SELAMAT HARI GURU
selamat hari guru buat warga pendidik SkuBest. sedikit videoklip yang sempat saya rakam…
JiwaGuru
Mengisahkan tentang seorang guru pedalaman dalam menyelami budaya murid kaum asli Gua Musang
RAYA SKUBEST
Klipvideo raya SK Kuala Betis
Buat last minit 😂 tq kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
Semua soalan dan jawapan adalah secara spontan 😘
TAKLIMAT ETIKA PEMAKAIAN DAN TRANSISI MURID TAHUN 1
19 MAC 2023
HARI PEMBUKAAN SEKOLAH SK KUALA BETIS
19 MAC 2023
CORETAN JIWA GURU
Antara coretan dan kejayaan yang sempat sir rakam di SKuBest. Semoga Sk Kuala Betis akan terus melakar nama di persada dunia sesuai dengan moto sekolah HARAPAN DIMATA DUNIA. Kepada murid tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah sir ucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan dan kenangan yang manis 👍 maafkan sir andai ada salah silap sir sepanjang penglibatan dalam persembahan atau pertandingan yang telah diadakan.
MASDO-dinda
Videoklip ini dirakam dan disunting menggunakan telefon pintar. Adik Lutfan sangat berbakat dalam nyanyian. Nyanyian bersahaja adik Lutfan menyebabkan saya tertarik untuk merakam videoklip ini. Terima kasih juga kepada murid yang menjayakan videoklip ini anda memang sporting habis… 👍
Majlis Apresiasi Kecemerlangan SKKB 2022/2023
Tarikh : 12.2.2023
Hari : Ahad
JIWA SEORANG GURU
Saya mengenali Cikgu Amin ketika mula-mula masuk ke SK Kuala Betis. Seorang guru yang komited dalam amanah yang ditugaskan. Kalau sebut nama Cikgu Amin di Gua Musang memang ramai yang kenal... cikgu sohor nihhh… Namun apakan daya setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai PK Ko di SK Chiku 3. Selama 12 tahun berkhidmat di SK Kuala Betis banyak sumbangan yang telah lakukan antaranya adalah mewujudkan bilik muzik yang serba lengkap bersama guru-guru yang lain dimana telah banyak lahir bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian sehingga peringkat kebangsaan. Lagu sekolah Kuala Betis juga adalah ciptaan beliau sendiri dan dinyanyikan sehingga ke hari ini. Saya ingin mengucapkan selamat berkhidmat di sekolah yang baru dan selamat maju jaya 👍
MAJLIS GRADUASI MURID TAHUN 6
Sesi 2022/2023
Majlis ini diadakan untuk menghargai bakat dan pencapaian murid tahun 6 pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada semua murid yang telah menjulang nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Tidak lupa juga kepada guru dan staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Segala kenangan dan memori yang manis akan terpahat dalam jiwa Sir. Maafkan sir andai ada salah silap sir dalam mendidik kamu semua sesungguhnya kamu adalah HARAPAN DI MATA DUNIA.
ANTARA HUJAN DAN KEHIDUPAN
Klip video ini dirakam semasa sekolah mengalami gangguan bekalan air. Hampir 5 hari sekolah kami mengalami gangguan bekalan air. Terima kasih kepada pihak pentadbir dalam menangani masalah ini 😀.
Semasa klip video ini dirakam kebetulan waktu itu juga hujan. Melihat keriangan murid apabila hujan turun menggambarkan betapa indahnya rahmat tuhan 🥹 Alhamdulillah.
GENDANG
Selalunya kalau sebelum saya sampai kelas untuk mengajar mesti dengar bunyi budak bergendang. Kalau sehari tak dengar mereka bergendang memang tak sah la… jadi saya ambik inisiatif ini untuk buat alat mereka bergendang. Alhamdulillah perbarisan untuk sukan tahunan kami mendapat berjaya mendapat johan 🥹 terima kasih kepada semua pasukan rumah hijau. Simpan sini buat kenangan 😎 jangan marahhh
TARIAN SEWANG
Tarian sewang merupakan tarian yang terkenal bagi suku kaum orang asli. Tarian ini sering dipersembahkan di acara keramaian. Saksikan penerangan adik Elisa Yunira tentang sedikit sebanyak tentang tarian sewang ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
SK KUALA BETIS
Gua Musang
18300