04/09/2026
Unit Bahasa Inggeris telah menganjurkan Bengkel Eagle Synergy yang bertujuan memberikan pendedahan kepada 270 orang Eagle Mentors mengenai teknik menjawab MUET komponen “Writing” dan “Speaking”.
Bengkel ini memberi penekanan kepada strategi, teknik serta pendekatan yang berkesan agar para Eagle Mentors dapat memainkan peranan sebagai rakan pembimbing kepada rakan-rakan mereka dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan MUET.
📅 Tarikh: 4 September 2026 (Jumaat)
🕑 Masa: 2.00 – 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Kuliah 3 & 4
🏫 Anjuran: Unit Bahasa Inggeris
👥 Peserta: 270 orang Eagle Mentors
🎤 Penceramah: Pensyarah Bahasa Inggeris , (Pn Shalini Thangaraj, Pn Anna Florence, Pn Julia binti Ahmad dan Pn Jun Yasmin binti Ahmad).
Melalui program ini, diharapkan para Eagle Mentors bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan teknik MUET, malah mampu membimbing, berkongsi ilmu dan menyokong rakan-rakan ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.
✨Memperkasa Eagle Mentors, Membina Kecemerlangan MUET 🦅