03/06/2025
SURAU KG. SERI GELAM PERDANA, 2 Jun 2025 - Sebuah kem pemantapan bab solat untuk anak-anak iaitu Kem Smart Solat telah berlangsung pada hari Isnin, dengan kehadiran seramai 50 orang peserta.
Antara pengisian menarik termasuk perkongsian berkaitan sejarah solat & pengukuhan akidah, persiapan sebelum mendirikan solat atau bersuci iaitu Bab Toharoh, teori solat dan praktikal solat.
Sebagai penutup, para peserta bergambar sebagai kenangan bersama.