Surau Pondok Haji Hussain Che' Dol

Surau Pondok Haji Hussain Che' Dol Surau Pondok Haji Hussain Che Dol yang memulakan pembinaan semula pada Dec 2012 mengambil masa kira 8 bulan, siap sepenuhnya pada 8 Ogos 2013. Ishamuddin Abd.

Haji Hussain Che Dol merupakan seorang ahli agama atau seorang ulamak dan juga seorang ahli politik yang terkenal suatu ketika dahulu di Negeri Kedah Darul Aman. Beliau dilahirkan di Pondok Gajah Mati, Pendang pada tahun 1904. Beliau mendapat pendidikan awal dari bapanya Haji Ismail (Che Dol) di Pondok Gajah Mati. Melanjutkan pelajaran ke Pattani seterusnya ke Mekah Al-Mukarramah. Pada tahun 1930-

an beliau membuka pondok sendri di pekan Guar Chempedak dan mendirikan sekolah yang dikenali sebagai Madrasah Al-Akhlak Al-Islamiah. sekarang pondok ini masih terus hidup dan dimakmurkan oleh warga tua. Madrasah ini sudah dikenali sebagai Surau Pondok Haji Hussain Che' Dol. Peranan madrasah p**a sudah diserahkan kepada Sekolah Intergrasi Al-Faizin Guar Chempedak oleh cucunya Ustaz mohd. Rahim. Haji Hussain Che Dol adalah orang yang pertama menjadi Yang Dipertua Kesatuan Melayu kedah. Orang yang pertama menjadi Yang Dipertua Persatuan Ulamak Negeri Kedah dan menjadi orang pertama sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah mewakili kawasan Utara Tanah Melayu pada tahun 1951. Beliau juga pernah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah pada tahun 1950-an. Pernah juga dihadiahkan sebuah kereta keluarga diraja dengan menggunakan nombor plat K 77. Dalam peristiwa amukan bintang tiga di Jenun dan Teroi, beliau sangat dikenali kerana dengan izin Allah telah menyelamatkan orang-orang melayu dari ancaman komunis Bintang Tiga. Setelah mencurahkan jasa kepada masyarakat di bidang agama dan politik, pada hari Jumaat bersamaan 12 Mei 1967 Tuan Guru Haji Hussain Che Dol telah dijemput kembali kepada-Nya dalam usia 63 tahun.

30/08/2022
Selamat Menyambut Ramadhan Al MubarakMengejar amalan pahala dengan menunaikan ibadah tarawih bersama imam dan bilal di M...
02/04/2022

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Mengejar amalan pahala dengan menunaikan ibadah tarawih bersama imam dan bilal di Masjid Pondok Haji Hussain Che' Dol

Jom Mengimarahkannya

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al MubarakJom Semarakkan Masjid Kita 📣📣📣Sama-sama kita raih pahala dengan menunaikan sol...
02/04/2022

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak

Jom Semarakkan Masjid Kita 📣📣📣

Sama-sama kita raih pahala dengan menunaikan solat fardu dan tarawih di Surau Pondok Haji Hussain Che' Dol di bulan Ramadan yang mulia ini.

Majlis bacaan dan tahlil utk Tok Ayah Hj Hussain Dol Tok Wan Mariam,isteri2 Tok Ayah yg lain,dan seluruh Anak2 dan cucu2...
17/12/2021

Majlis bacaan dan tahlil utk Tok Ayah Hj Hussain Dol Tok Wan Mariam,isteri2 Tok Ayah yg lain,dan seluruh Anak2 dan cucu2 dan seluruh keluarga yg telah pergi menghadap Allah yg lama dan baru.Semoga semuanya dicucuri Rahmat dan di tempatkan bersama2 org2 yg beriman dan para2 syuhadak.Amiinn ya Rabbalalamin.

15.12.2021Kenduri kesyukuran dan doa  selamat anak kariah pondok haji Hussin selepas solat isyak dengan mematuhi SOP yan...
15/12/2021

15.12.2021
Kenduri kesyukuran dan doa selamat anak kariah pondok haji Hussin selepas solat isyak dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Juga diadakan mesyurat jawatankuasa pembangunan keselamatan kg(JPKK) Pondok Haji Hussin Dol Kali 2/2021

https://youtu.be/B7sJOn1CJFM
04/12/2021

https://youtu.be/B7sJOn1CJFM

Kuliah ceramah dari Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad berkenaan seorang sahabat nabi s.a.w yang dimasukkan di dalam negeri dan tidak dikira sebagai mati syahid.

Address

Pondok Haji Hussain Che' Dol
Guar Chempedak
08800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Pondok Haji Hussain Che' Dol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category