Smart Mind Home Centre - Simpang Pulai / Gopeng

Directions

Smart Mind Home Centre - Simpang Pulai / Gopeng Menyediakan perkhidmatan Home Tuition dan Quranic Home Based di sekitar Simpang Pulai dan Gopeng, Perak

31/08/2026
Cara mudah hafal Kata Ganti Nama Diri oleh Nabila Azmi
31/08/2026

Cara mudah hafal Kata Ganti Nama Diri oleh Nabila Azmi

Tak perlu ubah hidup sekaligus.Kadang-kadang, kita cuma perlukan 5 tahun untuk bina versi diri yang lebih baik.Mulakan d...
31/08/2026

Tak perlu ubah hidup sekaligus.

Kadang-kadang, kita cuma perlukan 5 tahun untuk bina versi diri yang lebih baik.

Mulakan dengan 10 perkara kecil:

1. Betulkan waktu tidur dan bangun

2. Kuasai skill penting

3. Baca 24 buku

4. Bina rutin senaman

5. Simpan dana kecemasan

6. Fokus satu bidang

7. Tambah kawan berkualiti

8. Projek bersih & kemas rumah

9. Tulis journal, rekod perjalanan

10. Bantu 3 orang

Tak perlu sempurna. Yang penting, konsisten.

Bayangkan diri kita 5 tahun dari sekarang — apa yang kita akan berterima kasih kerana mula hari ini?

Perkongsian dari Kenny Tee.

NORMALISEKAN TUTUP HIDUNG BILA ORANG MEROKOK DEKAT KITA.Bukan nak kurang ajar.Bukan nak “over”.Kita cuma nak bagi signal...
31/08/2026

NORMALISEKAN TUTUP HIDUNG BILA ORANG MEROKOK DEKAT KITA.

Bukan nak kurang ajar.
Bukan nak “over”.

Kita cuma nak bagi signal yang sangat jelas:

“Asap rokok anda sedang mengganggu orang lain.”

Lebih-lebih lagi kalau merokok dekat kedai makan, laluan orang ramai atau tempat yang ada kanak-kanak.

Perokok mungkin sudah biasa dengan bau itu.
Tapi orang di sebelah tak pernah setuju untuk hirup sekali.

Secondhand smoke bukan sekadar bau busuk. Ia membawa bahan toksik dan zarah halus yang masuk terus ke paru-paru orang lain.

Kalau nampak orang tutup hidung, alihkan muka atau pindah meja bila anda merokok…

jangan terasa.

Mungkin itu satu-satunya cara mereka boleh beritahu:

“Saya tak selesa dengan asap rokok awak.”

Merokok itu pilihan anda.
Menghirup asap rokok anda bukan pilihan kami.

Kejamkah saya? ❤️Bukan kejam, tetapi sedang mengajar anak-anak erti tanggungjawab, berdikari dan menghargai kehidupan.Ke...
31/08/2026

Kejamkah saya? ❤️

Bukan kejam, tetapi sedang mengajar anak-anak erti tanggungjawab, berdikari dan menghargai kehidupan.

Kerja rumah bukan kerja perempuan semata-mata. Anak lelaki juga perlu tahu mengurus diri dan membantu.

Didik mereka hari ini, supaya mereka mampu berdiri sendiri suatu hari nanti. ❤️

Semoga apa yang diajar kekal menjadi bekal sampai mereka dewasa. 🤲🏻

🇲🇾 SEJARAH BENDERA PERAK 🤍💛🖤Tahukah kome? Bendera Perak bukan sekadar tiga warna, tetapi setiap warna mempunyai maksud d...
31/08/2026

🇲🇾 SEJARAH BENDERA PERAK 🤍💛🖤

Tahukah kome? Bendera Perak bukan sekadar tiga warna, tetapi setiap warna mempunyai maksud dan kaitan dengan institusi Kesultanan Perak.

⚪ Putih – Sultan Perak
🟡 Kuning – Raja Muda Perak
⚫ Hitam – Raja Di Hilir Perak

Tiga warna, satu identiti. Lambang sejarah, warisan dan kebanggaan negeri Perak Darul Ridzuan. ❤️

Kanak-kanak adalah antara golongan yang rentan dan mudah terjejas akibat keadaan cuaca jerebu. Ibu bapa dinasihatkan unt...
31/08/2026

Kanak-kanak adalah antara golongan yang rentan dan mudah terjejas akibat keadaan cuaca jerebu. Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan anak-anak dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.

Amalkan tindakan berikut untuk melindungi keluarga anda daripada kesan buruk jerebu:

- Kekal di dalam bangunan: Pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
- Jaga kebersihan diri: Kerap membasuh muka dan tangan selepas terdedah kepada udara luar.
- Pakai pelitup muka: Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai sekiranya terpaksa berada di luar bangunan.
- Banyakkan minum air: Tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sediakan ubat-ubatan: Pastikan bekalan ubat anak-anak sentiasa mencukupi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah penyakit asma atau alahan.

Persekitaran yang berjerebu boleh memburukkan kesihatan pernafasan. Segera bawa anak anda ke klinik atau hospital berhampiran jika mereka menunjukkan sebarang gejala batuk berterusan, selesema, atau kesukaran bernafas.

Address

Gopeng

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smart Mind Home Centre - Simpang Pulai / Gopeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category