Bba4001 SK Sungai Serai

Bba4001 SK Sungai Serai

Share

INSTAGRAM : sunraismilikkita

Halaman rasmi bagi SK Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor bagi tujuan menyampaikan maklumat berkenaan dunia pendidikan dan makluman sekolah untuk dikongsikan bersama warga pendidik dan ibu bapa murid khususnya.

06/05/2026

Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.

Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak makan. Nak buka kasut. Nak cerita apa yang berlaku di sekolah hari itu.

Tapi di zon sekolah, satu saat leka boleh jadi penamat kepada satu nyawa.

Kita selalu anggap depan sekolah itu tempat biasa. Tempat berhenti sekejap. Tempat reverse sekejap. Tempat turunkan anak cepat-cepat sebab lambat kerja.

Sebenarnya, depan sekolah ialah kawasan paling rapuh.

Anak kecil rendah. Kadang-kadang mereka berada di blind spot kenderaan. Mereka belum cukup matang untuk menilai kelajuan, jarak dan bahaya. Bila loceng balik berbunyi, kawasan sekolah jadi penuh dengan van, kereta, motosikal, ibu bapa, pengawal, penjaja dan murid yang bergerak serentak.

Sebab itu zon sekolah bukan tempat untuk berebut jalan.

Bukan tempat untuk marah-marah sebab kereta depan lambat.

Bukan tempat untuk “kejap je”.

Bukan tempat untuk tekan minyak sebab mahu cepat keluar.

Kalau bawa van, kereta atau motosikal di kawasan sekolah, perlahanlah walaupun tiada orang nampak. Berhenti betul-betul. Pandang kiri kanan. Periksa depan, belakang dan sisi kenderaan. Jangan bergantung pada cermin sahaja.

Anak orang bukan kon, bukan halangan jalan, bukan bayang-bayang kecil yang boleh kita abaikan.

Mereka adalah dunia seseorang.

Hari ini mungkin kita cuma terlambat 5 minit.

Tapi ada keluarga yang mungkin kehilangan sepanjang hayat.

18/04/2026

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Salam Sejahtera

Photos from Bba4001 SK Sungai Serai's post 12/04/2026

Majlis Selautan Budi Sejuta Memori sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti Tuan Haji Mohd Zaki bin Mohd Mukhtar sebagai Guru Besar SK Sungai Serai sejak Mei 2024. Beliau akan meneruskan khidmat dan visinya di SK Bandar Teknologi, Kajang.
Semoga Tuan Haji Mohd Zaki terus cemerlang. Terima kasih atas segala jasa dan kepimpinan yang hebat di SK Sungai Serai.


10/04/2026

Majlis Selautan Budi Sejuta Memori
Perpindahan Guru Besar
Tuan Haji Mohd Zaki bin Mohd Mukhtar

09/04/2026

Selesai sudah tugas SK Sungai Serai sebagai pengelola Mahrajan Adab Dan Nilai (ADNI) bagi peringkat Zon Cheras PPD Hulu Langat di bawah kepimpinan Tuan Haji Mohd Zaki bin Mohd Mukhtar, Guru Besar SK Sungai Serai.



TAKBIR RAYA 2026 20/03/2026

TAKBIR RAYA OLEH GURU BESAR SK SUNGAI SERAI,
TUAN HAJI MOHD ZAKI BIN MOHD MUKHTAR BERSAMA WARGA SK SUNGAI SERAI

.1

TAKBIR RAYA 2026 SK SUNGAI SERAI, HULU LANGAT,SELANGOR

Photos from Bba4001 SK Sungai Serai's post 13/03/2026

Assalammualaikum
Salam SK Sungai Serai
Pendidikan bermutu Insan terdidik negara sejahtera

Pada 8 Mac 2026, seramai 5 keluarga pelajar SK Sungai Serai menerima sumbangan pada Majlis Agihan Sumbangan Beg Rezeki Sempena Ramadan oleh Islamic Dental Association of Malaysia (IDAM) bersama Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin. Setiap keluarga menerima sumbangan yang berupa barang keperluan sepanjang menyambut bulan ramadan yang mulia ini.

Warga SK Sungai Serai mengucapkan sejuta terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan. Next program jangan lupa kami ye.




(IDAM)

Photos from Bba4001 SK Sungai Serai's post 13/03/2026

Assalammualaikum
Salam SK Sungai Serai
Pendidikan bermutu Insan terdidik negara sejahtera

Pada 25 Februari 2026, Pihak Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan usahasama Coca-Cola Malaysia dalam program Sinar Kasih Ramadan 2026 telah ziarah rumah salah seorang pelajar SK Sungai Serai dan menyumbang berupa wang tunai serta Bakul Makanan kepada keluarga pelajar tersebut di Sungai Long Hulu Langat.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Dato’ Pengerusi YBK, Datin, Wakil coca-cola Malaysia, Pentadbir SK Sungai Serai dan Media untuk memeriahkan program tersebut.

Terima kasih kepada pihak YBK dan Coca-Cola Malaysia kerana meringankan beban keluarga yang susah sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga Allah mudahkan segala urusan dan luaskan rezeki anda semua.





(IDAM)

Photos from Bba4001 SK Sungai Serai's post 05/01/2026

TAHNIAH buat anak-anak tahun 6 batch 2025 SK Sungai Serai yang akan melangkah ke alam menengah. Teruskan kecemerlangan anda.

Want your school to be the top-listed School/college in Hulu Langat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Hulu Langat
43100