30/12/2018
TIPS HANTAR ANAK KE TASKA
Assalamualaikum dan hello :)
1. Rasanya lama sangat dah nak tulis entri berkaitan Tips Hantar Anak Ke Taska. Memandangkan hampir dua tahun dalam bidang ini, pelbagai karenah anak-anak, ibu bapa, pemilik dan pengasuh taska yang saya hadapi, malah macam-macam perkara sudah dihadam. Pelbagai cabaran setelah menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak di taska walaupun saya degree holder. Bukan mudah untuk berhadapan dengan pelbagai karenah manusia dari peringkat bayi hinggalah berumur 4 tahun, tabiat sesama rakan kerja dan majikan, ibu bapa dan juga masyarakat.
2. Sebelum saya bercerita lebih panjang lebar, saya kongsikan terlebih dahulu Tips Hantar Anak Ke Taska untuk panduan ibu bapa yang baru bercadang untuk menghantar anak ke taska. Ini hanya sekadar pendapat peribadi saya selama bekerja dalam dunia taska. Saya harap perkongsian ini dapat membantu melegakan hati ibu bapa di luar sana yang saya faham masih ragu-ragu untuk menghantar anak-anak ke taska. Maklumlah, ibu bapa mana yang tak sayangkan anak, kan? Kalau boleh, semua ibu bapa nak jaga anak mereka sendiri tapi demi masa depan keluarga, terpaksa berkorban masa. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mari saya kongsikan antara perkara yang perlu dibuat sebelum menghantar anak ke taska.
3. TIPS MEMILIH TASKA
Berdasarkan pengalaman Puan Salmah Ahmad di dalam bidang taska :
Daftar dengan JKM - Pastikan taska yang dipilih itu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pemilik Taska - Kenali siapa pemilik taska. Boleh cuba selidik siapa pemilik itu, adakah beliau mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh JKM.
Pekerja Taska - Seeloknya pastikan pekerja taska dihantar kursus yang dianjurkan oleh JKM.
Silaturrahim - Jaga hubungan dengan pekerja taska. Berbaiklah dengan mereka supaya kita boleh tahu dan selidik tentang taska dan owner. Pastikan owner taska adalah seorang yang penyayang.
Suasana Taska - Pastikan kita masuk dan tengok sendiri keadaan dalam taska dari dalam bilik hinggalah ke dapur dan bilik mandi.
Pengurusan taska - pastikan pengurusan teratur dari segi penjagaan baby dan kanak-kanak serta anak-anak yang transit sekolah.
Cara Penyediaan makanan - Pastikan owner mementingkan kebersihan dalam penyediaan makanan kepada anak-anak yang tinggal di taska.
Yuran Taska - pastikan yuran taska dan caj overtime adalah berpatutan.