30/04/2026
Pihak SMA Taufikiah Khairiah Al-Halimiah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Guru Praktikum dari UNIVERSITY ISLAM NEGERI MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG,INDONESIA atas segala jasa, dedikasi dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh menjalani latihan di sini. Sumbangan kalian dalam membantu aktiviti pengajaran, pembelajaran serta program sekolah amat bermakna dan memberi impak positif kepada warga sekolah.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang berada di sini menjadi panduan serta pemangkin kejayaan pada masa akan datang. Didoakan agar kalian terus cemerlang dalam bidang pendidikan dan menjadi pendidik yang berakhlak serta berwibawa.