ni? Tak nampak pun πŸ€”

Haaa selalu jee parents yang baru tanya tanya atau parents yang baru mendaftar dengan kami tanya kat mana pintu pintu UM ni.

Jom harini sy bawak anda semua tengok lokasi premis premis UM 😁

Bukan tadika saja, kami juga menyediakan perkhidmatan transit sekolaj rendah dan kelas membaca πŸ€—

Untuk mak ayah yang bertanya, kami minta maaf sangat. Lagi lagi untk parents yg tanya berkenaan babyschool. Sebab babyschool dah penuhhh 😭😭

Tapi untuk kelas 4 thun, 5 tahun dan 6 tahun masih ada beberapa kekosongan lagi tau untuk kelas kedua ☺️.

Sebarang pertanyaan? Segera hubungi kami ya 😁

01/01/2026

πŸŽ‰πŸŽ‰SELAMAT TAHUN BARU 2026 πŸŽ‰πŸŽ‰

Terima kasih yang telah bersama kami sepanjang 2025 yang lepas. Semoga segala s**a dan duka, penat dan lelah, bahagia dan derita sepanjang tahun 2025 ini menjadikan kita semua lebih matang menghadap hari hari mendatang πŸ€—

InsyaAllah, kami akan lebih berusaha untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya dan kami akan beusaha memberikan seoenuh hati kami untuk membantu anak anak berkembang dari segala segi 😁

Selamat Tahun Baru Semua ✨✨

31/12/2025

Tahun 2025 sudah sampai ke akhir nya.

Esok merupakan tahun baru, semangat baru, azam baru.

Walaupun pelbagai s**a duka dilalui tahun ini, bangkit lah lebih kuat lagi untuk masa depan πŸ€—

Terima kasih semua yang telah bersama kami sepanjang sesi 2025 ini. Moga kita bertemu lagi pada sesi 2026 nanti 😁

Video ni merupakan video kenangan manis sepanjang sesi 2025. Teacher akan rindu kan semua anak anak teacher yang akn melangkah ke darjah 1 pada tahun 2026 ni. Walaupun sedih untuk berpisah, teacher doakan semoga anak anak teacher sentiasa maju dan berjaya tak kira di mana pun mereka berada πŸ₯ΉπŸ€²

Teacher sayanggg semua anak anak teacher ❀️

Pssttt mak ayah, untk sesi 2026 ni walaupun babyschool sudah penuh, kelas 4, 5 dan 6 thun masih ada kekosongn tau. Jom segera hubungi kami sebelum tempat betul betul dah penuh 😬



26/12/2025

CAK CAK CEKUK πŸ‘πŸ‘

Kelas 6 tahun buat 2 persembahan tau masa hari Graduasi haritu.

Yang paling best, persembahan cak cekuk ni bukan diketuai oleh guru tau tau diketuai oleh Nur Humairah, pelajar kelas 6 tahun sendir 😍😍

Baru beberapa hari latihan haritu Humairah dah hafal step.

Mak ayah Humairah pun terkejut sebba tak tau anak mereka lead untk persembahan tu 😁

Tahniah Humairah dan tahniah anak kelas 6 tahun πŸ€—πŸ«Ά

Mak ayah yang masih mencari tadika untuk anak anak, jom segera hubungi kami untuk maklumat lanjut.. Tapi kelas babyschool dah penuh tauu 😒 kelas playschool 4 tahun hingga kelas preschool 6 thun masih ada kekosongan πŸ€—




23/12/2025

Langkah terakhir sebagai murid tadika

Tapi juga merupakan langkah pertama untuk masa depan yang lebih panjang ❀️

Semoga semua anak anak teacher berjaya dan menjadi orang yang sentiasa dihormati tak kira dimana pun anak anak teacher berada.

Kembang kan sayap, luaskan langkah. Corak lah masa deoan dengan kenangan yang indah indah 🫢

Credit video : NuraZila Amin ❀️

Photos from Ummi Mahabbah Educare Group's post 23/12/2025

Buat pertama kalinya, pada hari Sabtu yang lepas pihak UM mengadakan malam jamuan perpisahan senagai tanda perhargaan buat semua yang telah bersama kami sepanjang tahun ini. Kami juga telah mengadakan tahlil buat Arwah Puan Lija πŸ€—

Alhamdulillah, inilah keluarga besar UM. Terima kasih semua ibu bapa yang hadir, yang bawa makanan yang sedap sedap belaka. Meriah macam kenduri kahwin 😁

InsyaAllah, kita akan jadikan ini sebagai acara tahunan UM.

Terima kasih daun keladi,
Tahun depan kita jumpa lagi ❀️





17/12/2025

Agak agak apa persembahan dari kelas 6 tahun ni ye?

Masing masing dah tak sabar nak buat persembahan 😁

Teacher pun dah tak sabar nak tengok persembahan dari semua kelas.

Hari graduasi bukan hanya melibatkan kelas 6 tahun tau. Semua kelas, semua anak anak terkibat dengan persembahan. Untuk anak anak yang berjaya jawab exam dengan baik pun dapat hadiah tau.

Hari graduasi dan anugerah kecemerlangan UM adalah hari untuk anak anak berseronok. Tapi untk teacher hari yang sedih sebb hari tu merupakan hari terakhir teacher jumpa anak anak 6 tahun sebelum masing masing masuk ke darjah satu 😒

Semoga anak anak teacher jadi anak yang berjaya tak walau di mana pun mereka berada ❀️



Want your school to be the top-listed School/college in Hulu Langat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


71-1 & 77-1 Jalan LAGENDA SURIA 1, TAMAN LAGENDA SURIA
Hulu Langat
43100

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00
Saturday 08:00 - 18:00