Maahad Tahfiz Miftahul Ulum

Maahad Tahfiz Miftahul Ulum

Share

TAHFIZ AL-QURAN BESERTA PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB. Untuk Info Lanjut Sila Layari www.mtmu.edu.my

TAHFIZ , ISLAMIC AND ARABIC STUDIES.

For More Info Please Visit www.mtmu.edu.my Maahad Tahfiz Miftahul Ulum (MTMU) ditubuhkan pada 2001. Nama asal sebelum ini digunakan sehingga April 2008 dan diubah kepada MTMU untuk tujuan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dengan no pendaftaran [13S(3)4-12].

25/04/2026

Selepas kejadian kebakaran di Kelas Hafizah ( Hafalan Alquran di Banat) pada 14/4/26...Harus mencari tempat untuk menempatkan kelas Hafizah ini dengan kadar segera. Semuga Allah mudahkan urusan Kelas dan penempatan Pelajar Banat

23/04/2026

👆*Mohon inubapa warwarkan kepada keluarga dan sahabat handai dan kenalan....insyaaAllah kita target untuk dapat 6-7 ekor Qurban lembu....insyaaAllah sebahagian dagingnya akan di simpan dan di gunakan untuk makanan2 pelajar Maahad. Harap dapat panjang2 kan*

15/04/2026

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,*

*Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa telah berlaku satu kejadian kebakaran pada 14 April 2026 sekitar jam 4.30 pagi di Kelas Pengajian di Asrama Hafizah di Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, Hulu Langat.*

*Kebakaran tersebut telah memusnahkan Sebahagian Blok Bangunan Maahad Bahagian Banat yang terdapat kitab-kitab perpustakaan dan barang simpanan Maahad.*

*Sehubungan itu, kami amat mengharapkan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para pelajar dan pihak Maahad, sekaligus ikhtiar untuk terus memulakan Kelas sebaik kerja2 forensik Bomba dilakukan.*

*Sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun yang tertera di poster rasmi.*

*Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.*

*"Ringankan beban mereka, hulurkan bantuan anda hari ini.”*

*Sekian, terima kasih.*

14/04/2026

Maahad di uji dengan kebakaran di pagi hari ....

Photos from Maahad Tahfiz Miftahul Ulum's post 13/04/2026

Alhamdulillah MTMU telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi Pelajar, Asatizah dan kakitangan bagi tahun 2026

20/03/2026

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami di Kelas Alim MTMU ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada para dermawan tetap yang terus setia menyokong perjuangan ilmu ini tanpa jemu.
Sesungguhnya setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar membantu perjalanan kelas ini, bahkan menjadi saham akhirat yang mengalir pahalanya tanpa henti, insyaAllah.
Bersempena Syawal yang mulia, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Allah SWT menerima segala amalan para dermawan sepanjang Ramadan yang lalu—puasa, sedekah, qiyam dan segala bentuk kebaikan yang telah dilakukan.
Kami juga mendoakan agar para dermawan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan rezeki, dipanjangkan usia dalam ketaatan, serta diberi peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadan yang akan datang dalam keadaan yang lebih baik dan penuh keberkatan.
Terima kasih atas kepercayaan dan kasih sayang yang berterusan. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan akhirat.

14/03/2026
12/03/2026

Seronok anak2 Maahad Tahfiz Miftahul Ulum iftar berdulang bersama kawan seperjuangan. Siratulrahin ini akan berkekalan dan lekat di jiwa bila pelajar2 khatam dan berhijrah ke tempat lain. Kenangan terbaik

Photos from Maahad Tahfiz Miftahul Ulum's post 11/03/2026

Pendaftaran Sesi 2026/2027 di buka selarang. Ingin belajar di Mahaad Tahfiz, boleh hubungi kami dengan segera. Lokasi kami di Hulu Langat, Selangor

Want your school to be the top-listed School/college in Hulu Langat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Lot 5649, Jalan Kuari Sungai Long, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat D. E
Hulu Langat
43100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00