05/04/2026
Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) Tahun 2026 kini dibuka! π
Peluang tajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar cemerlang SPM 2025 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pengajian di dalam negara.
Penajaan ini ditawarkan secara berpakej yang merangkumi pengajian dari peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama.
π Tarikh permohonan:
3 April 2026 (3.00 petang) hingga 16 April 2026 (5.00 petang)
Permohonan dan maklumat lanjut:
π https://penajaan.jpa.gov.my
Saluran pertanyaan:
π 03-8000 8000
π» [email protected]
π Rujuk syarat-syarat permohonan di poster.
Jangan lepaskan peluang untuk melakar masa depan anda bersama program penajaan JPA.
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia