SBPI Gopeng [Official]

SBPI Gopeng [Official] VISI SEKOLAH
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng Menjana Komuniti Berilmu Bertaraf Dunia.

21/08/2026
MINI KARNIVAL BAHASA ANTARABANGSA 2026 ✨TEROKAI BAHASA, HAYATI BUDAYA✨Pelbagai aktiviti menarik seperti maperan bahasa &...
20/08/2026

MINI KARNIVAL BAHASA ANTARABANGSA 2026 ✨TEROKAI BAHASA, HAYATI BUDAYA✨

Pelbagai aktiviti menarik seperti maperan bahasa & budaya, Pasport Budaya Duni, IGOP Talent, Pertandingan Busana Dunia dan banyak lagi.

Tarikh : 19 Ogos 2026
Masa : 2-5 petang
Tempat : Dewan Ibnu Sina

Kejohanan Hoki (L) MSSD Kinta Selatan 2026Tarikh : 7 Julai 2026Masa : 2.00 Petang - 6.00 PetangTempat : Padang Hoki KTM ...
20/07/2026

Kejohanan Hoki (L) MSSD Kinta Selatan 2026

Tarikh : 7 Julai 2026
Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang
Tempat : Padang Hoki KTM Batu Gajah, Perak

Keputusan :
IGOP (2) vs Malim Nawar (0)
IGOP (1) vs SYS B (0)
IGOP (0) vs SYS (0)
IGOP (0) vs DBCM (0)

Naib Juara (Perbezaan Jaringan)

Tahniah dan Terima Kasih Yang Berusaha Dr. Hajah Zakiah binti Shafiee. Semoga terus cemerlang di tempat baharu.Daripada ...
16/07/2026

Tahniah dan Terima Kasih Yang Berusaha Dr. Hajah Zakiah binti Shafiee. Semoga terus cemerlang di tempat baharu.

Daripada :
Pengetua, pengurusan, guru-guru dan AKP Igop

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Barisan Pengurusan Tertinggi serta warga Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan keluarga besar SBP merakamkan ucapan Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada YBrs. Dr. Zakiah binti Shafiee atas komitmen, dedikasi serta khidmat bakti yang diberikan sepanjang menerajui BPSBP (17 Februari 2025 - 14 Julai 2026).

Semoga kekal komited dalam melaksanakan khidmat cemerlang serta tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Sektor Dasar dan Kualiti, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan berkuatkuasa pada 15 Julai 2026.







Tahniah dan amat membanggakan Insyirah Aqilah Binti Mohd NazriKejohanan Olahraga MSSPK 2026 (Peringkat Negeri Perak)- *P...
15/07/2026

Tahniah dan amat membanggakan

Insyirah Aqilah Binti Mohd Nazri

Kejohanan Olahraga MSSPK 2026
(Peringkat Negeri Perak)

- *Pingat Emas - Jalan Kaki 3000m*

KEJOHANAN BOLA SEPAK SEMESTA SBP NATIONAL CHAMPIONSHIP U15 2026Pasukan Bola Sepak B15 SBPI Gopeng berjaya muncul Johan B...
12/07/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK SEMESTA SBP NATIONAL CHAMPIONSHIP U15 2026

Pasukan Bola Sepak B15 SBPI Gopeng berjaya muncul Johan Bowl dalam Kejohanan Bola Sepak SEMESTA SBP National Championship U15 2026 yang berlangsung di SEMESTA, Raub pada 9–12 Julai 2026. IGOP bangkit daripada saingan peringkat kumpulan sebelum menewaskan JESS B 2-0 di separuh akhir dan mengatasi SMS Dungun menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas terikat 1-1 dalam perlawanan akhir.

Tahniah kepada semua pemain atas semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada pasukan, serta kepada semua ibu bapa atas sokongan padu dan doa yang tidak putus-putus sepanjang kejohanan.

🏆 IGOP FLY HIGH! ⚽🦅

PROGRAM UTP SHIELD OSH4SCHOOL '26Tempat: SBPI GOPENG Tarikh: 11 JULAI 2026Hari: SabtuMasa: 9.00 pagi - 4.30 petang Pengl...
11/07/2026

PROGRAM UTP SHIELD OSH4SCHOOL '26
Tempat: SBPI GOPENG
Tarikh: 11 JULAI 2026
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
Penglibatan: Murid Tingkatan 2 dan 3
Anjuran Pelajar UTP

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA PENGETUA STAR U14Sabtu | 4 Julai 2026Tempat: STAR, IpohPasukan IGOP U14 berjaya muncul juara ...
05/07/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA PENGETUA STAR U14
Sabtu | 4 Julai 2026
Tempat: STAR, Ipoh

Pasukan IGOP U14 berjaya muncul juara Premier Piala Pengetua STAR U14 selepas menewaskan BCFC menerusi penentuan sepakan penalti 3–2 pada aksi final.

Terdahulu, IGOP B menewaskan IGOP A 1–0 pada peringkat separuh akhir untuk mara ke final, manakala BCFC menewaskan SABDA B 2–0.

Keputusan:

Separuh Akhir Premier
* BCFC 2–0 SABDA B
* IGOP A 0–1 IGOP B

Final Premier
* IGOP 1–1 BCFC
* ⚽ Khalish
* IGOP muncul juara menerusi sepakan penalti 3–2.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SBPI Gopeng atas sokongan dan kepercayaan yang sentiasa diberikan. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sanggup turun padang bersama-sama menguruskan pasukan serta memberikan sokongan padu kepada para pemain sepanjang kejohanan. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi kekuatan buat IGOP pada kejohanan akan datang.

TAHNIAH & SYABAS! 🏆🤖Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SBPI Gopeng (IGOP) atas kejayaan cem...
02/07/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🏆🤖
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SBPI Gopeng (IGOP) atas kejayaan cemerlang merangkul JOHAN dalam acara Robot Battle Challenge (Kategori Sekolah Menengah) sempena Karnival STEM Daerah Kinta Selatan 2026 yang telah berlangsung pada 30 Jun hingga 2 Julai 2026 di SMK Sultan Yussuf

🏅 Murid yang mengharumkan nama sekolah:

Harith Ridhwan bin Mohd Rozi (3 Kindi)
Ahmad Sofi bin Alkashah (3 Kindi)

👨‍🏫 Guru Pembimbing:
Cikgu Amirul Adili
Cikgu Ahmad Azril

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada Pengetua SBPI Gopeng atas sokongan, dorongan dan kepimpinan yang sentiasa memberi ruang kepada pembangunan bakat murid. Penghargaan juga ditujukan kepada Guru Kanan Sains atas bimbingan, komitmen dan usaha berterusan dalam memperkasakan pendidikan STEM sehingga membuahkan kejayaan yang membanggakan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa hadapan serta terus menyemarakkan budaya inovasi, kreativiti dan kecemerlangan dalam kalangan warga SBPI Gopeng.

"Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil. Tahniah Juara! Terus Melakar Kecemerlangan dan Mengharumkan Nama SBPI Gopeng di Persada STEM." 🏆🎉🤖

PROGRAM FOMO? NO MORE! Think before You Post. Tempat: SBPI GOPENG Tarikh: 17 Jun 2026Anjuran Pelajar  UITM Shah Alam den...
30/06/2026

PROGRAM FOMO? NO MORE! Think before You Post.
Tempat: SBPI GOPENG
Tarikh: 17 Jun 2026
Anjuran Pelajar UITM Shah Alam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Address

Jalan Kota Bharu
Gopeng
31600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053597688

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SBPI Gopeng [Official] posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category