SRITI Kedah

Call Directions Contact the school

SRITI Kedah Sebarang pertanyaan hubungi admin
+6011-5366 2030

📍LENSA TAMRIN GURU SRITI
06/09/2026

📍LENSA TAMRIN GURU SRITI

📍LENSA TAMRIN ASAS GURU SRITI
06/09/2026

📍LENSA TAMRIN ASAS GURU SRITI

TAMRIN GURU SRITI NEGERI KEDAH 2026 Alhamdulillah, Tamrin Guru SRITI Negeri Kedah 2026 telah berlangsung dengan jayanya ...
05/09/2026

TAMRIN GURU SRITI NEGERI KEDAH 2026

Alhamdulillah, Tamrin Guru SRITI Negeri Kedah 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 & 4 September 2026 bertempat di Pusat Latihan & Rekreasi YKS, Sedim, Kulim, Kedah.

Program ini menghimpunkan warga pendidik SRITI Negeri Kedah dalam suasana penuh ukhuwwah dan semangat kebersamaan.

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan bagi memperkukuh profesionalisme, kompetensi dan jati diri guru, di samping mengeratkan hubungan sesama warga SRITI.

Majlis turut dirasmikan oleh Tn. Muhammad Aminuddin bin Khalid, Pengarah Jabatan Profesional Muda (J-PRO) DPPNK.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus mendidik, membimbing dan melahirkan generasi Rabbani yang berkualiti.

Tahniah buat semua bakal bergelar Graduan Guru SRITI ✨.




Majlis Penutup Kursus Guru SRITI Kedah Siri 4 tahun 2026Alhamdulillah, Kursus Guru SRITI siri akhir melabuhkan tirainya ...
15/08/2026

Majlis Penutup Kursus Guru SRITI Kedah Siri 4 tahun 2026

Alhamdulillah, Kursus Guru SRITI siri akhir melabuhkan tirainya dengan berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Guru SRITI Siri 4 yang menghimpunkan para guru dalam suasana penuh bermakna.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria, Pengurus Besar Yayasan Amal Sejahtera (YKS).

Majlis turut diserikan dengan ucapan wakil Muallim dan Muallimah yang mewakili para peserta kursus, selain penyampaian penghargaan dan ucapan tahniah kepada peserta terbaik atas komitmen, disiplin dan kesungguhan sepanjang mengikuti kursus.

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa, memberikan komitmen serta mengikuti keseluruhan pengisian Kursus Guru SRITI Siri 4 Tahun 2026 dengan penuh kesungguhan.

Majlis penutup ini menjadi kemuncak kepada rangkaian pengisian dan latihan yang telah dilalui para guru sebagai usaha memperkukuh kompetensi, profesionalisme dan kesiapsiagaan guru dalam melaksanakan amanah pendidikan.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang kursus dapat diterjemahkan dalam tugas mendidik dan membimbing generasi SRITI.

Tahniah dan syabas buat seluruh warga guru yang terlibat!
Semoga terus istiqamah dalam mendidik, membimbing dan membina generasi Rabbani Murabbi.

Kursus Guru SRITI Siri 4 | 2026Slot Protokol Majlis & Etiket menjadi antara pengisian dalam Kursus Guru SRITI Siri 4 Tah...
15/08/2026

Kursus Guru SRITI Siri 4 | 2026

Slot Protokol Majlis & Etiket menjadi antara pengisian dalam Kursus Guru SRITI Siri 4 Tahun 2026, disampaikan oleh Ustaz Syed Mohamed Akashah bin Syed Idrus.

Sesi ini berlangsung secara teori dan praktikal, memberikan pendedahan kepada para guru berkaitan tatacara protokol majlis, etiket serta pengurusan diri dalam sesuatu majlis rasmi.

Pengisian ini turut menjadi sebahagian daripada persiapan para guru menjelang Majlis Penutup Kursus Guru SRITI Siri 4, yang merupakan kursus terakhir bagi tahun ini.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pengurusan majlis serta meningkatkan profesionalisme warga pendidik SRITI.

Kursus Guru SRITI Siri 4 | 2026
Memperkasa Guru, Membina Generasi 🌱

Kursus Guru SRITI Siri 4 tahun 2026 📚Kursus Guru SRITI Siri 4 telah bermula pada hari ini dan akan berlangsung sehingga ...
13/08/2026

Kursus Guru SRITI Siri 4 tahun 2026 📚

Kursus Guru SRITI Siri 4 telah bermula pada hari ini dan akan berlangsung sehingga petang esok, menghimpunkan para guru SRITI dalam suasana pengisian, perkongsian ilmu dan pembangunan profesionalisme.

🎯 Slot pertama dimulakan dengan sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Ustazah Naimah, bagi membina keserasian dan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.

💻 Seterusnya, pada malam ini para guru akan mengikuti Bengkel AI untuk Pendidik bersama Sir Fitri Othman. Bengkel ini memberi pendedahan kepada para pendidik tentang pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Semoga Kursus Guru Siri 4 ini menjadi medan untuk para guru menambah ilmu, berkongsi pengalaman dan memperkasa kompetensi sebagai pendidik, demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berkualiti.

Selamat mengikuti kursus dan teruskan melangkah dengan penuh semangat!






📚 KURSUS GURU SRITI SIRI 4Insya-Allah, Kursus Guru SRITI Siri 4 akan berlangsung pada:📅 13–14 Ogos 2026 (Khamis–Jumaat)📍...
13/08/2026

📚 KURSUS GURU SRITI SIRI 4

Insya-Allah, Kursus Guru SRITI Siri 4 akan berlangsung pada:

📅 13–14 Ogos 2026 (Khamis–Jumaat)
📍 Kompleks PAS, Batu 9, Alor Setar

Kursus ini menghimpunkan para guru SRITI Negeri Kedah dalam usaha memperkukuh ilmu, kemahiran dan kompetensi guru dalam mendidik generasi Rabbani.

Semoga segala pengisian dan perkongsian yang bakal disampaikan memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik SRITI Negeri Kedah.

Membina Generasi Rabbani Murabbi



📸LENSA KESUGA 2026 | MAJLIS PEMBUKAAN & PENYAMPAIAN HADIAHDari tirai pembukaan hingga ke detik kemenangan, setiap momen ...
11/08/2026

📸LENSA KESUGA 2026 | MAJLIS PEMBUKAAN & PENYAMPAIAN HADIAH

Dari tirai pembukaan hingga ke detik kemenangan, setiap momen KESUGA 2026 penuh dengan semangat, kesungguhan dan kenangan yang tidak ternilai. 🏆✨

Jom kita soroti kembali wajah-wajah ceria, aksi penuh semangat dan detik gemilang sepanjang KESUGA 2026. 📷

Setiap detik ada ceritanya, setiap kejayaan ada perjuangannya. 💚💛

credit 📸 SRITI Malaysia

SOROTAN MENARIK KESUGA KEBANGSAAN 2026Setiap detik merakam semangat, usaha dan kesungguhan para peserta sepanjang KESUGA...
10/08/2026

SOROTAN MENARIK KESUGA KEBANGSAAN 2026

Setiap detik merakam semangat, usaha dan kesungguhan para peserta sepanjang KESUGA 2026. 🏃‍♂️🏆

Ada yang berjuang mengejar kemenangan, ada yang mencipta kenangan, namun setiap langkah tetap punya cerita.

✨ Jom kita imbas kembali momen-momen menarik yang sempat dirakam sepanjang kejohanan!

credit📸 SRITI Malaysia

Address

Pejabat SRITI Negeri Kedah, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Pendidikan PAS
Guar Chempedak
08800

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 16:00

Telephone

+60108084322

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Kedah:

Shortcuts

Share