Kolej Komuniti Gopeng

Kolej Komuniti Gopeng Kolej Komuniti Gopeng adalah sebuah IPT yang menyediakan Pendidikan Latihan dan Vokasional (PLTV) at Tempoh pengajian adalah empat (4) semester sahaja.

KK Gopeng terletak di dalam Bangunan Pejabat Pengurusan Kompleks RTC Perak. KK Gopeng menawarkan Program Sijil Teknologi Maklumat secara sepenuh masa. Tempoh pengajian satu semester ialah 6 bulan dan jumlah tempoh pengajian adalah 24 bulan sahaja. Di samping kursus sepenuh masa, KK Gopeng turut menawarkan kursus-kursus pendek yang boleh disertai oleh semua warganegara Malaysia tanpa mengira had um

ur. Kursus-kursus pendek ini diadakan bersesuaian dengan permintaan peserta atau komuniti setempat. Di antara kursus-kursus pendek yang telah dianjurkan oleh KK Gopeng adalah:

Kursus-kursus IT:
- Pemasangan Komputer
- IOT (Rasberry Pie)
- Pembinaan Mobile Application
- Suntingan Grafik
- E-Commerce
- Microsoft Office (Word/Excel/Powerpoint/Access)
- Adobe Photoshop/Adobe Illustrator/Adobe Premiere/Adobe After Effect

Kursus-kursus Masakan
- Cupcake
- Kek
- Roti
- Donut

Kursus-kursus Jahitan
- Jahitan Manik

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kursus-kursus tersebut atau sebarang kursus-kursus lain sila hubungi kami di 05 357 1737 atau menghantar mesej kepada akaun facebook KK Gopeng.

=============== Penafian ===============
Kolej Komuniti Gopeng tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman facebook ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!Hari Kebangsaan bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi detik untuk kita men...
29/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!
Hari Kebangsaan bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi detik untuk kita mengenang pengorbanan pejuang terdahulu serta menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
Tahun ini, kita menyambut Hari Kebangsaan dengan tema โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, yang mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah negara yang maju, inklusif dan sejahtera, di mana manfaat pembangunan dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh seluruh rakyat.
Tema ini mengingatkan kita bahawa kesejahteraan negara bukan sekadar diukur melalui kemajuan ekonomi, tetapi turut merangkumi kualiti hidup, peluang yang saksama, perpaduan serta keharmonian dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya dan latar belakang.
Semoga semangat kemerdekaan ke-69 ini terus menjadi inspirasi untuk kita memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme dan berganding bahu membina Malaysia yang lebih makmur, inklusif, aman dan sejahtera.
๐Ÿ’™๐Ÿคโค๏ธ๐Ÿ’›
SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69
MALAYSIA MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
31 Ogos 2026





PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN MUDA TVET MELALUI APLIKASI PERNIAGAAN BERASASKAN AI๐Ÿ“ Universiti Pendidikan Sultan Idris (UP...
28/08/2026

PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN MUDA TVET MELALUI APLIKASI PERNIAGAAN BERASASKAN AI

๐Ÿ“ Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
๐Ÿ“… 25โ€“27 Ogos 2026

Tiga hari yang penuh dengan ilmu, pengalaman dan keberanian!

Pada 25 & 26 Ogos, peserta mengikuti pelbagai slot berkaitan Business Model Canvas (BMC), strategi perniagaan serta penggunaan AI dalam menghasilkan video promosi.

Program diteruskan dengan Youngpreneur Pitch Challenge pada 27 Ogos, yang memberi peluang kepada peserta mempromosikan perniagaan masing-masing serta menerima maklum balas membina daripada juri STeP dan UPSI untuk memperkemas idea dan persembahan mereka.

Tahniah dn syabas diucapkan kepada 3 wakil Kolej Komuniti Gopeng โ€” Syamimi Syahira, Fatin Atiqah & Harchana atas kejayaan meraih Tempat Kedua dalam kategori Best AI Marketing Video Award!

Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama menuju lebih banyak peluang dan pencapaian. Terus berani mencuba dan mencipta!

Proud of you, Youngpreneurs! โค๏ธ

Turut berlangsung Majlis Penyerahan LOI PolyCC Zon Perak bersama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) sebagai langkah memperkukuh jaringan strategik dalam bidang keusahawanan TVET, khususnya melalui bimbingan, sokongan dan peluang pembangunan keusahawanan kepada pelajar TVET.




PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026๐Ÿ—“Tarikh :24.08.2026 (Isnin)๐Ÿ‘คPenglibatan : Pelajar Kole...
26/08/2026

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

๐Ÿ—“Tarikh :24.08.2026 (Isnin)
๐Ÿ‘คPenglibatan : Pelajar Kolej Komuniti Gopeng
๐Ÿ“Tempat : Kolej Komuniti Gopeng

Hayati bait-bait sajak, semarakkan jiwa patriotik dan bersama-sama menghayati erti kemerdekaan. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐ŸŽ™๏ธ Suara disusun, kata dilafaz, semangat Merdeka terus membara!

Ayuh kita raikan kemerdekaan dengan penuh rasa bangga sebagai rakyat Malaysia!






๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ—“Tarikh :19.08.2026 (Rabu)๐Ÿ‘คPenglibatan : Pensyarah & Pelajar Kolej...
26/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ—“Tarikh :19.08.2026 (Rabu)
๐Ÿ‘คPenglibatan : Pensyarah & Pelajar Kolej Komuniti Gopeng
๐Ÿ“Tempat : Kolej Komuniti Gopeng

Kemeriahan Bulan Kebangsaan disemarakkan dengan penuh semangat patriotik melalui penglibatan warga Kolej Komuniti Gopeng dalam Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat POLYCC 2026. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Penglibatan ini bukan sahaja menyerlahkan semangat cintakan negara, malah mengeratkan ukhuwah dan menyemai nilai patriotisme dalam kalangan pensyarah dan pelajar.

Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa Merdeka!






MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON TENGAH 2026 ๐ŸŽ“โœจโ€‹Tahniah diucapkan kepada 6,862 graduan dari 30 institu...
26/08/2026

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON TENGAH 2026 ๐ŸŽ“โœจ
โ€‹Tahniah diucapkan kepada 6,862 graduan dari 30 institusi (7 Politeknik & 23 Kolej Komuniti) yang bakal diraikan dalam 8 Sidang Konvokesyen!
โ€‹๐Ÿ“… Tarikh: 24 September โ€“ 1 Oktober 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
โ€‹Syabas dan selamat maju jaya kepada semua graduan!






๐ŸŒ™โœจ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M โœจ๐ŸŒ™Tanggal 12 Rabiulawal adalah detik penuh keberkatan โ€“ hari lahir junjungan besar...
24/08/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M โœจ๐ŸŒ™

Tanggal 12 Rabiulawal adalah detik penuh keberkatan โ€“ hari lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan yang membawa rahmat ke seluruh alam.

๐Ÿ’› Semoga Maulidur Rasul tahun ini menjadi titik muhasabah untuk kita terus meneguhkan iman, memperkukuh perpaduan, dan menyemarakkan kasih sayang dalam membina Malaysia Madani yang diberkati.





๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐——๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐Ÿ“ข๐ŸŽ“ Perhatian graduan Kolej Komuniti Gopeng!Bagi mem...
19/08/2026

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐——๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐Ÿ“ข
๐ŸŽ“ Perhatian graduan Kolej Komuniti Gopeng!
Bagi memastikan perjalanan Majlis Konvokesyen anda berjalan dengan lancar, sila ambil perhatian terhadap Jadual Rasmi Sidang 6 seperti berikut:
๐Ÿ“… ๐’๐ข๐๐š๐ง๐  ๐Ÿ”
๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ : ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ ๐‚๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐จ๐ซ, ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐ˆ๐๐ซ๐ข๐ฌ (๐”๐๐’๐ˆ)
๐Ÿ•˜ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐š๐ ๐ข | ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข
๐Ÿ“ฒ Semua bakal graduan disarankan untuk ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฃ๐š๐๐ฎ๐š๐ฅ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก, ๐ง๐š๐ฆ๐š ๐ ๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ข๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐š๐ฅ ๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข: https://konvotengah.puo.edu.my/
๐Ÿ“ข Peringatan Mesra:
Pastikan anda sentiasa menyemak ๐๐จ๐ซ๐ญ๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐™๐จ๐ง ๐“๐ž๐ง๐ ๐š๐ก serta mengikuti saluran media sosial rasmi Kolej Komuniti Gopeng bagi mendapatkan sebarang hebahan dan pengumuman terkini dari semasa ke semasa.






๐Ÿ† Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan Kolej Komuniti Gopeng di iCompEx 2026! Projek Cendawan SmartSense Das...
13/08/2026

๐Ÿ† Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan Kolej Komuniti Gopeng di iCompEx 2026! Projek Cendawan SmartSense Dashboard telah berjaya meraih Gold Medal dalam International Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx 2026) yang berlangsung pada 11โ€“13 Ogos 2026 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (POLIMAS).

๐Ÿฅ‡ Lebih membanggakan, projek ini turut berjaya meraih Naib Johan bagi Kategori ICT & Multimedia. Pencapaian ini membuktikan potensi inovasi berasaskan IoT dan teknologi pintar dalam menghasilkan penyelesaian praktikal bagi pemantauan persekitaran terkawal.

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas kepada kedua-dua inovator dari Kolej Komuniti Gopeng, Ts. Mohd Faizul Emizal b. Mohd Ghazi dan Ts. Astri Idayu bt Athesan atas komitmen, kreativiti dan usaha yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan inovasi berimpak tinggi serta menyumbang kepada pembangunan TVET, teknologi dan industri. ๐Ÿš€๐ŸŒฑ

PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN SOSIAL SIRI 02/2026๐Ÿ—“Tarikh : 01.08.2026 ( Sabtu )๐Ÿ‘คPenglibatan : Pelajar Kolej Komuniti ...
05/08/2026

PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN SOSIAL SIRI 02/2026

๐Ÿ—“Tarikh : 01.08.2026 ( Sabtu )
๐Ÿ‘คPenglibatan : Pelajar Kolej Komuniti Gopeng
๐Ÿ“Tempat : Auditorium Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah

Program Pembudayaan Keusahawanan Sosial Siri 02/2026 telah berlangsung dengan jayanya. Memberi inspirasi kepada usahawan muda untuk membina perniagaan mampan.

Program yang berlangsung baru-baru di Auditorium Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak ini dihadiri oleh pelajar dari pelbagai:
๐ŸŽ“ Politeknik Ungku Omar (PUO) | PSAS
๐ŸŽ“ Kolej Komuniti Gopeng | KK Teluk Intan | KK Pasir Salak | KK Bagan Serai
๐ŸŽ“ KUPTM | Akademi KEMAS

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah hebat yang sudi berkongsi ilmu:
โœจ YBrs. Dr. Noraini Bt Hashim
Ketua Pusat Pembangunan Keusahawanan (CEnDev), Politeknik Ungku Omar
โœจ Sesi Perkongsian "Success Story" Usahawan Belia:
โ™ป๏ธ Trash for Cash
๐ŸŒฑ TGA Plantation Sdn Bhd

Tahniah dan syabas atas semangat luar biasa daripada para pelajar

Teruskan melangkah, usahawan muda!!






DELTA WORKSHOP: Design, Engrave, Laser Technology & Art ๐Ÿš€๐Ÿ—“Tarikh : 27.07.2026 (Isnin)๐Ÿ‘คPenglibatan : Pelajar Kolej Komuni...
05/08/2026

DELTA WORKSHOP: Design, Engrave, Laser Technology & Art ๐Ÿš€

๐Ÿ—“Tarikh : 27.07.2026 (Isnin)
๐Ÿ‘คPenglibatan : Pelajar Kolej Komuniti Gopeng
๐Ÿ“Tempat : Kolej Komuniti Gopeng

"Dari Idea ke Realiti dengan Teknologi Laser!"
Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Gopeng telah menganjurkan DELTA Workshop: Design, Engrave, Laser Technology & Art bagi memberi pendedahan kepada pelajar semester 1 tentang teknologi reka bentuk, ukiran laser serta aplikasi seni kreatif yang berpotensi menjana peluang keusahawanan.
Seramai 17 orang pelajar semester 1 Sijil Teknologi Maklumat telah menyertai workshop ini. Antara yang dipelajari oleh pelajar melalui program pendedahan teknologi laser ini ialah:
โœจ Pendedahan kepada teknologi laser terkini
โœจ Belajar asas reka bentuk dan laser engraving
โœจ Meningkatkan kemahiran kreatif & inovatif
โœจ Meneroka peluang keusahawanan berasaskan teknologi
Setinggi penghargaan diucapkan kepada tenaga pengajar En. Muhamad Mubarak Bin Ab Rahman, pensyarah Kolej Komuniti Taiping yang telah berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam teknologi reka bentuk ukiran laser.






Address

Kompleks RTC Perak, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, Km16 Jalan Gopeng
Gopeng
31600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6053571737

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Gopeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Komuniti Gopeng:

Shortcuts

Share