Bashar IGOP

Bashar IGOP BADAN PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR IGOP

Selamat Tahun Baru 2026!!“Sambut Tahun Baru 2026 dengan hati yang bersih, penuh harapan dan keberkatan. 🌙"
31/12/2025

Selamat Tahun Baru 2026!!
“Sambut Tahun Baru 2026 dengan hati yang bersih, penuh harapan dan keberkatan. 🌙"

Jazakallah hukhairanTerima kasih diucapkan kepada kepimpinan BASHAR batch Al-Jaudah atas segala tunjuk ajar dalam bidang...
26/12/2025

Jazakallah hukhairan
Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan BASHAR batch Al-Jaudah atas segala tunjuk ajar dalam bidang kepimpinan.

Sesungguhnya Islam sangat menekankan nilai amanah dan keikhlasan dalam bekerja. Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 105:

“Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang beriman.”

Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap usaha dan khidmat yang dilakukan dengan penuh tanggungjawab tidak pernah sia-sia di sisi Allah SWT.

Sepanjang perkhidmatan, segala sumbangan, kepimpinan dan teladan yang ditunjukkan bukan sahaja memberi manfaat kepada organisasi, malah menjadi inspirasi kepada kami semua.

Kami yakin, segala kebaikan dan keikhlasan yang telah dicurahkan akan dicatat sebagai amal soleh dan amal jariah.

Sehubungan itu, kami mendoakan agar Allah SWT membalas segala jasa dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Akhir kata, sekali lagi kami merakamkan jutaan terima kasih kepada BASHAR batch Al-Jaudah

Ikhlas daripada:
Seluruh ahli BASHAR 2026

✨ Forum Kepimpinan Islam🕝 Masa: 2.15 – 3.45 petang📍 Tempat: Surau As-Syakirin🎤 Moderator:Saudara Muhammad Haikal bin Kha...
23/12/2025

✨ Forum Kepimpinan Islam

🕝 Masa: 2.15 – 3.45 petang
📍 Tempat: Surau As-Syakirin

🎤 Moderator:
Saudara Muhammad Haikal bin Khairulamri
(Alumni SBPI Gopeng, Mantan Ketua BASHAR 2016)

🧑‍💼 Panel Forum (Alumni SBPI Gopeng):
Saudara Abdul Bari bin Ahmad Adri
(Mantan Ketua Rumah Zamrud & BASHAR 2013)

Saudari Nurul Amirah binti Mukhizad
(Mantan Penolong Ketua BASHAR 2015)

Saudari Hafizatul Afaf binti Mohd Nizam
(Mantan Penolong Ketua BASHAR 2016)

"Memimpin bukan untuk dipandang, tetapi untuk dipertanggungjawabkan."-Lajnah ICT

✨ NADWAH KEPIMPINAN ISLAM ✨Peringkat SBPI Gopeng🗓 Isnin – Jumaat📆 1 Disember – 5 Disember👥 Murid Tingkatan 1 hingga Ting...
23/12/2025

✨ NADWAH KEPIMPINAN ISLAM ✨
Peringkat SBPI Gopeng

🗓 Isnin – Jumaat
📆 1 Disember – 5 Disember
👥 Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4

🎙 Pengisian oleh:
Guru Jabatan Pendidikan Islam, Alumni SBPI Gopeng & Penceramah Jemputan

📌 Objektif Program
Nadwah ini dianjurkan sebagai usaha menyemai kefahaman tentang kepimpinan berteraskan Islam dalam diri para pelajar. Program ini memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah, akhlak dan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar, selaras dengan tuntutan agama.

Selain itu, nadwah ini turut bertujuan menambah serta mengukuhkan penghayatan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah agar dapat melahirkan generasi pelajar yang berilmu, beriman dan bersedia memimpin dengan hikmah.

Firman Allah:
📖 “Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Furqan: 74)

🌿 Majlis Perpisahan & Penghargaan 🌿Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap kenangan pasti meninggalkan kesan y...
18/10/2025

🌿 Majlis Perpisahan & Penghargaan 🌿

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap kenangan pasti meninggalkan kesan yang mendalam. Hari ini, kami warga BASHAR SBPI Gopeng menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat Cikgu Sauyah, Cikgu Siti dan Encik Shah atas segala jasa, tunjuk ajar, dan bimbingan yang tidak ternilai sepanjang bersama kami.

Perpindahan ini bukanlah satu pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjalanan baru yang penuh dengan peluang dan keberkatan. Sesungguhnya, keikhlasan dan kasih sayang yang kalian curahkan akan sentiasa terpahat dalam hati kami.

اللهم بارك لهم فيما قدموا ووفقهم فيما يستقبلون
Ya Allah, berkatilah segala jasa mereka dan permudahkan urusan mereka di tempat yang baharu.

Semoga Allah terus memimpin langkah kalian dalam kebaikan, memberkati setiap usaha dan memberi kekuatan dalam setiap cabaran yang mendatang.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung — doa kami sentiasa mengiringi 💚

Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul tahun 2025Semoga kita mendapat syafaat di akhirat kelak.Terima kasih  atas gam...
14/09/2025

Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul tahun 2025
Semoga kita mendapat syafaat di akhirat kelak.
Terima kasih atas gambar ini.





♥️Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Bashar semasa Ramadan. Alhamdulillalh semua program berjalan lancar dan dapat s...
05/04/2025

♥️Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Bashar semasa Ramadan. Alhamdulillalh semua program berjalan lancar dan dapat sambutan baik daripada warga igop.

✨Bashar-25

Raya, Raya, Raya! 🎊 Semoga lebaran kali ini lebih bermakna, membawa kegembiraan dan rezeki yang melimpah. Maaf zahir dan...
30/03/2025

Raya, Raya, Raya! 🎊 Semoga lebaran kali ini lebih bermakna, membawa kegembiraan dan rezeki yang melimpah. Maaf zahir dan batin! ✨🌙

QURAN HOUR 📔⌚SURAH AS-SAFF Surah As-Saff (السَّفّ) adalah surah ke-61 dalam Al-Quran, terdiri daripada 14 ayat. Surah in...
30/03/2025

QURAN HOUR 📔⌚
SURAH AS-SAFF

Surah As-Saff (السَّفّ) adalah surah ke-61 dalam Al-Quran, terdiri daripada 14 ayat. Surah ini tergolong dalam surah Madaniyah dan bermaksud "Barisan" atau "Saff", merujuk kepada barisan pejuang di jalan Allah.

30/03/2025
-Iftar di Masjid ♥️♥️-Ahli Bashar🫂Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli Bashar untuk membantu da...
29/03/2025

-Iftar di Masjid ♥️♥️
-Ahli Bashar🫂

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli Bashar untuk membantu dan mengetahui cara² penyediaan makanan untuk berbuka puasa di masjid.🦋✨

-Iftar Jamaie Igop-25 🌔🌔-Di Dewan Ibnu Sina -Kerjasama : Bashar & koko🫂🫂Ditaja oleh : adili catering🔥🔥🔥Majlis ini merupa...
29/03/2025

-Iftar Jamaie Igop-25 🌔🌔
-Di Dewan Ibnu Sina
-Kerjasama : Bashar & koko🫂🫂

Ditaja oleh : adili catering🔥🔥🔥

Majlis ini merupakan salah satu program Ihya' Ramadan dikendalikan oleh Bashar bertujuan untuk berbuka puasa bersama² warga igop.✨✨✨

Address

SBPI GOPENG
Gopeng
31600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bashar IGOP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Bashar IGOP:

Shortcuts

Share

Category