SRAR Madrasatul As-Saadah, Kg. Air Panas, Gerik

SRAR Madrasatul As-Saadah, Kg. Air Panas, Gerik Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Madrasatul As-Saadah di bawah naungan JAIPk.

✨🏫 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2025 🎓✨”Kepada semua murid, selamat menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Kepada...
16/02/2025

✨🏫 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2025 🎓✨

”Kepada semua murid, selamat menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Kepada semua warga pendidik SRAR Madrasatul As-Saadah, selamat menjalankan tugas dan semoga dipermudahkan segala urusan kita seharian.

“Datang dengan azam dan harapan, pulang dengan membawa kejayaan.”

TOKOH SAHSIAH MURID 2024/2025- Muhammad Zarif Naufal bin Mat Isa
14/01/2025

TOKOH SAHSIAH MURID 2024/2025

- Muhammad Zarif Naufal bin Mat Isa

TOKOH KECEMERLANGAN MURID 2025/2025- Durratul 'Awatif binti Hassan Basri
14/01/2025

TOKOH KECEMERLANGAN MURID 2025/2025

- Durratul 'Awatif binti Hassan Basri

TOKOH MURID 2024- Muhammad Afiq Naqiuddin bin Shahrulnizam
14/01/2025

TOKOH MURID 2024

- Muhammad Afiq Naqiuddin bin Shahrulnizam

14 Januari 2025 | SelasaAlhamdulillah telah berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang peringkat sekolah kali ke-43. Majlis ...
14/01/2025

14 Januari 2025 | Selasa

Alhamdulillah telah berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang peringkat sekolah kali ke-43. Majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan murid-murid dan penat lelah mereka yang bertungkus lumus untuk menimba ilmu sepanjang tahun ini.

Majlis Hari Anugerah Cemerlangan diadakan di Dewan As-Saadah dan dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Aminul Hapiz bin Idris, Ketua Unit Pendidikan Daerah Gerik.

Tahniah dan syabas kepada semua murid-murid, guru-guru dan semua yang terlibat.

Doa utk semua calon UPKK 2024بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِاَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ ا...
05/01/2025

Doa utk semua calon UPKK 2024

بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

Ya Allah,
Esok 06/01/2025 hingga 09/01/2025; bermulanya anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPKK ,
Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH .

YA ALLAH ,
Peliharalah kesihatan anak anak kami di hari peperiksaan . Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti . Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan , jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan .

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH ,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami . Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi , semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh

04/10/2024

04 Oktober 2024 | Jumaat

VIDEO PERSEMBAHAN QASIDAH DARIPADA KUMPULAN QASIDAH SEKOLAH

Tajuk Qasidah: Rindu Madinah

04 Oktober 2024 | JumaatPERARAKAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASULAlhamdulillah telah selesai samb...
04/10/2024

04 Oktober 2024 | Jumaat

PERARAKAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Alhamdulillah telah selesai sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam sambutan ini.

Hadiah diberikan kepada pemenang pertandingan mewarna, teka silang kata, kuiz secara berkumpulan dan pertandingan bercerita kisah nabi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

30/09/2024 - 03/10/2024  | Isnin - KhamisSAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAHAlhamdulillah telah berlangsung bebera...
04/10/2024

30/09/2024 - 03/10/2024 | Isnin - Khamis

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah telah berlangsung beberapa aktiviti sempena sambutan Maulidur Rasul. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam aktiviti ini.

Beberapa pertandingan telah diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Antaranya ialah mewarna, teka silang kata, kuiz dan pertandingan bercerita kisah nabi. Alhamdulillah semua murid dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat.

18/05/2024

VIDEO PERSEMBAHAN HARI GURU

TAHUN 5
NASYID

18/05/2024

VIDEO PERSEMBAHAN HARI GURU

TAHUN 6
NASYID

18/05/2024

VIDEO PERSEMBAHAN HARI GURU

TAHUN 4
DIKIR BARAT

Address

SRAR Madrasatul As-Saadah, Kampung Air Panas
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 14:00 - 18:00
Tuesday 14:00 - 18:00
Wednesday 14:00 - 18:00
Thursday 14:00 - 18:00
Friday 14:00 - 18:00

Telephone

+60195644502

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRAR Madrasatul As-Saadah, Kg. Air Panas, Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category