Sekolah Kebangsaan Kerunai

Sekolah Kebangsaan Kerunai SK KERUNAI,
NO 1 JALAN INTAN
33310 GERIK, PERAK

27/04/2026
Throwback Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kerunai 2026! ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ…Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Olahraga & Balapan 202...
27/04/2026

Throwback Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kerunai 2026! ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ…

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Olahraga & Balapan 2026 yang penuh dengan gelak tawa, semangat dan kenangan manis buat semua warga sekolah โค๏ธ

๐Ÿ“… Sepanjang kejohanan:

โœจ 20 & 21 April (Isnin & Selasa) โ€“ Sukantara bermula!
โœจ 22 & 24 April (Rabu & Khamis) โ€“ Acara akhir penuh debaran
โœจ 26 April (Sabtu) โ€“ Kemuncak hari sukan yang paling meriah!

Macam-macam ragam dapat kita lihat ๐Ÿ˜„

Ada yang berlari bersungguh-sungguh, ada yang tak putus asa sampai ke garisan penamat, dan paling pentingโ€ฆ semua seronok!

Tahniah kepada semua murid yang terlibat โ€” menang atau tidak, anda semua memang hebat! ๐Ÿ‘

Terima kasih juga kepada guru-guru dan semua yang bertungkus-lumus menjayakan hari sukan kali ini.

Jom kita tengok balik momen-momen best sepanjang kejohanan ๐Ÿ“ทโœจ




Aktiviti PANITIA MUZIK.
18/01/2026

Aktiviti PANITIA MUZIK.

๐Ÿ“š MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 2026Alhamdulillah, Minggu Pertama Persekolahan bagi Sesi Akademik 2026 telah berlangsung d...
18/01/2026

๐Ÿ“š MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 2026

Alhamdulillah, Minggu Pertama Persekolahan bagi Sesi Akademik 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh keceriaan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan melibatkan murid-murid, guru-guru serta warga sekolah bagi membantu murid menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baharu.

Semoga permulaan yang baik ini menjadi langkah awal ke arah kejayaan dan kecemerlangan murid-murid sepanjang tahun 2026.

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

๐Ÿ“ธ Sekitar rakaman aktiviti sepanjang Minggu Pertama Persekolahan.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2026 | SK KERUNAIAlhamdulillah, sesi persekolahan tahun 2026 telah bermula dengan penuh keceri...
12/01/2026

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2026 | SK KERUNAI

Alhamdulillah, sesi persekolahan tahun 2026 telah bermula dengan penuh keceriaan dan semangat baharu. Wajah ceria murid-murid SK Kerunai jelas terpancar pada hari pertama melangkah ke sekolah ๐Ÿ’™

Semoga tahun ini menjadi tahun yang penuh kejayaan, ilmu bermanfaat dan kenangan indah buat semua warga SK Kerunai.
Terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan seluruh warga sekolah atas kerjasama yang baik dalam memastikan kelancaran hari pertama persekolahan ๐Ÿ™

๐Ÿ“ธ Sekitar suasana hari pertama persekolahan 2026.
๐Ÿ“ท Majlis Peluncuran Program Minggu Pertama Persekolahan
๐Ÿ“ท Taklimat PTTS untuk Ibu Bapa Tahun 1


๐ŸŒŸ Selamat Kembali ke Sekolah! ๐ŸŒŸAssalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat datang kembali kami ucapkan kepada seluruh mu...
09/01/2026

๐ŸŒŸ Selamat Kembali ke Sekolah! ๐ŸŒŸ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang kembali kami ucapkan kepada seluruh murid SK Kerunai bagi sesi persekolahan 2026.
Semoga kehadiran ke sekolah disambut dengan hati yang ceria, semangat yang tinggi serta azam baharu untuk terus menimba ilmu dan membina sahsiah diri.

Kepada ibu bapa dan penjaga, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak sekolah dalam mendidik anak-anak sepanjang perjalanan persekolahan mereka.

๐Ÿ“Œ Makluman Penting untuk Ibu Bapa & Penjaga
Mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk infografik yang disertakan bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan:
โ€ข Aktiviti minggu pertama persekolahan
โ€ข Keperluan murid
โ€ข Kod pakaian harian
โ€ข Maklumat masa dan pengurusan awal persekolahan

Semoga urusan persekolahan anak-anak kita berjalan dengan lancar dan diberkati.

โœจ Bersama Mendidik, Membina Generasi Cemerlang โœจ




Pendaftaran Prasekolah SK Kerunai 2026 Kini Dibuka!Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 5 & 6 tahun (lahir 2020 & 2021),...
27/05/2025

Pendaftaran Prasekolah SK Kerunai 2026 Kini Dibuka!

Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 5 & 6 tahun (lahir 2020 & 2021), jom rebut peluang untuk daftarkan anak anda ke Prasekolah SK Kerunai!

Kenapa pilih kami?
โœ”๏ธ Makanan sihat 2 kali sehari
โœ”๏ธ Fokus kepada asas 3M: Membaca, Menulis, Mengira
โœ”๏ธ Aktiviti menarik sepanjang tahun seperti:
โ€ข Lawatan sambil belajar
โ€ข Hari Kanak-Kanak & Hari Lahir
โ€ข Sukaneka & Karnival Prasekolah
โ€ข Sambutan Pakaian Beragam Merdeka
โ€ข Hari Graduasi Prasekolah

YURAN PERCUMA & Hadiah saguhati menanti!

Jangan lepaskan peluang ini untuk permulaan pendidikan yang menyeronokkan dan berkualiti buat anak anda!

Borang permohonan boleh didapati di Pondok Jaga SK Kerunai.

Maklumat lanjut, hubungi:
Cik Fisha โ€“ 019-5522037
Cikgu Yaqin โ€“ 019-3808255



Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri! โœจ๐ŸŒ™Cuti sekolah telah tiba, dan Syawal pun semakin menjelang! Warga Sk Ke...
28/03/2025

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri! โœจ๐ŸŒ™

Cuti sekolah telah tiba, dan Syawal pun semakin menjelang! Warga Sk Kerunai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua murid, ibu bapa, dan seluruh komuniti sekolah. Semoga cuti ini diisi dengan kegembiraan, kasih sayang, dan keceriaan bersama keluarga tersayang.

Jangan lupa untuk berehat secukupnya dan kembali ke sekolah dengan semangat baru! ๐ŸŒธ

Jom tengok video khas โ€œMeriah Lain Macamโ€ daripada guru-guru & akp Sekolah Kebangsaan Kerunai! ๐Ÿ˜

Klik ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://vt.tiktok.com/ZSrYuDSG3/

๐ŸŽฅ Siapa cikgu paling โ€˜sportingโ€™? Jom komen!





1050 followers, 451 likes, 58 comments

Salam Ramadan Al-Mubarak ๐ŸŒ™โœจSelamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh warga Sk Kerunai. Semoga Ramadan kali ini memb...
01/03/2025

Salam Ramadan Al-Mubarak ๐ŸŒ™โœจ

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh warga Sk Kerunai. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan, dan ketenangan dalam hati kita semua.

Mari manfaatkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah, bersedekah, dan memperbaiki diri. Semoga segala amalan kita diterima dan mendapat rahmat dari Allah SWT.



HEBAHAN ๐Ÿ”ˆ๐Ÿ”ˆINFO KPM: Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026. Pendaftaran mulai 1 Mac hingga 30 April 2025 meneru...
27/02/2025

HEBAHAN ๐Ÿ”ˆ๐Ÿ”ˆ

INFO KPM: Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026. Pendaftaran mulai 1 Mac hingga 30 April 2025 menerusi Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my




MAJLIS PELANCARAN TVPSS, MINGGU ICT & PEMBUGARAN DELIMA 2.0 SESI 2025/202619 Februari 2025 yang lalu menjadi satu detik ...
25/02/2025

MAJLIS PELANCARAN TVPSS, MINGGU ICT & PEMBUGARAN DELIMA 2.0 SESI 2025/2026

19 Februari 2025 yang lalu menjadi satu detik bermakna buat Sekolah Kebangsaan Kerunai dengan pelancaran TV Pusat Sumber Sekolah (TVPSS), Minggu ICT & Pembugaran DELIMa 2.0 peringkat sekolah! ๐ŸŽ‰โœจ

Majlis ini bertujuan untuk menggalakkan budaya pembelajaran digital, meningkatkan celik teknologi dalam kalangan murid dan guru, serta memanfaatkan platform DELIMa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan TVPSS, informasi dan ilmu dapat disampaikan dengan lebih interaktif dan menarik!

Kita juga telah melantik 2 orang wartawan cilik untuk sama-sama menyampaikan maklumat dan informasi melalui platform TVPSS : Kerunai TV.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini dapat memacu kecemerlangan sekolah dalam dunia digital! ๐Ÿš€๐Ÿ“บ๐Ÿ’ก

Address

NO, 1 Jalan INTAN
Gerik
33310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057918193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kerunai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Kerunai:

Shortcuts

Share

Category