18/02/2025
✨ KEMBARA ASPIRASI BLAU BERSAMA UMK ✨
✨ KHAMIS - SABTU ✨
🗓️ 13 FEB - 15 FEB 2025 🗓️
Alhamdulillah, Program Kembara Aspirasi Blau bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam pada 13 hingga 15 Februari 2025. Program ini disertai seramai 38 murid dengan 4 orang guru pengiring, memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada semua peserta.
Sepanjang program, murid-murid kelihatan begitu teruja dan gembira, terinspirasi dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Senyuman dan semangat mereka jelas menunjukkan betapa berharga pengalaman ini dalam membentuk keyakinan dan keterampilan diri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak UMK 🎓 atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Tuan Guru Besar, Mohamed Solahuddin Bin Mohamed Salleh, atas kepercayaan dan kebenaran yang diberikan.
Semoga program ini terus memberi impak positif kepada para pelajar dan menjadi inspirasi untuk lebih banyak peluang pembelajaran di masa hadapan. Teruskan menjulang cita-cita, anak-anak Blau!