19/04/2026
PENDAFTARAN SUDAH DIBUKA !!!
Hubungi segera kami di nombor yang tertera 👇
Pendidikan Prasekolah
19/04/2026
PENDAFTARAN SUDAH DIBUKA !!!
Hubungi segera kami di nombor yang tertera 👇
26/09/2025
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
Selesai sudah Pertandingan Alam Ria Peringkat Kawasan Gua Musang bagi tahun 2025.
Syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan buat team kami Pasti Al-Qarni untuk tahun ini dan berjaya membawa pulang
🏆 Naib Johan : Nasyid
🏆 Naib Johan : Kalam Jamie
🏆 Tempat ke 3 : Bercerita Lelaki
🏆 Tempat ke 3 : Bercerita Perempuan
Kesungguhan anak-anak yang berlatih siang malam untuk sampai ke tahap ini amat kami hargai. Segala tangisan, sesi pujuk memujuk supaya anak-anak terus bersemangat kita tetap hadapinya.
Tahun ini belum berjaya membawa pulang Piala Keseluruhan ke Pasti kami, akan tetapi semangat kami tidak akan pernah luntur. Kami tidak akan pernah mengalah. In Syaa Allah dengan izin Allah tahun depan kami buat yang lebih baik.
Assalamualaikum w.b.t ,
Kami warga Pasti Al-Qarni mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 68.
Semoga Allah merahmati kita semua.
31/05/2025
"Menelusuri Jejak Haji Sejak Usia Muda – Simulasi Haji Cilik 2025"
Pada hari Khamis, 29 Mei 2025, satu program penuh bermakna telah berlangsung iaitu Simulasi Haji Cilik 2025, melibatkan penyertaan murid berumur 6 tahun dari PASTI Dun Galas, yang merangkumi 6 buah PASTI dan kerjasama Tadika Anakku Cendiakawan.
Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, merangkumi 9 checkpoint yang membawa anak-anak menelusuri secara praktikal rukun-rukun Haji seperti tawaf, saie, wukuf di Arafah, melontar jamrah dan sebagainya.
Dengan berpakaian ihram dan penuh semangat, murid-murid telah menunjukkan kesungguhan serta rasa ingin tahu yang tinggi dalam memahami ibadah Haji.
Program ini bukan sahaja memperkenalkan mereka kepada ibadah kelima Islam, malah membentuk nilai-nilai murni seperti kesabaran, kerjasama dan kecintaan kepada agama sejak usia awal.
Simulasi ini menjadi satu pengalaman berharga buat anak-anak kecil ini – satu permulaan yang indah dalam perjalanan mereka mengenal erti ibadah dan pengorbanan dalam Islam.
Tropicana Little Adventure bertempat di Kg Kundur Gua Musang Kelantan
Memberi pengalaman baru buat anak-anak meneroka alam flora dan fauna.
Pelbagai jenis haiwan dapat dilihat sepanjang aktiviti ini.
Dengan kerjasama PASTI Bestari Gua Musang dan Tadika Anakku Cendekiawan Tac
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dari kami warga PASTI AL-Qarni PASTI Bestari Gua MusangNormaini ShamsuddinPasti Al - AkhlaqTadika Anakku Cendekiawan Tac
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |