SK ARING RASMI

Call Directions

SK ARING RASMI Established 1989

Alhamdulillah! Che Mohd Fayyad, murid SK Aring, Gua Musang, Kelantan kini telah berjaya disenaraikan sebagai FINALIS Pen...
13/09/2026

Alhamdulillah! Che Mohd Fayyad, murid SK Aring, Gua Musang, Kelantan kini telah berjaya disenaraikan sebagai FINALIS Pentas Little Star!

Walaupun datang dari sebuah sekolah luar bandar yang jauh di Gua Musang, jarak dan keterbatasan bukan penghalang untuk Fayyad menyerlahkan bakatnya. Anak kecil ini mempunyai bakat dan jiwa seni yang cukup besar, dan kini dia berpeluang membawa nama SK Aring, Gua Musang dan Kelantan ke pentas yang lebih besar.

Kami mohon jasa baik semua untuk UNDI CHE MOHD FAYYAD dan bantu forward serta share kepada keluarga, sahabat dan group masing-masing.

UNDI FAYYAD DI SINI:
www.siraplimau.com/pentaslittlestar

Dari SK Aring, jauh di luar bandar Gua Musang, menuju pentas impian.
Jom kita buktikan, bakat hebat boleh lahir dari mana-mana!

Terima kasih atas setiap undian dan perkongsian anda. ❀️

Kenapa Perlu Belajar Matematik?Matematik bukan sekadar mengira, tetapi membina cara berfikir dan menyelesaikan masalah. ...
19/08/2026

Kenapa Perlu Belajar Matematik?

Matematik bukan sekadar mengira, tetapi membina cara berfikir dan menyelesaikan masalah. Matematik tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita. Setiap detik kita sebenarnya menggunakan Matematik seperti mengurus masa, berbelanja, memasak, mengukur, membuat keputusan dan memahami dunia di sekeliling. Pendek kata, kita perlu menghayati konsep sebenar Matematik secara bermakna kerana ia membentuk insan yang kompeten di peringkat global dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Mohon semua bantu like dan share poster ini.





Bahagian Pembangunan Kurikulum
Yayasan Guru Tun Hussein Onn

20/07/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sempena Lebaran yang bakal menjelang, terimalah sedikit tanda keceriaan daripada kam...
16/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Lebaran yang bakal menjelang, terimalah sedikit tanda keceriaan daripada kami warga SK Aring sebagai penyeri suasana Aidilfitri. Semoga kemeriahan dan kegembiraan Syawal ini membawa keberkatan serta mengeratkan hubungan antara kita semua.

Jangan lupa untuk like, komen dan share, kongsikan kegembiraan kita bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin!

SK Aring bernyanyi 2026, Pok Pek Raya oleh De Fam. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

🎀✨ Vocal Mastery Workshop Peringkat Daerah Gua Musang 2025 ✨🎢12 November 2025 (Rabu) β€” Dewan Sri Gemilang, SK Aring berg...
13/11/2025

🎀✨ Vocal Mastery Workshop Peringkat Daerah Gua Musang 2025 ✨🎢

12 November 2025 (Rabu) β€” Dewan Sri Gemilang, SK Aring bergema dengan suara emas para peserta apabila SK Aring dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang berjaya menganjurkan Program Vocal Mastery Workshop Peringkat Daerah Gua Musang 2025.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Che Zaini bin Che Daud, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang.

Pada sesi pagi, para peserta telah berbengkel bersama guru vokal berpengalaman, Puan Syamila binti Pakeri, yang membimbing peserta dalam teknik pernafasan, kawalan suara, sebutan dan penghayatan lagu. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan amali pertandingan nyanyian lagu Bahasa Inggeris, yang memperlihatkan semangat dan bakat luar biasa dalam kalangan peserta sekolah rendah dan menengah. 🎢

🌟 Keputusan Kategori Sekolah Rendah 🌟

πŸ₯‡ Johan: Ahmad Tasneem bin Ahmad Ibadullah
πŸ₯ˆ Naib Johan: Muhammad Ariq bin Mohd Hadzuan (SK Lebir)
πŸ₯‰ Ketiga: Nur Hana Arissa binti Mohd Hafizan (SK Aring)
πŸ… Keempat: Muhammad Daniel Ashraf bin Mohamad Amin (SK Renok Baru)
πŸ… Kelima: Muhammad Rashdan Haqem bin Mohd Rosdi (SK Aring)
πŸ† Anugerah Persembahan Terbaik (SR): Muhammad Ariq bin Mohd Hadzuan (SK Lebir)

🌟 Keputusan Kategori Sekolah Menengah 🌟

πŸ₯‡ Johan: Nur Anis Marissa binti Mohd Raihan (SMK Bandar Chiku)
πŸ₯ˆ Naib Johan: Suria Ain binti Abdullah (SMK Paloh)
πŸ₯‰ Ketiga: Wan Muhammad Ameer Khalish bin Wan Muhammad Nazzery (SMK Bandar Chiku)
πŸ… Keempat: Nur Syifa Insyirah binti Ahmad Azrolhafiz
πŸ… Kelima: Ahmad Nur Intiyaz Rusydan bin Salahuddin (SMK Sultan Yahya Petra 1)
πŸ† Anugerah Persembahan Terbaik (SM): Wan Muhammad Ameer Khalish bin Wan Muhammad Nazzery (SMK Bandar Chiku)

πŸ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
Encik Mohd Zubir bin Ali, Guru Besar SK Aring
Encik Yusri bin Muhammad, Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Asraf bin Harun Narasid, Penyelaras/Ketua Panitia Pendidikan Muzik
Cik Nur Ain Farahin binti Hassan, Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Semua Jawatankuasa dan Kontinjen
atas kerjasama, komitmen dan dedikasi dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program ini.

✨ Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta!

Semoga melalui program ini, murid-murid dapat menimba ilmu, meningkatkan keyakinan diri, kemahiran vokal, serta kecintaan terhadap seni dan muzik. Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform mencungkil bakat baharu serta memperkukuh potensi generasi muda dalam dunia seni suara. 🎡
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

🎀✨ *BENGKEL VOKAL & PERTANDINGAN NYANYIAN: VOCAL MASTERY WORKSHOP* ✨🎢SK Aring dengan kerjasama PPD Gua Musang akan menga...
22/10/2025

🎀✨ *BENGKEL VOKAL & PERTANDINGAN NYANYIAN: VOCAL MASTERY WORKSHOP* ✨🎢

SK Aring dengan kerjasama PPD Gua Musang akan menganjurkan satu program hebat yang bakal mencungkil bakat dan keyakinan murid-murid daerah Gua Musang dalam dunia nyanyian! 🌟

πŸ“… Tarikh: 28 & 29 Oktober 2025
πŸ“ Tempat: Dewan Sri Gemilang, SK Aring

Dengan penglibatan dari sekolah-sekolah di daerah Gua Musang, program ini bukan sekadar bengkel nyanyian malah menjadi platform untuk murid belajar teknik vokal, mengasah persembahan dan beraksi di pentas sebenar! 🎢

Mari kita sokong usaha ini demi melahirkan generasi yang berani bersuara dan berkeyakinan tinggi!

Address

Felda Aring 1
Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 07:45 - 13:15
Tuesday 07:45 - 13:15
Wednesday 07:45 - 14:30
Thursday 07:45 - 13:15
Sunday 07:45 - 13:15

Telephone

+6099286633

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK ARING RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category