25/07/2026
BAUCAR KITA SELANGOR (BKS) 2026
Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Baucar Kita Selangor (BKS) sebagai inisiatif bantuan kewangan untuk membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup. Bantuan ini berjumlah RM100 sebulan selama 6 bulan.
BKS merupakan kesinambungan kepada program BINGKAS, dengan fokus penyaluran bantuan yang lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Baucar ini boleh digunakan untuk pembelian keperluan asas seperti makanan, perubatan dan pendidikan.
Kategori penerima:
Kategori A (Pra-Daftar)
Penerima yang telah dikenal pasti melalui pangkalan data kerajaan, termasuk:
* Pemohon BINGKAS yang pernah memohon tetapi tidak menerima bantuan
* Ketua Isi Rumah (KIR) miskin berdaftar
* Individu yang kehilangan pekerjaan atau terjejas pendapatan
* Golongan rentan seperti penjaga/penyelia PPDK dan PAWE, guru taska serta ibu bapa kepada anak OKU
Penerima hanya perlu membuat semakan kelayakan dan pengesahan maklumat melalui Portal Rasmi BKS atau aplikasi Selangkah.
Kategori B (Permohonan Baharu)
Terbuka kepada ibu tunggal (kematian suami atau bercerai) dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan mengisi maklumat dan memuat naik dokumen yang diperlukan.
Laman rasmi
π https://baucarkitaselangor.com/
23/07/2026
Pelaksanaan Pembayaran Bil Dalam Talian Menerusi Portal ePerkhidmatan Pos Malaysia Berhad
20/07/2026
Pihak NADI sedang menjalankan kempen untuk menggalakkan orang ramai memuat turun aplikasi MCMC Nexus π±
Kenapa anda digalakkan sertai?
β¨ Boleh semak kelajuan internet sendiri dengan mudah
β¨ Data yang dikumpul membantu menambah baik kualiti rangkaian
β¨ Lebih ramai penyertaan, lebih kuat suara komuniti kita
Caranya sangat mudah π
βοΈ Muat turun aplikasi MCMC NEXUS
βοΈ Jalankan ujian kelajuan internet pada peranti anda
βοΈ Selesai
15/07/2026
π Jadi Pelajar Pintar Dengan AI! π€π
Nak belajar dengan lebih bijak, cepat dan berkesan menggunakan AI? Sertai webinar percuma ini dan pelajari bagaimana Kecerdasan Buatan (AI) dapat membantu meningkatkan kecemerlangan pembelajaran serta produktiviti anda!
πΌ Apa yang anda akan pelajari?
β¨ Asas AI Generatif dan potensinya dalam pembelajaran.
β¨ Konsep serta kegunaan AI dalam kehidupan harian.
β¨ Amalan penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab.
β¨ Cara mendapatkan respons AI yang berkualiti dan responsif.
β¨ Aplikasi praktikal AI sebagai alat sokongan pembelajaran.
β¨ Meningkatkan produktiviti belajar dan kemahiran belajar kendiri.
π
Tarikh: 15 Julai 2026
β° Masa: 10.00 pagi β 12.00 tengah hari
π» Platform: Microsoft Teams (Atas Talian)
π©βπ« Trainer: Ms. Suraya Binti Md Suyod
π Sijil penyertaan disediakan
π― Mengapa anda perlu sertai?
β
Pelajari cara memanfaatkan AI untuk pembelajaran yang lebih efektif.
β
Tingkatkan kemahiran belajar secara kendiri dengan bantuan AI.
β
Sesuai untuk peserta berumur 10 tahun ke atas.
β
Penyertaan adalah PERCUMA.
π² Sertai webinar sekarang!
π https://teams.microsoft.com/meet/46224440594373?p=lyF2Jo616imTEDNoTY