Maahad Tahfiz Al-Wustha

Maahad Tahfiz Al-Wustha Maahad Tahfiz Al-Wustha Guar Chempedak

🌙 TABUNG PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-WUSTHA 🌙Assalamualaikum w.b.t,Kami membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama ...
15/05/2026

🌙 TABUNG PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-WUSTHA 🌙

Assalamualaikum w.b.t,
Kami membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menyumbang ke dalam Tabung Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Wustha, Guar Chempedak bagi membantu kelangsungan pendidikan para pelajar tahfiz.

Sumbangan tuan/puan amat bermakna dalam:
✨ Menyokong kos pembelajaran pelajar
✨ Kebajikan & keperluan harian
✨ Pembangunan institusi

Salurkan sumbangan anda ke:
🏦 Bank Rakyat
110651001749
(Maahad Tahfiz Al-Wustha)

Sebarang pertanyaan:
📞 010-341 2569 (Admin)

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berpanjangan 🤲

Mohon jasa baik untuk sebarkan kepada rakan-rakan & keluarga.

Terima kasih..😊

29 Ramadhan 1447H 🌙Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Jibril AS datang dan berkata:“Barangsiapa yang bertemu bulan Ramadan tet...
19/03/2026

29 Ramadhan 1447H 🌙

Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Jibril AS datang dan berkata:
“Barangsiapa yang bertemu bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya, maka dia dijauhkan daripada rahmat Allah.”

Ramadan hampir melabuhkan tirai,
jangan biarkan ia berlalu tanpa keampunan dari-Nya.

Perbanyakkan istighfar, doa dan taubat,
moga kita termasuk dalam golongan yang diampuni Allah. 🤲✨

28 Ramadhan 1447H 🌙Rasulullah ﷺ bersabda:“Sesiapa yang berdiri (bersolat) bersama imam sehingga imam selesai, akan ditul...
18/03/2026

28 Ramadhan 1447H 🌙

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang berdiri (bersolat) bersama imam sehingga imam selesai, akan dituliskan baginya ganjaran seperti qiam sepanjang malam.”

Jangan tergesa meninggalkan saf.
Sempurnakan tarawih bersama imam hingga selesai,
kerana di situlah Allah menjanjikan ganjaran yang besar. 🤲✨

27 Ramadhan 1447H 🌙Rasulullah ﷺ bersabda:“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka...
17/03/2026

27 Ramadhan 1447H 🌙

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

Menyegerakan berbuka merupakan sunnah Rasulullah ﷺ
dan tanda ketaatan kepada perintah Allah.

Semoga setiap sunnah kecil yang kita amalkan
menjadi sebab turunnya keberkatan dalam ibadah puasa kita. 🤲✨

26 Ramadhan 1447H 🌙Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling pemurah,dan sifat pemurah Baginda semakin bertambah dalam bulan...
16/03/2026

26 Ramadhan 1447H 🌙

Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling pemurah,
dan sifat pemurah Baginda semakin bertambah dalam bulan Ramadan,
terutama ketika Jibril datang bertemu Baginda.

Ramadan mengajar kita untuk lebih banyak memberi,
lebih banyak berkongsi kebaikan,
dan lebih banyak berbuat ihsan kepada orang lain.

Moga kita juga dapat mencontohi kemurahan hati Rasulullah ﷺ sepanjang Ramadan ini. 🤲✨

25 Ramadhan 1447H 🌙Rasulullah ﷺ bersabda:“Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur.”Sahur buka...
15/03/2026

25 Ramadhan 1447H 🌙

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur.”

Sahur bukan sekadar kebiasaan,
tetapi sunnah yang membezakan puasa umat Islam.

Walaupun hanya dengan seteguk air,
jangan tinggalkan sahur kerana di situlah keberkatan yang Allah kurniakan. 🤲✨

24 Ramadhan 1447H 🌙Rasulullah SAW bersabda:“Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam terakhi...
14/03/2026

24 Ramadhan 1447H 🌙

Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir Ramadhan.”
(HR Bukhari & Muslim)

Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan ibadah.

23 Ramadhan 1447H 🌙Daripada Aisyah RA:“Sesungguhnya Rasulullah SAW beri‘tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehin...
14/03/2026

23 Ramadhan 1447H 🌙

Daripada Aisyah RA:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW beri‘tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehingga Baginda wafat.”
(HR Bukhari & Muslim)

Sepuluh malam terakhir telah tiba.
Malam-malam yang penuh rahsia, penuh keampunan, dan mungkin di dalamnya ada Lailatul Qadr.

Perbanyakkan doa, qiyam, dan dekatkan diri kepada Allah.

22 Ramadhan 1447H 🌙Rasulullah ﷺ bersabda:“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan keji, maka ...
12/03/2026

22 Ramadhan 1447H 🌙

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan keji, maka Allah tidak berhajat kepada puasanya daripada meninggalkan makan dan minum.”

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
tetapi juga menjaga lidah, hati dan perbuatan.

Moga puasa kita bukan hanya lapar,
tetapi menjadi puasa yang diterima di sisi Allah. 🤲✨

30/12/2024

🍓📖KEM HAFAZAN CUTI SEKOLAH KINI KEMBALI 🔊🔊🔊🍓

👉🏻Jom, sertai Kem Hafazan Cuti Sekolah 2025 anjuran Maahad Tahfiz Al-Wustha Guar Chempedak, Kedah.

🗓 19 JANUARI HINGGA 06 FEBRUARI 2025 (3 MINGGU)
🔖 AHAD HINGGA KHAMIS
⌚ 7.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG (SELEPAS SOLAT ZOHOR)
🕌 MASJID AL-WUSTHA GUAR CHEMPEDAK

📌 SYARAT PENYERTAAN :

▪Berumur 9-16 Tahun
▪Lelaki / Perempuan
▪Boleh Baca Al-Quran
▪Sihat Tubuh Badan
▪Berdikari

❗ Penginapan tidak disediakan

📝 PENDAFTARAN & YURAN :
💸 YURAN PENYERTAAN RM200 SEORANG
(termasuk makan & minum)

📝 DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DI PEJABAT MASJID AL-WUSTHA GUAR CHEMPEDAK

ATAU

📲 DAFTAR MELALUI WHATSAPP wasap.my/60103412569/KH2025

📌 MAKLUMAN‼️
▪Pendaftaran dan pembayaran mesti dilakukan sebelum atau pada 11hb Januari 2025 (Sabtu).
▪Sila lampirkan resit / bukti pembayaran sekiranya pembayaran dilakukan secara atas talian (online).

✍🏼Pendaftaran adalah terhad...mendaftarlah SEKARANG‼️😉

Maahad Tahfiz Al-Wustha Guar Chempedak

💎PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MAAHAD TAHFIZ AL-WUSTHA SESI 2025 MAAHAD TAHFIZ AL-WUSTHA GUAR CHEMPEDAK, KEDAH telah pun me...
12/12/2024

💎PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MAAHAD TAHFIZ AL-WUSTHA SESI 2025

MAAHAD TAHFIZ AL-WUSTHA GUAR CHEMPEDAK, KEDAH telah pun membuka permohonan pelajar baharu bagi sesi pembelajaran tahun 2025.

Antara syarat-syarat yang layak membuat permohonan adalah seperti berikut :

1️⃣ SYARAT-SYARAT
• Umur 13 tahun pada tahun 2025.
• LELAKI sahaja.
• Sihat tubuh badan (tiada penyakit).
• Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
• ⁠Boleh membaca dan menulis jawi adalah satu kelebihan.
• Berminat menghafaz Al-Quran.
• Komitmen untuk habiskan Al-Quran.
• Kemahuan sendiri bukan desakan keluarga.
• Waris dan pelajar bersedia mematuhi segala peraturan dan disiplin maahad.
• Mempunyai rekod akhlak yang baik di pusat pengajian yang lepas.
• LULUS Ujian Temuduga.

🏘 WAJIB TINGGAL DI ASRAMA

2️⃣ KURIKULUM MAAHAD TAHFIZ AL-WUSTHA
• Hafazan Al-Quran 30 Juzuk
• Pengajian Dinniah
• Pengajian Thurath
• Pengajian selama 4 tahun sahaja
• Aktiviti Sukan
• Bakti Huffaz (kemasyarakatan)

📝 PROSES TEMUDUGA
1. Pendaftaran.
2. Ujian Menulis & Menghafaz.
3. Temuduga Pelajar & Waris.

📌TARIKH TEMUDUGA
Tarikh : 4 Januari 2025
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Syura & Dewan Solat Masjid Al-Wustha Guar Chempedak

**Peringatan : Sila bawa kelengkapan alat tulis dan salinan sijil berkaitan.

Bagi yang berminat dengan pendidikan yang ditawarkan seperti di atas, sila dapatkan BORANG PERMOHONAN di pejabat maahad bermula 1 Disember - 31 Disember 2024 (waktu operasi pejabat) beserta bayaran RM5.00 sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi www.wasap.my/60103412569/pengambilan2025



Address

Guar Chempedak
08800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6044683931

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Wustha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al-Wustha:

Shortcuts

Share

Category