Musalla Al-Ehsan SKDK2

Musalla Al-Ehsan SKDK2

Share

Musalla 5 Bintang Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8

Photos from SK Danau Kota 2's post 30/04/2026
24/04/2026

Assalamualaikum kepada semua ibubapa /penjaga

*MAKLUMAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) SIRI 1*
akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh :*25/4/2026*
Hari :*SABTU*
Masa :*7.30 pagi-12.30 tengah hari*
Tempat : *SK Danau Kota (2)*
Pakaian : *Baju PJ/Sukan*
Penglibatan : *Murid beragama Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 dan murid PPKI (yang terlibat)*

* Kehadiran adalah diwajibkan. Murid hanya perlu membawa alat tulis sahaja. (Tahun 1 & Tahun 2 sila bawa gam dan gunting)
* Makanan disediakan untuk semua murid . Murid amat digalakkan untuk membawa air minuman yang secukupnya.
* Harap ibubapa dapat uruskan pengangkutan anak-anak semasa waktu pulang mengikut masa yang telah ditentukan.

Terima kasih atas kerjasama yang diberi 💐

24/02/2026

Jom kita perbaiki amalan kita supaya Ramadan kali ini lebih bermakna dan tidak berlalu dengan sia-sia. 🤲✨







Photos from Musalla Al-Ehsan SKDK2's post 06/02/2026

Tahukah anda? Islam dibina atas lima rukun utama yang menjadi tunjang kekuatan iman kita. Melalui Program Penghayatan Hadis 40, murid-murid didedahkan dengan kepentingan memahami dan mengamalkan Syahadah, Solat, Zakat, Puasa dan Haji dalam kehidupan seharian.

Jom sama-sama kita amalkan Rukun Islam dengan penuh semangat dan keikhlasan! ✨






Photos from Musalla Al-Ehsan SKDK2's post 24/01/2026

🌿PROGRAM PENGHAYATAN HADIS 40
IMAM NAWAWI🌿

Penerangan Hadis Pertama: *Keutamaan Niat*

👳‍♀️Daie Cilik: Muhammad Anas bin Zul Abrar (4 Akasia)
📍 Tempat: Dataran Perhimpunan SKDK2
🕢 Masa: 7.20 pagi
📅Tarikh:24 Januari 2026, Jumaat

Alhamdulillah, Program Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi telah berjaya dilaksanakan dengan pengisian penerangan hadis pertama yang menekankan kepentingan niat dalam setiap amalan. Program ini bertujuan memupuk sikap ikhlas serta membentuk sahsiah murid yang berakhlak mulia.

Hadis ini mengajar bahawa nilai sesuatu amalan bergantung kepada niat. Niat yang betul akan menjadikan setiap perbuatan sebagai ibadah dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Hikmah:
✅ Membentuk keikhlasan dalam diri.
✅ Mendidik agar sentiasa membetulkan niat.
✅ Melahirkan individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

Semoga penyampaian ini memberi manfaat kepada para guru, murid serta seluruh warga SKDK2 dan menjadi panduan dalam amalan seharian. 🌷


07/09/2025

*Program Gempur Al-Quran*
*Tahun 5 & 6*

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah bagi mengikuti *Program Gempur Al-Quran* mengikut ketetapan berikut:

📌Tarikh: *8-9 September 2025 (Siri 1)*& *6-7 Oktober 2025 (siri 2)*

📌Masa: *11.00 pagi - 1.30 tengah hari*

📌Tempat: *Musalla Al-Ehsan (MAE), SK Danau Kota (2)*

Program ini amat penting bagi membantu murid mencapai khatam Al-Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Anjuran:
*Panitia Pendidikan Islam*
*SK Danau Kota (2)*

Photos from Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan's post 07/09/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Gombak?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Gombak
53300

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 13:00