06/08/2026
π TAHNIAH DAN SYABAS MURID-MURID PRASEKOLAH SK JEREK! β½π
Warga SK Jerek merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada murid-murid Prasekolah SK Jerek atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Karnival Sukan Murid Prasekolah Peringkat Zon 2026..
Dengan semangat juang yang tinggi dan kerjasama berpasukan yang cemerlang, pasukan Futsal Prasekolah SK Jerek telah berjaya muncul sebagai Johan, manakala pasukan Bola Jaring Prasekolah berjaya merangkul gelaran Naib Johan.
Kecemerlangan ini telah membuka peluang kepada murid-murid untuk mewakili zon ke Karnival Sukan Murid Prasekolah Peringkat Daerah, apabila 4 orang murid dipilih bagi acara futsal dan 8 orang murid dipilih bagi acara bola jaring.
Lebih membanggakan, pada pertandingan peringkat daerah, kedua-dua pasukan wakil zon berjaya menamatkan saingan dengan pencapaian Tempat Ketiga bagi acara futsal dan bola jaring. Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid prasekolah mampu bersaing dengan cemerlang walaupun masih di usia muda.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru prasekolah, jurulatih Syidah Mohamad, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan dorongan sepanjang latihan dan pertandingan berlangsung. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama, dedikasi yang tidak pernah mengenal erti penat serta semangat juang yang tinggi daripada semua yang terlibat.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan lebih ramai murid yang berbakat, berkeyakinan dan cemerlang dalam bidang sukan, sekali gus mengharumkan nama SK Jerek pada masa hadapan.
Tahniah kepada semua murid, guru dan ibu bapa. SK Jerek terus melakar kecemerlangan! ππ