13/08/2026
PERJUMPAAN BERSAMA KOMUNITI BAGI PERANCANGAN PDP MODUL PELANCONGAN BERSAMA KOMUNITI
Tarikh : 11.08.2026
Tempat : KG. CENGAL, YAN
Program ini diadakan sebagai pelaksanaan projek amali pelajar bagi modul Pelancongan Berasaskan Komuniti dengan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pelaksanaan program pelancongan berasaskan komuniti.
Program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep, prinsip, perancangan, dan proses dalam pengaturcaraan destinasi atau tarikan pelancongan berasaskan komuniti. PBK juga lebih dikenali sebagai Community-basedTourism (CBT). Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada piawaian dalam pembangunan CBT, destinasi, organisasi komuniti, rangkaian dan perkongsian.
Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dalam pengendalian program CBT. Di akhir program ini pelajar akan dinilai melalui keberkesanan program yang telah dilaksanakan serta impaknya terhadap komuniti dan institusi seiring dengan nilai hormat dalam teras Malaysia Madani meliputi perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, mengkayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan kekayaan dunia.