SK Padang Lumat - RASMI

Directions Contact the school

SK Padang Lumat - RASMI SePALU - Sepakat, Padu, Luar biasa
Langkah ke puncak


**Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKPL** Kedudukan sekolah kira-kira 100 meter dengan jalan raya tersebut. Hj.

Sekolah Kebangsaan Padang Lumat terletak di Km 25 Padang Lumat Jalan Alor Setar-Sungai Petani. Sejarah asal sekolah ini adalah berdasarkan kepada catatan Tn. Ibrahim bin Shafie, bekas Guru Besar. Berdasarkan catatan tersebut sekolah ini diasaskan sebelum perang dunia ke 2 lagi iaitu pada tahun 1934 oleh beberapa orang pemimpin tempatan dan dengan sokongan ibu bapa. Sekolah ini dinamakan Sekolah Rakyat Padang Lumat dengan murid seramai 34 orang dan diajar oleh seorang guru iaitu En. Ahmad bin Endut. Pada tahun 1939, murid sekolah ini bertambah kepada 100 orang dan bil guru bertambah kepada 3 orang. Bangunan sekolah pada masa itu hanya berukuran 60X16 kaki. Dinding diperbuat daripada buluh, atap nipah dan berlantaikan tanah sahaja. Masa berlakunya perang dunia akhir tahun 1941, sekolah ini telah dibakar oleh tentera Jepun semasa mereka singgah di sini. Pada tahun 1949, Jawatankuasa Pengasas telah ditubuhkan untuk membina semula sekolah ini dengan bangunan seluas 60 X 30 kaki. Tiang bulat, atap zink, dinding papan dan lantai simen. Bilangan murid pada masa itu seramai 70 orang dan 4 orang guru. Pada tahun 1952, sebuah bangunan 150 X 25 kaki didirikan oleh Jabatan Pelajaran yang dirasmikan pada 11 Mei 1952 oleh Pegawai Daerah Yan. Sekolah ini menerima bantuan penuh kerajaan pada 15 April 1961. Guru kerajaan yang berkelayakan juga dihantar. Guru Besar yang pertama ialah En. Ibrahim bin Shafie dan En. Omar bin Ismail sebagai penolongnya. Pada tahun 1977 satu bangunan 2 tingkat didirikan untuk menampung peningkatan pertambahan murid. Pada tahun 1981 satu bangunan 2 tingkat telah didirikan dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu Yang Berhormat Dato' Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 6 November 1984.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2026
17/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

๐ŸŽ‰ SYABAS DAN TAHNIAH ๐ŸŽ‰Muhammad Rafiq Aqil (PPKI SK Padang Lumat) telah berjaya membawa pulang pingat Gangsa bagi sukan p...
20/08/2026

๐ŸŽ‰ SYABAS DAN TAHNIAH ๐ŸŽ‰

Muhammad Rafiq Aqil (PPKI SK Padang Lumat) telah berjaya membawa pulang pingat Gangsa bagi sukan petanque kategori Double Lelaki.


SELAMAT BERJUANG
17/08/2026

SELAMAT BERJUANG

SELAMAT BERJUANG

Salah seorang MBPK dari daerah Yan telah terpilih mewakili negeri Kedah dalam SUKMA Selangor 2026.

Adik Mohammad Rafiq Aqil bin Rawandi dari SK Padang Lumat akan membawa cabaran negeri Kedah dalam sukan Petanque bagi kategori Double Lelaki dan Triple Lelaki.

Semoga kejayaan menjadi milik adik Rafiq dan pasukan Kedah amnya.


16/07/2026
๐Ÿ”ฌ MINGGU STEM SEPALU 2026 ๐Ÿ”ฌIkuti siaran langsung Tik Tok Live
14/05/2026

๐Ÿ”ฌ MINGGU STEM SEPALU 2026 ๐Ÿ”ฌ

Ikuti siaran langsung Tik Tok Live

Minggu STEM. | Check out SK PADANG LUMAT's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from SK PADANG LUMAT.

๐Ÿ”ฌMINGGU STEM SEPALU 2026 โš™๏ธ
09/05/2026

๐Ÿ”ฌMINGGU STEM SEPALU 2026 โš™๏ธ

๐Ÿ‰ KEJOHANAN RAGBI MSS KEDAH 2026 ๐Ÿ‰4 orang pemain dari SK Padang Lumat akan membawa cabaran Ragbi Yan -Rayan di Kejohanan...
06/05/2026

๐Ÿ‰ KEJOHANAN RAGBI MSS KEDAH 2026 ๐Ÿ‰

4 orang pemain dari SK Padang Lumat akan membawa cabaran Ragbi Yan -Rayan di Kejohanan Ragbi MSSK 2026 bertempat di UUM, Sintok.


29/04/2026
๐Ÿ† TAHNIAH DAN SYABAS ๐Ÿ†Pasukan petanque SK Padang Lumat (PPKI)Johan Kejohanan Petanque bawah 15 tahun peringkat Negeri Ke...
29/04/2026

๐Ÿ† TAHNIAH DAN SYABAS ๐Ÿ†

Pasukan petanque SK Padang Lumat (PPKI)

Johan Kejohanan Petanque bawah 15 tahun peringkat Negeri Kedah Tahun 2026.

Johan buat kali ke-2 berturut-turut(2025 & 2026).

Final SK Padang Lumat 13-0 SMK Baling.

Keputusan lain :

Bawah 15 tahun
๐Ÿ… Tempat ke-8 - SK Padang Lumat 2

Bawah 12 tahun
16 pasukan terbaik

Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mencapai kejayaan ini dan terima kasih kepada semua yang terlibat.



Address

SK PADANG LUMAT
Guar Chempedak
08800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Padang Lumat - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Padang Lumat - RASMI:

Shortcuts

Share