SMK Guar Chempedak

Call Directions Website Contact the school

SMK Guar Chempedak Sekolah Pendidikan Menengah Kerajaan yang beroperasi sejak 1968 dan telah berjaya melahirkan ramai l Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Menengah

📢PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2027🌈🎒🌟 Prasekolah  SMK Guar Chempedak membuka permohonan kemasukan murid P...
03/10/2026

📢PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2027🌈🎒

🌟 Prasekolah SMK Guar Chempedak membuka permohonan kemasukan murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2027.

👧🏻👦🏻 Terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2027.

📅 Tarikh Permohonan: 1 Oktober – 31 Oktober 2026

📌 Cara Permohonan:
Permohonan dibuat secara manual. Borang boleh didapati di pejabat sekolah.

📄 Borang yang lengkap dikembalikan ke pejabat sekolah bersama salinan dokumen yang diperlukan mengikut senarai yang dinyatakan.

📍 Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan SMK Guar Chempedak ditalian
☎️ 011-65735155

✨ Jangan lepaskan peluang! Mohon sekarang untuk masa depan pendidikan anak-anak yang lebih ceria dan bermakna.






🌿 KEM PEMIMPIN GENERASI MADANI 2026*🌿✨ “Bersama Membina Pemimpin Masa Depan” ✨Alhamdulillah, Kem Pemimpin Generasi MADAN...
02/10/2026

🌿 KEM PEMIMPIN GENERASI MADANI 2026*🌿

✨ “Bersama Membina Pemimpin Masa Depan” ✨

Alhamdulillah, Kem Pemimpin Generasi MADANI 2026 anjuran SMK Guar Chempedak telah berlangsung pada 30 September hingga 2 Oktober 2026 bertempat di Kem Palas.

Program ini menjadi wadah untuk membentuk generasi muda yang berkarakter, berjati diri, patriotik, berjiwa sukarelawan serta prihatin terhadap masyarakat dan negara. 🇲🇾

Sepanjang kem, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi:
🌱 Kluster Jati Diri – Pembangunan Insaniah, Fit Karakter & aktiviti kecergasan
🇲🇾 Kluster Kenegaraan– Diskusi Malaysia MADANI & Membina Negara Impian
🤝 Kluster Sosiobudaya– Cuba Rasa, Silang Budaya & Pecah Bendungan
💚 Kluster Ihsan– Kajian Lapangan & Tanggungjawab Sosial

Semoga pengalaman, ilmu dan nilai yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan untuk melahirkan pemimpin muda yang berintegriti, berdaya tahan dan mampu memimpin dengan penuh ihsan.🌟

Pemimpin hari ini dibentuk untuk memimpin masa depan.
🇲🇾 Generasi MADANI, Pemimpin Masa Depan!🇲🇾










Tahniahhh Dan Syabassss Team SMKGC✨✨✨Kedah Digital FrstivalChampion - Pertandingan Maker Tech1st Runner Up - Pertandinga...
01/10/2026

Tahniahhh Dan Syabassss Team SMKGC✨✨✨

Kedah Digital Frstival
Champion - Pertandingan Maker Tech
1st Runner Up - Pertandingan Engineering Design

Guru Pembimbing : Cikgu Rohani

Terima Kasih atas Doa dan sokongan semua warga SMKGC

📚✨ PROGRAM BOOST UP: PECUTAN AKHIR TINGKATAN 3 & 4✨📚Program BOOST UP semangat dan fokus! 💪🔥Program khas buat Tingkatan 3...
01/10/2026

📚✨ PROGRAM BOOST UP: PECUTAN AKHIR TINGKATAN 3 & 4✨📚

Program BOOST UP semangat dan fokus! 💪🔥
Program khas buat Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 (Peperiksaan Akhir) bagi membantu murid membuat persediaan yang lebih mantap dalam menghadapi peperiksaan.

🗓️ Tarikh: 29 September 2026 (Selasa)
⏰ Masa:11.30 pagi – 1.20 tengah hari
📍 Tempat:Blok C, Dewan An Nur, Blok H & Blok A
📖 Mata Pelajaran: Bahasa Inggeris, Matematik & Bahasa Melayu

🌟 Ilmu Hari Ini, Masa Depan Esok!
💪 Teruskan usaha, jangan mudah mengalah.
🎯 Fokus, disiplin dan usaha berterusan pasti membawa kejayaan!

🌿PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA KEMAS 💪✨Alhamdulillah, Program Gaya Hidup Sihat Bersama KEMAS telah berlangsung dengan...
01/10/2026

🌿PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA KEMAS 💪✨

Alhamdulillah, Program Gaya Hidup Sihat Bersama KEMAS telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat! 🌟

⏰ Masa:8.00 pagi – 10.00 pagi

Program ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat**, menjaga kecergasan fizikal serta membudayakan amalan hidup yang aktif dan sejahtera. 🏃‍♀️🏃‍♂️🥗

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga amalan hidup sihat terus menjadi budaya dalam kehidupan seharian. 💚

Sihat, cergas, ceria! 🌱✨

🏀 KEDAH PRE-UNIVERSITY NETBALL CHAMPIONSHIP 2026🏆Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam Kedah Pre-Universit...
01/10/2026

🏀 KEDAH PRE-UNIVERSITY NETBALL CHAMPIONSHIP 2026🏆

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam Kedah Pre-University Netball Championship 2026! 👏✨

📅 30 September 2026 (Rabu)
📍 SMK Agama S*k

Semoga kejohanan berlangsung dengan lancar dan terus menyemarakkan semangat sportiviti, disiplin dan kecemerlangan dalam kalangan atlet muda. 💪🏐

🌿 PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA TAHUN 2026📅 19 September 2026👥 Sasaran Semua murid,guru,Staf dan warga SMKGCPelbagai aktivi...
01/10/2026

🌿 PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA TAHUN 2026

📅 19 September 2026
👥 Sasaran Semua murid,guru,Staf dan warga SMKGC

Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk:
🧹 Gotong-royong
♻️ Pengumpulan, pengasingan dan kitar semula
🌱 Pengurusan sisa yang betul
🏫 Pembersihan dan pengindahan kawasan sekolah

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab seluruh warga sekolah terhadap kebersihan, pengurusan sisa dan kelestarian alam sekitar. 🌏💚

“Jom Bersama Jaga Kebersihan Sekolah Kita!”
✨ Sekolah Bersih, Murid Sihat, Negara Sejahtera✨

🎓✨ MAJLIS APRESIASI SPM 2026✨🎓29 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Apresiasi SPM 2026 bertempat di J...
01/10/2026

🎓✨ MAJLIS APRESIASI SPM 2026✨🎓
29 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Apresiasi SPM 2026 bertempat di Jerai Hill Hotel sebagai tanda penghargaan dan apresiasi kepada para calon SPM atas segala usaha, komitmen dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh persekolahan dan motivasi untuk calon SPM bagi menghadapi SPM 2026.

Majlis ini turut menjadi ruang untuk meraikan pencapaian serta mengukuhkan semangat kebersamaan antara murid, guru dan warga sekolah. 💐

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru serta pihak yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan kepada para calon SPM 2026.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi bekalan menuju kejayaan dan masa hadapan yang lebih gemilang. 🌟

Tahniah dan syabas kepada semua calon 2026!
Teruskan melangkah dengan yakin, berusaha dan percaya pada kemampuan diri. 💪📚





29/09/2026

Address

Jalan Jenun
Guar Chempedak
08800

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Sunday 07:00 - 18:30

Telephone

+6044686055

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Guar Chempedak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Guar Chempedak:

Shortcuts

Share

Category