SK Hj Hussin Dol

SK Hj Hussin Dol SK Haji Hussin Dol ditubuhkan pada tahun 1986 dengan nama SK Guar Chempedak 2.

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
23/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Dalam perhimpunan mingguan rasmi pada hari ini, Ahad 23 Ogos 2026, majlis penyampaian sijil 📜 kepada pasukan Choral Speaking, Dare-To-Spell, Poetry Recitation, Story Telling & Public Speaking SKHHD bersama guru² pembimbing mereka.

Sijil 📜 telah disampaikan oleh Puan Guru Besar SKHHD iaitu Puan Anita Badriah binti Abdul Rahman diiringi oleh GK HEM iaitu Ustaz Azhar bin Md Yusoff kepada kesemua peserta yang mendapat tempat saguhati SKHHD bersama² para guru pembimbing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua diatas kejayaan ini, InsyaAllah kita akan terus berusaha untuk menjadi johan p**a pada masa akan datang.

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
23/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Dalam perhimpunan mingguan rasmi pada hari ini, Ahad 23 Ogos 2026, majlis penyampaian sijil 📜 dan plaque 🏆 kepada pasukan Bicara Berirama SKHHD bersama guru² pembimbing mereka.

Sijil 📜 dan plaque 🏆 telah disampaikan oleh Puan Guru Besar SKHHD iaitu Puan Anita Badriah binti Abdul Rahman diiringi oleh GK HEM iaitu Ustaz Azhar bin Md Yusoff kepada semua pemenang naib johan 🥈 SKHHD bersama² para guru pembimbing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua diatas kejayaan ini, InsyaAllah kita akan terus berusaha untuk menjadi johan p**a pada masa akan datang.

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
21/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Kelmarin, Khamis 20 Ogos 2026, Puan Guru Besar SKHHD iaitu Puan Anita Badriah binti Abdul Rahman sebagai pentadbir SKHHD telah melakukan kunjung ziarah ke rumah seorang pekerja am SKHHD iaitu Puan Nurul.

Dalam kunjung ziarah tersebut, beliau bertanya perkhabaran terkini Puan Nurul atas keadaan kesihatan terkini Puan Nurul. Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Puan Nurul dan mendoakan supaya Puan Nurul segera sembuh dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.

warga SKHHD mendoakan semoga Puan Nurul diberikan kesembuhan segera, InsyaAllah , aamiin ya Rabbi 🤲🏼

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
21/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Pada hari Selasa 11 Ogos 2026 yang lalu, 2 orang murid SKHHD telah menyertai Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik 2026 peringkat Daerah Yan 2026 bertempat di Kompleks Jerai Plaza, Mydin Gurun.

Peserta kita bagi kategori lelaki ialah Adam Adha dan peserta perempuan ialah Zara Zafrina. Adam berjaya mendapat tempat kelima 🏆🏅 manakala Zara p**a mendapat saguhati 🏆🏅 dalam pertandingan terbabit.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta kita, tidak lupa kepada guru pembimbing serta seluruh warga SKHHD yang menyokong penuh penyertaan mereka.

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
20/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Kelmarin, Rabu 19 Ogos 2026, SKHHD telah menyertai Program Kayuhan Jiwa Merdeka peringkat Daerah Yan 2026 bertempat di SK Ulu Sedaka.

Seramai 4 orang murid dari kelas 6 UKM yang mewakili SKHHD ialah:

1. Muhammad Zafriel Naufal bin Md Zabani
2. Muhammad Sya'fi Harraz bin Anuar
3. Muhammad Syahid Mikail bin Mafiezy
4. Muhammad Dhani Mikhail bin Muzamir

Dalam program tersebut juga terdapat cabutan bertuah namun rezeki tidak memihak kepada wakil SKHHD.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta serta guru pengiring iaitu Ustaz Zamferi, pihak penganjur (SK Ulu Sedaka) serta pihak² atau agensi² kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program kayuhan ini.

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
20/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Selepas majlis bacaan Yasin mingguan pada hari ini, Khamis 20 Ogos 2026, telah disampaikan sedikit sumbangan daripada pihak PIBG SKHHD sebagai salah satu insentif yang menggalakkan kejayaan murid² yang berjaya mewakili SKHHD ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya ke peringkat negeri atau kebangsaan.

Seramai 4 orang murid yang akan mewakili SKHHD ialah:
➡️ Miftahul Imani binti Zamzukhairi (6 UUM) - pidato MSSK
➡️ Ahmad Firas Azfar (6 UUM) - kriket MSSM
➡️ Irsyad Mifzal (6 UPM) - kriket MSSM
➡️ Muhd Arsyad Farhan (6 USM) - kriket MSSM

Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Guru Besar SKHHD iaitu Puan Anita Badriah binti Abdul Rahman diiringi oleh GK kokurikulum iaitu Puan Rohayu binti Abdul Rahim.

Tahniah dan selamat berjaya diucapkan kepada semua peserta yang bakal bertanding di dalam peringkat yang tertinggi ini. Semoga kita menjadi johan & beroleh kejayaan manis, InsyaAllah, aamiin ya Rabbi 🤲🏼

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
19/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

🎊🎉 Panitia Bahasa Melayu SKHHD telah menyertai Pertandingan Bicara Berirama Bahasa Melayu peringkat MSSD Yan 2026 bertempat di SMK Agama Yan pada pagi ini, Rabu 19 Ogos 2026.

Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan terbabit bersaing denga berpuluh sekolah rendah lain sekitar daerah Yan. Dengan semangat juang yang tinggi menggunung bak Gunung Jerai, mereka telah memberi persembahan yang penuh bergaya dan irama yang sangat menarik.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam, pasukan Bicara Berirama kita telah mendapat Naib Johan 🥈🏆 dalam pertandingan terbabit. Setinggi tinggi perhargaan dan ucapan tahniah serta syabas kepada semua peserta, guru² pembimbing, waris², tenaga pengajar serta seluruh warga SKHHD yang menyokong penuh pasukan kita.

InsyaAllah, tahun hadapan kita akan terus berusaha untuk menjadi johan p**a.🎊🎉

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
16/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Alhamdulillah dikongsikan gambar² program Kem Bestari Solat siri 1 2026 yang melibatkan semua murid Tahap 2 SKHHD pada hari Jumaat 14 Ogos baru-baru ini.

Meskipun cuaca hujan di awal pagi hingga ke petang, namun anak-anak SKHHD berjaya menghadiri program ini dengan penuh semangat. KBS siri 1 merupakan program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SKHHD dengan usahasama barisan guru² KAFA.

Antara aktiviti² KBS ialah membaca bacaan rukun dalam solat serta amali solat. Semoga dengan program seumpama ini dapat memperkukuhkan asas solat serta memperbaiki cara solat anak-anak dengan lebih tepat, InsyaAllah, aamiin ya Rabbi 🤲🏼

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
13/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Dikongsikan gambar² wajah² yang mengharumkan nama SKHHD dalam Gema Pantun Warisan Madani peringkat MSSD 2026 bertempat di SMK Agama Yan pada beberapa minggu yang lalu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemantun SKHHD bersama para jurulatih, barisan pentadbir, para waris, guru² & warga SKHHD keseluruhannya.

Tidak mudah untuk melangkah dan dapat mencapai kejayaan ke tahap yang tertinggi ini, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱ...
13/08/2026

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 👋

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Dikongsikan gambar² wajah² yang mengharumkan nama SKHHD dalam Kejohanan Boling Tenpin peringkat MSSK 2026 bertempat di Alor Setar pada beberapa minggu yang lalu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain skuad boling SKHHD bersama para jurulatih, barisan pentadbir, para waris, guru² & warga SKHHD keseluruhannya.

Tidak mudah untuk melangkah dan dapat mencapai kejayaan ke tahap yang tertinggi ini, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Address

SK Haji Hussin Dol
Guar Chempedak
08800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Hj Hussin Dol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share