28/09/2026
MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PENTAS DUNIA !
TAHNIAH DAN SYABAS !
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudari Nadratulliyana Binti Ab Malek, wakil GIATMARA Malaysia, atas kejayaan meraih MEDAL FOR EXCELLENCE dalam bidang Fashion Technology di WorldSkills Competition Shanghai 2026.
Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pingat kecemerlangan, tetapi menjadi lambang kegigihan, disiplin, ketekunan, kreativiti dan semangat juang luar biasa yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan menuju ke pentas kemahiran dunia.
Dari GIATMARA ke pentas antarabangsa, Nadratulliyana telah membuktikan bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing, berdiri teguh dan mengukir nama di persada dunia melalui kemahiran dan TVET.
Satu pencapaian.
Satu kebanggaan.
Satu inspirasi untuk generasi TVET Malaysia.
Syabas Nadratulliyana! Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat nama Malaysia lebih tinggi di pentas dunia!
- Kemahiran Menjamin Kehidupan -