Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Gerik Rasmi

Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Gerik Rasmi Media Rasmi
Jabatan Teknologi Mekanikal Dan Pembuatan
Teknologi Kimpalan,
Kolej Vokasional Gerik,
Km 4, Jalan Kuala Rui,
33300 Gerik, Perak.

18/02/2026

Selamat menjalani ibadah puasa dan menyambut Ramadhan 1447H. Ikhlas dari Program Teknologi Kimpalan KV Gerik

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2026Ibu bapa dan pelajar boleh mula menyemak tawaran kemas...
24/12/2025

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2026

Ibu bapa dan pelajar boleh mula menyemak tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional bagi Tahun 2026 untuk Murid Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM):

🌐 Pautan semakan:
https://spskt4.moe.gov.my

Calon yang berjaya ditawarkan diminta untuk klik “Setuju Terima” dalam sistem bagi mengesahkan penerimaan tawaran.

Bagi calon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat melalui sistem yang sama.

🗓️ Tarikh semakan keputusan & rayuan:
26 Disember 2025 – 13 Januari 2026

🗓️ Tarikh pendaftaran:
13 Januari 2026

🗓️Semakan rayuan:
6 – 10 Februari 2026

Sehubungan itu, semua calon dinasihatkan supaya menyemak keputusan dan membuat pengesahan atau rayuan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

18/12/2025

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

*PERMOHONAN SUMBANGAN DERMA KARPET SURAU AL HIDAYAH KV GERIK*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa rendah hati, pihak kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada para dermawan bagi tujuan penggantian/penyediaan karpet baharu Surau.

Karpet sedia ada menggunakan dana kerajaan telah dipasang. Namun dana tersebut tidak dapat memenuhi keseluruhan ruang dalam surau. Sehubungan itu, kami berhasrat untuk menyediakan karpet secara menyeluruh di dalam surau demi meningkatkan keselesaan serta kekhusyukan kepada pelajar dalam beribadah terutama menjelang ramadan akan tiba kelak.

Sehubungan dengan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk lot sumbangan. Semoga sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

“Barang siapa yang membina rumah Allah, maka Allah akan membina untuknya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Maklumat sumbangan:
Nama Akaun:
*PUSAT ISLAM KV GERIK*
No. Akaun:
*558079523097*

Segala sumbangan dan keprihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

Yang menjalankan amanah
PUSAT ISLAM KV GERIK

Warga Program Teknologi Kimpalan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohamad Zulhasrisham bin Rosli atas pelantik...
16/12/2025

Warga Program Teknologi Kimpalan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohamad Zulhasrisham bin Rosli atas pelantikan sebagai YDP MPP KV Gerik.
Semoga Zul terus menjadi pemimpin yang berdisiplin, berjiwa besar dan membawa suara pelajar dengan penuh tanggungjawab.
🔥

Ikhlas daripada
Program Teknologi Kimpalan

Assalamualaikum wbt..Dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang daripada bekas pelajar Alumni Program Teknologi Kimpalan, Am...
18/11/2025

Assalamualaikum wbt..

Dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang daripada bekas pelajar Alumni Program Teknologi Kimpalan, Ammerul Haikal telah meninggal dunia akibat kemalangan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang - orang beriman. Marilah sama - sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Al-Fatihah (dibaca)

📢 MAKLUMAN PROGRAM 📢Assalamualaikum & salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa akan berlangsung:✨ Program Intervensi Strategi ...
02/09/2025

📢 MAKLUMAN PROGRAM 📢

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa akan berlangsung:

✨ Program Intervensi Strategi Kejayaan Sem 2 ✨
📍 Peringkat Program Teknologi Kimpalan

🗓 Tarikh: 2 September 2025
⏰ Masa: 3.00 petang
🏫 Tempat: Bengkel Kimpalan
🎤 Penceramah: Pn. Nurul Shafika Binti Mohamad Rashidi

Kehadiran adalah wajib untuk semua pelajar 1 SVM MTK.
Mohon kerjasama semua pelajar untuk hadir tepat pada masa.

Terima kasih. 🙏

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa Program Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Gerik telah ...
31/08/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Gerik telah berjaya merangkul Anugerah Gold, Silver dan Bronze Medal dalam Pertandingan Inovasi KL3IS dan I3DC 2025.

*1. GOLD MEDAL (Kategori Futurist)* bagi projek bertajuk *RELAU MINI RAWATAN HABA* dalam pertandingan *KUALA LUMPUR INTERNATIONAL INVENTION AND INNOVATION SYMPOSIUM 2025 (KL3IS)* yang berlangsung dari 1 Mac 2025 hingga 25 August 2025.

*2. BRONZE MEDAL (Kategori Futurist)* bagi projek bertajuk *CARBON STEEL PIPE TROLLEY* dalam pertandingan *KUALA LUMPUR INTERNATIONAL INVENTION AND INNOVATION SYMPOSIUM 2025 (KL3IS)* yang berlangsung dari 1 Mac 2025 hingga 25 August 2025.

*3. SILVER MEDAL*
*HYBRID INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & DESIGN COMPETITION (i3DC) 2025*
15 July - 27 July 2025
*TROLI PENGENDALIAN PAIP KELULI BERKARBON*

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar & pensyarah yang terlibat.

🎉 PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 2026 DIBUKA! 🎓*Adakah anda berminat dalam dunia kimpalan? 🔧🔥  Program Teknologi Kimpalan, Ko...
18/08/2025

🎉 PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 2026 DIBUKA! 🎓*

Adakah anda berminat dalam dunia kimpalan? 🔧🔥
Program Teknologi Kimpalan, Kolej Vokasional Gerik kini membuka peluang kepada pelajar lepasan Tingkatan 3 yang bercita-cita untuk menceburi bidang kemahiran bertaraf industri!

✔️ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
✔️ Persijilan JPK (SKM Tahap 3)
✔️ Peluang kerjaya luas dalam industri berat, minyak & gas, pembuatan dan banyak lagi!
✔️ Laluan ke peringkat Diploma turut tersedia! (Diploma Vokasional Malaysia DVM)

📌 Rebut peluang ini dan jadi sebahagian daripada warga KV Gerik 2026!
📲 Mohon sekarang melalui laman rasmi : https://spskt4.moe.gov.my/

Program Teknologi Kimpalan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar SVM Kohort 2024 yang akan menduduki ...
17/08/2025

Program Teknologi Kimpalan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar SVM Kohort 2024 yang akan menduduki Penilaian Akhir (PA). Ingatlah, kejayaan tidak datang dengan mudah, ia memerlukan usaha, doa, dan tawakal.

Semoga semua pelajar diberikan kelancaran, ketenangan fikiran, dan kejayaan yang cemerlang. Insya-Allah.

1. Selamat Tahun Baru Islam 1447 H. Semoga hidup kita semakin diberkahi oleh Allah SWT.2. 1 Muharram 1447 H menjadi lang...
26/06/2025

1. Selamat Tahun Baru Islam 1447 H. Semoga hidup kita semakin diberkahi oleh Allah SWT.
2. 1 Muharram 1447 H menjadi langkah awal menuju kehidupan yang lebih baik dan penuh iman.
3. Tahun baru, semangat baru! Semoga kita semakin taat dalam ibadah dan amal saleh.
4. Semoga tahun ini membawa kedamaian, keberkahan, dan kebahagiaan untuk kita semua.
5. Di awal Muharram ini, mari buka lembaran baru dengan niat dan amal yang lebih baik.
6. Selamat Tahun Baru Hijriah! Semoga Allah menghapus segala dosa dan menggantinya dengan pahala.
7. Ya Allah, jadikan tahun ini penuh rahmat, hidayah, dan keberkahan bagi kami semua.
8. Mari awali 1447 H dengan hati bersih, jiwa yang tenang, dan niat yang lurus.
9. Muharram datang membawa pesan hijrah - mari berhijrah menuju kebaikan.
10. Semoga kita diberi kekuatan untuk lebih istiqamah di jalan Allah.

🔥 PERTANDINGAN KV SKILL TEKNOLOGI KIMPALAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2025 🔥Aksi hebat, kemahiran tepat! 💥Para pelajar Kolej...
25/06/2025

🔥 PERTANDINGAN KV SKILL TEKNOLOGI KIMPALAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2025 🔥
Aksi hebat, kemahiran tepat! 💥
Para pelajar Kolej Vokasional Gerik menunjukkan keupayaan, kreativiti, dan kepakaran dalam dunia teknologi kimpalan.

Tahniah diucapkan kepada pemenang🏆.

Semester 1
1. NUR FAREEHA BINTI MOHD FAIRUZ
2. MUHAMMAD AQIL IMAN BIN TAJUL ARIFIN
3. MUHAMMAD ARIFF HAQIMI BIN MOHD KAMAL ARIFFIN

Semester 3
1. MUHAMMAD AFIQ SYAKIRIN BIN AERWAN
2. MUHAMMAD RUSYAIDI ZIMAM BIN MOHD AZHAR
3. MUHAMMAD AFIQ SAFWAN BIN AZMIR

MUHAMMAD AFIQ SYAKIRIN BIN AERWAN telah terpilih bagi mewakili Kolej Vokasional Gerik ke Pertandingan Kemahiran Kolej Vokasional (KV Skill) Teknologi Kimpalan Peringkat Negeri Perak.

💡 "Kemahiran teras kejayaan, kimpalan seni ketepatan."

Address

Kolej Vokasional Gerik, Km 4, Jalan Kuala Rui
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 05:00
Friday 09:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Gerik Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share