SK CIKU TIGA

Directions Contact the school

SK CIKU TIGA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK CIKU TIGA, Elementary School, SK Chiku 03, Gua Musang.

๐ŸŒท SELAMAT MAJU JAYA, TEACHER EMY NOR AFIQAH & CIKGU SYAFIQAH ๐ŸŒทSetiap pertemuan pasti ada perpisahan. Berat hati untuk me...
23/09/2026

๐ŸŒท SELAMAT MAJU JAYA, TEACHER EMY NOR AFIQAH & CIKGU SYAFIQAH ๐ŸŒท

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dua orang guru yang telah banyak mencurahkan bakti, tenaga dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak SK Ciku Tiga. ๐Ÿ’

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Teacher Emy Nor Afiqah dan Cikgu Syafiqah atas segala jasa, komitmen, kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Ciku Tiga.

Segala ilmu yang dicurahkan, kenangan yang tercipta serta kebaikan yang ditaburkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga sekolah. โค๏ธ

Semoga Teacher Emy Nor Afiqah dan Cikgu Syafiqah terus melangkah dengan penuh keyakinan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan serta kebahagiaan di tempat baharu.

Jasamu dikenang, budimu disanjung.
Selamat maju jaya dan teruskan mencipta kecemerlangan! ๐ŸŒน

Ikhlas daripada,
Warga Sekolah Kebangsaan Ciku Tiga ๐Ÿซโค๏ธ




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ CUTI SEMPENA HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“ข HEBAHAN RASMI SK CIKU TIGAWarga Sekolah Kebangsaan Ciku Tiga mengucapkan Selamat Menya...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ CUTI SEMPENA HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ข HEBAHAN RASMI SK CIKU TIGA

Warga Sekolah Kebangsaan Ciku Tiga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, penjaga dan masyarakat Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ“… 16 September 2026 (Rabu)
๐ŸŽ‰ Cuti Sempena Hari Malaysia

Marilah kita bersama-sama menghayati erti perpaduan, keharmonian dan semangat patriotisme yang menjadi tunjang kekuatan negara kita.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia Milik Kita Bersama
โค๏ธ Sayangi Malaysia, Hargai Perpaduan!





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSEKOLAH KEBANGSAAN CIKU TIGAAlhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penutup Bulan...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
SEKOLAH KEBANGSAAN CIKU TIGA

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penutup Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Ciku Tiga dengan penuh meriah dan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Majlis ini menjadi kemuncak kepada pelbagai aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara, menghargai jasa pejuang kemerdekaan serta memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid.

Pelbagai pengisian menarik telah memeriahkan sambutan, sekali gus memberikan pengalaman bermakna kepada murid dalam menghayati erti kemerdekaan dan tanggungjawab sebagai generasi pewaris negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, AKP serta semua murid SK Ciku Tiga atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan setiap aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan.

Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam jiwa seluruh warga SK Ciku Tiga. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ







๐ŸŒŸ TAHNIAH DAN SYABAS!๐ŸŒŸ๐ŸŽ‰ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Anis Amira binti Muhammad Amirul, murid SK Ciku Tiga, a...
06/09/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH DAN SYABAS!๐ŸŒŸ
๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Anis Amira binti Muhammad Amirul, murid SK Ciku Tiga, atas kejayaan menerima Anugerah Murid KAFA Terbaik UPKK Kelantan bagi Daerah Gua Musang Tahun 2025 ๐Ÿ†โœจ

Kejayaan ini pastinya hasil daripada usaha, kesungguhan, doa dan sokongan berterusan daripada ibu bapa serta bimbingan Ustaz, Ustazah dan guru-guru.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha, berilmu dan beramal, serta menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. ๐ŸŒน

๐Ÿ’ Tahniah Anis Amira!
Terus melangkah dan raih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

*โ€œIlmu adalah cahaya yang membimbing ke syurga.โ€*๐Ÿค



๐Ÿ†โšฝ DARI FELDA CIKU 3 KE MSSM BOLA SEPAK โšฝ๐Ÿ†Warga SK Ciku Tiga dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi ucapan ...
26/08/2026

๐Ÿ†โšฝ DARI FELDA CIKU 3 KE MSSM BOLA SEPAK โšฝ๐Ÿ†

Warga SK Ciku Tiga dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada warga sekolah yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab serta mewakili Kelantan dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 di Pulau Pinang.

๐Ÿ“… 28 Ogos 2026 hingga 3 September 2026
๐Ÿ“ Pulau Pinang

Tiga wajah, tiga peranan, satu misi yang sama โ€” mengharumkan nama Kelantan dan SK Ciku Tiga di pentas sukan kebangsaan! โค๏ธ๐Ÿ’›

๐ŸŒŸ Cikgu Azhan
โšฝ๏ธ Pengurus Pasukan B12 MSS Kelantan

๐ŸŒŸ Cikgu Danial
โšฝ Pengadil Bola Sepak di Kejohanan MSSM 2026

๐ŸŒŸ Muhammad Harraz Hanania B. Mohd Norhisham
โšฝ Mewakili Pasukan MSS Kelantan Bawah 12 Tahun 2026

Sesungguhnya, penglibatan ini merupakan satu kebanggaan buat seluruh warga SK Ciku Tiga. Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan menjadi pengalaman berharga serta pemangkin untuk terus melakar kejayaan.

Teruskan melangkah dengan disiplin, semangat kesukanan dan jiwa juang yang tinggi. Semoga segala usaha dan pengorbanan membuahkan kejayaan yang membanggakan! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

Seluruh warga SK Ciku Tiga sentiasa mendoakan kejayaan serta memberikan sokongan penuh kepada semua wakil Kelantan.

BERSATU โ€ข BERBAKTI โ€ข BERJAYA
โค๏ธ๐Ÿ’› KELANTAN PUNYA SEMANGAT!

๐Ÿซ SK CIKU TIGA
Menuju Kecemerlangan!







๐Ÿ“ KEJOHANAN PING PONG MSSK 2026 ๐Ÿ“โ€‹Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahmad Solihin bin Mohd Zamrul Azha...
24/08/2026

๐Ÿ“ KEJOHANAN PING PONG MSSK 2026 ๐Ÿ“

โ€‹Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahmad Solihin bin Mohd Zamrul Azhan daripada SK Ciku Tiga atas semangat juang yang luar biasa sepanjang mewakili Daerah Gua Musang dalam Kejohanan Ping Pong Peringkat MSS Kelantan 2026 di SMK Berangan, Tumpat.
โ€‹Walaupun sekadar membawa pulang sijil penyertaan, pengalaman bertanding di pentas tertinggi peringkat negeri ini amat bernilai. Kejayaan sebenar bukan hanya pada pingat, tetapi pada keberanian untuk melangkah jauh dan berjuang sehabis baik! ๐ŸŒŸ
โ€‹Terima kasih atas usaha gigih Adik Solihin, barisan jurulatih, serta sokongan padu daripada ibu bapa dan warga sekolah. Jadikan ini sebagai batu loncatan untuk kembali lebih kuat pada masa akan datang.
โ€‹Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil. Teruskan Melangkah! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ
โ€‹

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ PERTANDINGAN BULAN KEBANGSAAN SK CIKU TIGA 2026 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026, SK Ciku Tig...
23/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ PERTANDINGAN BULAN KEBANGSAAN SK CIKU TIGA 2026 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026, SK Ciku Tiga dengan sukacitanya menganjurkan pelbagai pertandingan menarik yang melibatkan murid Tahap 1, Tahap 2 dan Prasekolah. ๐ŸŽ‰

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi mencungkil kreativiti, bakat dan semangat patriotisme murid, antaranya:

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Menghias Kelas Bertema Kemerdekaan
๐Ÿ’ป Kuiz Kemerdekaan Secara Atas Talian
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna
๐Ÿ–Œ๏ธ Pertandingan Melukis Poster
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Menghasilkan Bendera Malaysia
๐ŸŽค Sajak Merdeka
๐ŸŽ™๏ธ Nyanyian Solo
๐Ÿ“ฑ Merdeka โ€œTikTok Challengeโ€
๐Ÿชจ Diorama Zaman Prasejarah
โ˜‚๏ธ Payung Berhias
๐Ÿช Menghasilkan Wau

Jom kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara! โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh sertai dan meriahkan setiap pertandingan yang dianjurkan!
Semangat Merdeka, Semangat Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ






๐ŸŒŸ TAHNIAH DAN SYABAS!๐ŸŒŸโค๏ธAlhamdulillah, tahniah diucapkan kepada *Nur Arifah Humaira* dan *Anis Amira* atas kejayaan memb...
23/08/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH DAN SYABAS!๐ŸŒŸ

โค๏ธAlhamdulillah, tahniah diucapkan kepada *Nur Arifah Humaira* dan *Anis Amira* atas kejayaan membanggakan meraih TEMPAT KEDUA ๐Ÿฅˆ dalam Cabaran Reka Edukit Inovasi Kreatif Kategori Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan.

๐Ÿ† Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan kreativiti, usaha, kesungguhan serta semangat inovasi anak-anak dalam menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

๐Ÿ“š Pertandingan ini dianjurkan oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga buat guru pembimbing, *Cikgu Zairane Azlin* , pihak sekolah, PIBG serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak.

๐Ÿ’ Syabas Nur Arifah Humaira & Anis Amira!

Teruskan mencipta, teruskan berinovasi dan teruskan mengharumkan nama SeCiTa!!!๐ŸŒŸ

โ€œKecil langkahnya, besar impiannya. Hari ini berjaya, esok mencipta sejarah.โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ†

๐Ÿ“ŒSetinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat tiga wakil murid SK Ciku Tiga yang telah berani melangkah, mencuba dan mem...
23/08/2026

๐Ÿ“ŒSetinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat tiga wakil murid SK Ciku Tiga yang telah berani melangkah, mencuba dan memberikan yang terbaik dalam Pertandingan Boling MSSK 2026. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

๐ŸŒŸ Wan Nazheef Eshal Bin Wan Mohd Nazariff
๐ŸŒŸ Ammar Waliuddin Bin Muhammad Faiz
๐ŸŒŸ Muhammad Waqiuddin Bin Muhammad Faiz

๐Ÿ“ŒTerima kasih atas semangat juang, kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

๐Ÿ“ŒKalian pulang bukan sekadar membawa pengalaman, tetapi membawa bersama keyakinan, keberanian dan kebanggaan untuk sekolah. โค๏ธ

Penghargaan juga buat Pengurus, Puan *Syarifah Nordia Edayu Binti Syed Mohamad* serta Jurulatih, *Encik Muhammad Faiz Bin Hambali* atas segala bimbingan, komitmen dan sokongan kepada anak-anak SECiTa. ๐ŸŒน๐Ÿ‘๐Ÿป

โœจ Menang itu bonus, tetapi keberanian untuk mencuba dan memberikan yang terbaik adalah sebuah kemenangan yang sebenar.

Tahniah wira-wira SECiTa! Teruskan melangkah, teruskan mengukir kejayaan! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ†

โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ’™ BERUSAHA โ€ข BERILMU โ€ข BERAMAL
SECiTa Hebat, Murid Cemerlang! ๐ŸŒŸ

๐ŸŒŸ PANTAS CONGAK, JAWAB TEPAT, MENANG HEBAT!๐ŸŒŸโค๏ธPihak sekolah telah melaksanakan Program Matematik Cabaran 99 bagi membant...
23/08/2026

๐ŸŒŸ PANTAS CONGAK, JAWAB TEPAT, MENANG HEBAT!๐ŸŒŸ

โค๏ธPihak sekolah telah melaksanakan Program Matematik Cabaran 99 bagi membantu murid meningkatkan kemahiran mengira secara pantas, tepat dan menyeronokkan.

๐ŸŽฏ Sasaran: Murid Tahun 1, 2 dan 3
โฑ๏ธ Tempoh menjawab: 5 minit
๐Ÿ“ Jumlah soalan: 99 soalan
๐Ÿ† Hadiah: 5 murid terbaik bagi setiap kelas
๐Ÿ“… Pelaksanaan: Sepanjang bulan Ogos
๐Ÿซ Tempat: Semasa PdP Matematik

โค๏ธProgram ini diharapkan dapat membina keyakinan murid dalam Matematik serta menggalakkan mereka berusaha menjadi lebih pantas dan tepat dalam pengiraan.

๐Ÿคฒ Mohon sokongan dan galakan daripada ibu bapa agar anak-anak terus berlatih dan minat Matematik.

๐Ÿ’™ Kira Pantas, Jawab Tepat, Math Hebat! ๐Ÿ’›

โค๏ธTerima kasih atas sokongan ibu bapa terhadap program dan usaha pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan murid. ๐ŸŒท

Address

SK Chiku 03
Gua Musang
18300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK CIKU TIGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK CIKU TIGA:

Shortcuts

Share