Sekolah Agama Parit Kassan

Sekolah Agama Parit Kassan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Agama Parit Kassan, Elementary School, Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Tangkak, Gerisek.

PENDAFTARAN KINI DIBUKA! Pihak Sekolah Agama Parit Kassan mengalu-alukan kedatangan anak tuan/puan di sekolah kami. Ayuh...
04/05/2026

PENDAFTARAN KINI DIBUKA!

Pihak Sekolah Agama Parit Kassan mengalu-alukan kedatangan anak tuan/puan di sekolah kami. Ayuh! bersama menjadi sebahagian dari warga Sekolah Agama Parit Kassan (SAPK).

DAFTAR SEGERA!
Borang pendaftaran boleh diambil di Pejabat Sekolah Agama Parit Kassan.


02/05/2026
22/04/2026

Rangkuman gambar dan video sepanjang majlis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke-28 & Anugerah Kecemerlangan Pelajar sesi 2025.

Dirasmikan Oleh :
Tuan Haji Abdul Samat Bin Abd Rahman
(Ketua Polis Balai Bukit Gambir).


18/10/2025
16/10/2025

Sekalung tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YM Ungku Suzana Binti Ungku Mohammad atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah Tangkak.

Warga Kerja Pejabat Daerah Tangkak mengalu-alukan kehadiran YM Ungku dan berharap agar dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan daerah Tangkak.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab baharu.



✨ Projek Wakaf Penapis Air Halal Hijrah Water ✨Alhamdulillah, sumbangan wakaf penapis air halal telah siap dipasang di S...
10/10/2025

✨ Projek Wakaf Penapis Air Halal Hijrah Water ✨

Alhamdulillah, sumbangan wakaf penapis air halal telah siap dipasang di Sekolah Agama Parit Kassan.
Semoga manfaatnya berpanjangan dan menjadi pahala berterusan buat semua pewakaf dan semoga dapat digunakan dengan sebaiknya.

💧 “Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

🤲🤝Pihak Badan Kebajikan Sekolah Agama Parit Kassan, Guru Besar dan seluruh warga Sekolah Agama Parit Kassan mengucapkan terima kasih kepada Hijrah Water Sdn Bhd yang berkongsi projek wakaf penapis air halal untuk kegunaan warga SAParit Kassan. Semoga ianya memberi manfaat dan ganjaran pahala untuk pewakaf berterusan.
~09 Oktober 2025~

26/09/2025
07/09/2025

.
FENOMENA GERHANA BULAN PENUH TAHUN 2025.

Pada tarikh 8 September 2025 / 15 Rabiulawal 1447, InsyaAllah kita berpeluang menyaksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh.

Gerhana ini berlaku apabila Bulan berada sepenuhnya dalam bayang gelap(umbra) Bumi, menyebabkan cahaya Matahari tidak dapat sampai secara terus ke permukaan Bulan.

Cahaya yang dibias melalui atmosfera Bumi akan membuatkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan, fenomena ini juga digelar sebagai “Blood Moon”.

Fasa Gerhana Bulan Penuh 2025 bermula sekitar jam 1:30 pagi, dengan kemuncak pada jam 2:11 pagi, sebelum berakhir pada jam 2:53 pagi. Ini menjadikan tempoh Gerhana Bulan Penuh berlangsung selama lebih kurang 1 jam 22 minit.

Fenomena ini boleh disaksikan dengan mata kasar tanpa sebarang bahaya, berbeza dengan Gerhana Matahari yang memerlukan perlindungan khas.

Untuk pengalaman yang lebih menarik, cerapan boleh dilakukan menggunakan teleskop atau binokular. Cuaca cerah dan lokasi dengan pandangan langit yang terbuka adalah penting untuk memastikan fenomena ini dapat dilihat dengan jelas.

Gerhana Bulan Penuh adalah peluang yang jarang berlaku dan sesuai dijadikan aktiviti pendidikan serta penghayatan terhadap kebesaran ciptaan Allah SWT. Ia mengingatkan kita bahawa segala pergerakan cakerawala di alam semesta ini berlaku mengikut ketetapan sangat sempurna yang ditentukan-NYA.

Umat islam adalah dituntut untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana Bulan pada masa ia berlaku.

Muat turun pautan di bawah berkenaan Panduan Solat Gerhana Bulan beserta teks dua khutbah yang diterbitkan oleh Bhg. Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ.

Klik : https://bit.ly/45LzQJE

Semoga bermanfaat.

Bhg. Falak,
Jabatan M***i Johor.

17/06/2025

MAKLUMAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG PARIT KASSAN

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Encik Mohd Zin bin Suratman telah ditauliahkan sebagai Ketua Kampung Parit Kassan yang baharu berkuatkuasa mulai 1 Jun 2025 hingga 31 Julai 2027 bagi menggantikan Tok Haji Mohd Hamzah bin Basar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Mei 2025 yang lalu.

Sehubungan itu, segala urusan berkaitan pentadbiran Kampung Parit Kassan adalah di bawah tanggungjawab beliau dan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parit Kassan yang baharu.

Sekiranya terdapat urusan yang memerlukan khidmat beliau, sila hubungi beliau di talian 011-1436 7804 sama ada talian terus atau aplikasi WhatsApp.

Admin mengucapkan tahniah kepada Tok Mohd Zin atas pelantikan tersebut, semoga beliau dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan sempurna dan terbaik dengan sokongan serta kerjasama semua pihak di dalam Kampung Parit Kassan bagi membangunkan kampung kita. Segala cadangan/komen/aduan boleh disalurkan kepada beliau untuk diambil tindakan sewajarnya.

Admin juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada seluruh warga Kampung Parit Kassan kepada Tok Haji Mohd Hamzah bin Basar sepanjang perkhidmatan beliau selaku Ketua Kampung Parit Kassan sejak beberapa penggal yang lalu.

Selamat bertugas kepada Tok Mohd Zin!







fans

Address

Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Tangkak
Gerisek
84800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Parit Kassan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Agama Parit Kassan:

Shortcuts

Share