SRITI At-Taufiq Gerik

SRITI At-Taufiq Gerik Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At-Taufiq menyediakan pendidikan peringkat sekolah renda

VISI - Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani dan Murobbi

MISI - Memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum integrasi meliputi Tahfiz, Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah melalui persekitaran yang kondusif.

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 SESI 2027 SRITI AT-TAUFIQ KINI DIBUKAโ€ผ๏ธTEMPAT ADALAH TERHADโ€ผ๏ธ๐Ÿ“ Syarat Kemas*...
20/08/2026

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 SESI 2027 SRITI AT-TAUFIQ KINI DIBUKA

โ€ผ๏ธTEMPAT ADALAH TERHADโ€ผ๏ธ

๐Ÿ“ Syarat Kemas**an : ๐Ÿ“
๐Ÿ–๏ธTidak mempunyai masalah ADHD, Autisme, Down Syndrome dan lain-lain.

โฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธ

๐Ÿ’ป Panduan Pendaftaran ๐Ÿ’ป
Daftar secara online melalui link di bawah:

https://asis.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=asis0254

โ—TIADA ujian saringan kemas**an

๐Ÿข Lokasi Kami ๐Ÿข
SRITI AT-TAUFIQ
No 1B Kg Gerik
33300 Gerik, Perak

๐Ÿ•˜ Waktu Pejabat ๐Ÿ•˜
- Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
- Jumaat : 8.00 pagi โ€“ 4.00 petang

๐Ÿ“ฒ Sebarang permasalahan pertanyaan, hubungi atau WhatsApp nombor berikut ๐Ÿ“ฒ

Kerani Pendaftaran : 019-4529812
(http://www.wasap.my/60194529812/DAFTARSRITI2027)

๐Ÿ”ธMEMBINA GENERASI RABBANI & MURABBI๐Ÿ”ธ

JOM DAFTAR ANAK ANDA DI SRITI AT-TAUFIQ SEKARANG ๐Ÿ™Œ




โธป

PERKONGSIAN UNTUK IBU BAPA: BAHAYA PENGGUNAAN GAJET SECARA BERLEBIHANAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Ibu bapa...
11/08/2026

PERKONGSIAN UNTUK IBU BAPA: BAHAYA PENGGUNAAN GAJET SECARA BERLEBIHAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ibu bapa yang dihormati,

Teknologi dan gajet sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita hari ini. Namun, penggunaan gajet tanpa kawalan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan mereka.

Antara kesan yang sering berlaku ialah:

- Perkembangan pertuturan dan bahasa menjadi lebih perlahan.
- Sukar memberi tumpuan semasa belajar dan mengikuti arahan.
- Kurang berinteraksi dengan ahli keluarga serta rakan sebaya.
- Mudah marah, gelisah atau s**ar mengawal emosi apabila gajet diambil.
- Gangguan tidur akibat pendedahan kepada skrin dalam tempoh yang lama.
- Kurang melakukan aktiviti fizikal yang penting untuk tumbesaran.

Sebagai ibu bapa, kita digalakkan untuk:
- Menetapkan had masa penggunaan gajet mengikut umur anak.
- Mengelakkan pemberian gajet ketika waktu makan, sebelum tidur dan ketika bersama keluarga.
- Menggalakkan aktiviti seperti membaca, bermain di luar, bers**an, melukis dan berbual bersama ahli keluarga.
- Menjadi contoh yang baik dengan mengawal penggunaan gajet oleh diri sendiri.
- Memantau kandungan yang ditonton serta menggunakan gajet bersama anak apabila perlu.

Anak-anak membesar melalui komunikasi, kasih sayang, permainan dan pengalaman bersama keluarga, bukan melalui skrin semata-mata.

Marilah kita bersama-sama mewujudkan persekitaran yang seimbang agar mereka dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal, emosi, sosial dan rohani.

Semoga Allah SWT memelihara anak-anak kita dan mengurniakan mereka perkembangan yang terbaik. Aamiin.

&Murabbi

๐ŸŒฟ Jom Rebut Keberkatan Hari Jumaat ๐ŸŒฟAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sempena penghulu segala hari, Hari Jumaat...
07/08/2026

๐ŸŒฟ Jom Rebut Keberkatan Hari Jumaat ๐ŸŒฟ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena penghulu segala hari, Hari Jumaat, marilah kita bersama-sama merebut peluang beramal jariah dengan menyumbang ke Tabung Pengurusan Sekolah.

Sumbangan tuan/puan akan digunakan bagi menampung kos pengurusan harian, penyelenggaraan kemudahan, serta memastikan proses pendidikan anak-anak dapat berjalan dengan lebih baik dan selesa.

Tiada jumlah yang terlalu kecil. Setiap sumbangan yang dihulurkan, insya-Allah menjadi saham amal yang berpanjangan.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, melimpahkan rezeki yang berkat, serta membalas setiap sumbangan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

"Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya, maka Allah akan memudahkan urusannya."

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang berterusan.
Jazakumullahu khairan kathira.

๐ŸŸข PENDAFTARAN SESI 2027 KINI DIBUKA! ๐ŸซโœจAnak bakal masuk Tahun 1?Ibu ayah sedang mencari sekolah yang menggabungkan akade...
05/08/2026

๐ŸŸข PENDAFTARAN SESI 2027 KINI DIBUKA! ๐Ÿซโœจ

Anak bakal masuk Tahun 1?
Ibu ayah sedang mencari sekolah yang menggabungkan akademik, Al-Quran dan pembentukan sahsiah Islamiah?

๐ŸŒฑ SRITI At-Taufiq, Gerik membuka pendaftaran bagi Sesi 2027!

Di SRITI, anak-anak dibimbing bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan akademik, tetapi turut diperkasa dengan Al-Quran, ilmu agama, sahsiah dan aktiviti kokurikulum.

๐Ÿ“š Antara pengisian pendidikan kami:
โœ… Kurikulum akademik
๐Ÿ“– Pra-Tahfiz, Iqraโ€™ & Al-Quran
๐Ÿ•Œ Fardhu Ain & Fardhu Kifayah
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Sukan & permainan
๐ŸŽฏ Aktiviti kokurikulum
๐ŸŒŸ Pembentukan sahsiah dan kepimpinan

๐Ÿ“ Lokasi:
No. 1B, Kampung Gerik, 33300 Gerik, Perak

๐Ÿ“ž Hubungi Pembantu Tadbir:
019-452 9812

๐Ÿ“ฒ Nak daftar? Imbas QR Code pada poster atau hubungi nombor di atas untuk maklumat lanjut.

๐Ÿ”ฅ Tempat adalah terhad. Jangan tunggu sehingga pendaftaran ditutup!

๐Ÿ’š Daftarkan anak anda untuk Sesi 2027 dan mulakan langkah membina generasi yang berilmu, berakhlak dan dekat dengan Al-Quran.

๐Ÿ“ข PRA-PENDAFTARAN MURID BAHARU (TAHUN 1) 2027 SRITI AT-TAUFIQ KINI DIBUKA๐Ÿ“ขPra-pendaftaran murid Tahun 1 sesi 2027 kini d...
22/07/2026

๐Ÿ“ข PRA-PENDAFTARAN MURID BAHARU (TAHUN 1) 2027 SRITI AT-TAUFIQ KINI DIBUKA๐Ÿ“ข

Pra-pendaftaran murid Tahun 1 sesi 2027 kini dibuka kepada ibu bapa yang berminat menghantar anak ke SRITI At-Taufiq

๐Ÿ“Œ Daftar sekarang:

https://asis.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=asis0254

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

๐ŸŒŸ Selamat Maju Jaya Kontinjen SRITI Gerik ke KESUGA 2026 ๐ŸŒŸSelamat berjuang kepada semua murid SRITI Gerik yang akan mewa...
22/07/2026

๐ŸŒŸ Selamat Maju Jaya Kontinjen SRITI Gerik ke KESUGA 2026 ๐ŸŒŸ

Selamat berjuang kepada semua murid SRITI Gerik yang akan mewakili sekolah dalam KESUGA 2026 bagi acara:

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Balapan
โšฝ Bola Sepak
๐Ÿน Memanah
๐ŸฅŽ Lontar Peluru
๐Ÿ Bola Jaring

Semoga setiap peserta diberikan kesihatan, kekuatan, ketenangan dan semangat juang yang tinggi. Bertandinglah dengan penuh disiplin, yakin pada kemampuan diri serta sentiasa menjaga akhlak dan semangat kes**anan.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi usaha yang bersungguh-sungguh, keberanian mencuba dan semangat berpas**an adalah kemenangan yang sebenar.

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan dan mengharumkan nama SRITI Gerik. Aamiin. ๐Ÿคฒ๐Ÿ…

11/07/2026
*MOHON DANA SUMBANGAN KESUGA*Dengan rendah hati,disini kami SRITI At-Taufiq Gerik,ingin memohon sumbangan sempena :*_KEJ...
29/06/2026

*MOHON DANA SUMBANGAN KESUGA*

Dengan rendah hati,disini kami SRITI At-Taufiq Gerik,ingin memohon sumbangan sempena :

*_KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA (KESUGA) Peringkat Negeri Perak_*

Sumbangan ini bagi menampung :

๐Ÿ“ Bayaran Pengangkutan dan perjalanan ( Bas,Van ).
๐Ÿ“Makanan murid-murid dan guru pengiring.
๐Ÿ“ Persiapan pengurusan murid dan tempat. ( Sewa Homestay dan lain-lain)

Sebarang bentuk sumbangan khususnya kewangan amat kami harapkan. Sumbangan boleh disalurkan ke :

_*BANK RAKYAT*_
SRITI At-Taufiq Gerik
*NO AKAUN: 1101307998*

Ref. : Kesuga

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut (kertas kerja ) boleh hubungi nombor berikut :

๐Ÿ”– Muallim Megat
http://www.wasap.my/+60185714841

๐Ÿ”–Muallim Fadzil
http://www.wasap.my/+601120725463

Segala sumbangan anda kami dahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

Jom Hidupkan Sunnah Puasa Tasu'a & Asyura Sempena ketibaan bulan Muharram, marilah kita bersama-sama merebut peluang mer...
24/06/2026

Jom Hidupkan Sunnah Puasa Tasu'a & Asyura

Sempena ketibaan bulan Muharram, marilah kita bersama-sama merebut peluang meraih ganjaran dan keampunan Allah SWT dengan berpuasa pada hari Tasu'a dan Asyura.

๐Ÿ“… Puasa Tasu'a: 9 Muharram 1448H (25 Jun 2026 - Khamis)
๐Ÿ“… Puasa Asyura: 10 Muharram 1448H (26 Jun 2026 - Jumaat)

Rasulullah SAW bersabda:

ูˆูŽุตููŠูŽุงู…ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽุŒ ุฃูŽุญู’ุชูŽุณูุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠููƒูŽูู‘ูุฑูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ู

Maksudnya: โ€œDan berpuasa pada hari โ€˜Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.โ€ [Riwayat Muslim (1162)]

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan.

"Membina Generasi Islam Rabbani"





KALAU ANAK MULA BUAT 10 PERKARA INI, MUNGKIN DIA SEDANG BELAJAR MENIPU... DAN RAMAI IBU BAPA TAK SEDAR.Kadang-kadang bil...
24/06/2026

KALAU ANAK MULA BUAT 10 PERKARA INI, MUNGKIN DIA SEDANG BELAJAR MENIPU... DAN RAMAI IBU BAPA TAK SEDAR.

Kadang-kadang bila anak menipu, kita terus anggap dia nakal.

Hakikatnya, ramai anak menipu bukan sebab mereka s**a berbohong.

Mereka takut.

Takut dimarah.
Takut dihukum.
Takut mengecewakan ibu ayah.

Sebab itu, apabila anak bercakap benar walaupun dia melakukan kesalahan, cuba tahan diri daripada terus meletus.

Kerana saat itu sebenarnya anak sedang belajar satu perkara yang sangat penting:

"Bercakap benar lebih selamat daripada menipu."

Rumah yang penuh jeritan akan melahirkan anak yang pandai menyembunyikan kesalahan.

Tetapi rumah yang penuh bimbingan akan melahirkan anak yang berani bercakap jujur.

Kadang-kadang apa yang anak perlukan bukan hukuman yang lebih berat...

Tetapi keyakinan bahawa ibu ayah tetap sayang walaupun dia melakukan kesilapan.

Hari ini, jika anak mengaku kesalahannya, cuba dengar sampai habis sebelum menghukum.

Kerana kejujuran bukan lahir daripada ketakutan.

Kejujuran lahir daripada rasa selamat.

Kerana kejujuran bermula daripada rasa selamat.



Address

No. 1B, Jalan Sultan Yusof, Kg. Gerik
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601115391336

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI At-Taufiq Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI At-Taufiq Gerik:

Shortcuts

Share

Category