16/07/2026
KARNIVAL PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI SEKOLAH TRANSFORMASI (TS25) NEGERI PERAK 2026
Tarikh: 16 Julai 2026
Tempat: Dewan Serbaguna Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada para penerima:
1. Cikgu Thiban Raj A/L Jegathesan dari SK RPS Dala K9
Anugerah Emas bagi Amalan Terbaik Guru Muda
2. Cikgu Dinie Ruzaini Binti Mohd Zainudin dari SMK RPS Sk Rps Banun
Anugerah Emas bagi Amalan Terbaik Guru Muda
3. Cikgu Alia Binti Samsudin dari SK Sungai Tiang, Royal Belum, Gerik
Amalan Terbaik Guru Muda Anugerah Perak
4. Surenria A/P Amran dari SMK RPS Banun (K11),
Naib Johan dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah
5. Pasukan Sanggar Mustika, SK Sungai Tiang, Royal Belum, Gerik
Naib Johan dalam pertandingan Tarian Sekolah Rendah
6. Nor Sakiani Binti Abu Bakar dari SMK RPS Kemar
Tempat Ketiga dalam pertandingan Pidato Kenegaraan Sekolah Menengah
7. Syazdyanie Binti Syarif dari SMK RPS Kemar
Tempat Keempat dalam pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah
8. Dynas A/P Rudy dan Kris Revony A/P Kelana dari SMK Tun Saban, Hulu Perak
Tempat Keempat dalam pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah.
9. Damia Sulaiqa A/P Daci dan Wan Assawannira A/P Shafie dari SMK RPS Kemar
Tempat Kelima dalam pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah
10. Jofry A/L Jefri dari SMK RPS Sk Rps Banun
Tempat Kelima dalam pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah
Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen Daerah Hulu Perak atas pencapaian cemerlang dalam Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Sekolah Transformasi (TS25) Peringkat Negeri Perak 2026.
Kejayaan yang diraih dalam pelbagai kategori pertandingan membuktikan komitmen, usaha gigih dan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh murid, guru pembimbing, pentadbir sekolah serta semua pihak yang terlibat.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, mengembangkan potensi murid serta mengharumkan nama Daerah Hulu Perak di peringkat yang lebih tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Syabas dan terus cemerlang! πππ