Maahad Tahfiz Tawai

Maahad Tahfiz Tawai Maahad Tahfiz Tawai adalah institusi tahfiz berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Bertempat di Kampung Tawai,Gerik,Perak
(3)

Menyediakan kelas AlQuran,Kitab dan Akademik sepenuh masa untuk sekolah rendah dan menengah. INFAQ DAN WAKAF BAGI MEMBINA ASRAMA LELAKI MAAHAD TAHFIZ TAWAI

‎بِسمِ الّٰلهِ الرحمن الرحيم

� Kami berbesar hati mempelawa muslimin dan muslimat untuk sama-sama berinfaq dan berwakaf bagi membiayai kos pembinaan asrama lelaki yang kini berbaki RM98,030.50

� Infaq dan wakaf pembinaan asrama dan boleh dis

alurkan ke akaun :

*SUMBANGAN WAQAF PEMBANGUNAN PONDOK TAHFIZ TAWAI*

BANK RAKYAT
1101970285
PONDOK TAHFIZ TAWAI
REFERRENCE : PEMBANGUNANASRAMA

*ATAU BOLEH KLIK LINK DI BAWAH*

https://toyyibpay.com/wakafasramahuffaz

� Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati semua pewakaf dan memberikan pahala yang besar dan berkekalan di sisi-Nya. Ikuti perkembangan kami di Facebook Pondok Tahfiz Tawai :

https://www.facebook.com/PondokTahfizTawai/

_Mohon sebarkan makluman ini._

15/07/2026

📢Makluman Penting‼️

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 Siri 2 Tahun 2026 telah dilanjutkan sehingga 7 Ogos 2026 (Jumaat).

Permohonan baharu boleh dibuat melalui pautan berikut:

https://mydq.islam.gov.my/

Harap maklum.

15/07/2026

📣 EMPOWER TAHFIZ | PENGAMBILAN KOHORT KE-2 KINI DIBUKA

Peluang kepada anak Perak, khususnya pelajar dan lepasan tahfiz, untuk mengikuti Diploma TVET Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah di Akademi TVET UNIRAZAK (ATUR).

🎓 Kelebihan program:

✅ Kemasukan tidak mensyaratkan kelayakan SPM
✅ Bantuan permulaan RM2,500 tajaan Yayasan Perak
✅ Berpeluang mengikuti latihan praktikal di Mekah dan Madinah
✅ Pembiayaan pengajian melalui pinjaman PTPK

Gabungkan ilmu al-Quran dengan kemahiran TVET sebagai persediaan membina kerjaya dalam bidang pengurusan umrah dan ziarah.

📅 Permohonan dibuka:
15 Julai hingga 6 Ogos 2026

📲Mohon sekarang https://docs.google.com/forms/d/1nFUgKYL8HE_j7xGOQvyOZcPDN8n5cskS08RyAABVD2I/viewform?edit_requested=true

📞 Pertanyaan:
Unit Pendidikan Yayasan Perak
05-246 1446

EMPOWER TAHFIZ - Dari Perak, Untuk Ummah.




15/07/2026
📚 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐈𝐋𝐌𝐔 – 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝟕𝟎 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐅𝐈𝐊𝐇 📚Rasulullah ﷺ bersabda:"Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah segal...
15/07/2026

📚 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐈𝐋𝐌𝐔 – 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝟕𝟎 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐅𝐈𝐊𝐇 📚

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."
(HR. Muslim)

Maahad Tahfiz Tawai membuka peluang kepada para dermawan untuk bersama-sama mewakafkan 70 naskhah Kitab Al-Tuhfah Al-'Aliyyah bagi kegunaan para pelajar.

✨ Kos tajaan:
📖 1 naskhah : RM15
📚 70 naskhah : RM1,050

Setiap helaian yang dibaca, dipelajari dan diamalkan oleh para pelajar insya-Allah menjadi saham pahala yang berterusan buat para pewakaf.

Salurkan sumbangan anda ke:

🏦 Bank Rakyat
1102417780
Maahad Tahfiz Tawai

📲 Sebarang pertanyaan: 019-551 6911

Semoga Allah SWT menerima setiap sumbangan, melimpahkan keberkatan rezeki dan menjadikannya asbab pahala yang mengalir hingga ke akhirat.

13/07/2026
🌹 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀 🌹Seluruh warga Maahad Tahfiz Tawai merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan Selamat Maju J...
13/07/2026

🌹 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀 🌹

Seluruh warga Maahad Tahfiz Tawai merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada:

Muhammad Iman Haikal bin Mohamad Rizwan

yang akan mengikuti Kursus Automasi Industri tajaan MaiPK di KHTP Skills Centre, Kulim.

Semoga Allah SWT mengurniakan kemudahan dalam menuntut ilmu, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi manfaat kepada agama, bangsa dan negara, serta menjadi inspirasi kepada para pelajar Maahad Tahfiz Tawai yang lain.

Alhamdulillah
13/07/2026

Alhamdulillah

Hari ini 7 calon spm 2026 menduduki peperiksaan percubaan SPM 2026 Kertas 1 Bahasa Melayu
13/07/2026

Hari ini 7 calon spm 2026 menduduki peperiksaan percubaan SPM 2026 Kertas 1 Bahasa Melayu

🌿 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐢 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐛𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐏𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌿Seluruh warga Maahad Tahfiz Tawai menguca...
13/07/2026

🌿 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐢 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐛𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐏𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌿

Seluruh warga Maahad Tahfiz Tawai mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, dipermudahkan menjawab setiap soalan, diberikan kesihatan yang baik serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ingatlah, kejayaan bukan hanya bergantung kepada usaha semata-mata, tetapi juga dengan doa, tawakal dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.

"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman."
(Surah At-Taubah: 105)

✨ Usaha • Doa • Tawakal • Istiqamah

Semoga setiap langkah kalian diberkati dan dikurniakan kejayaan di dunia serta akhirat.

Ikhlas daripada,
Maahad Tahfiz Tawai
Al-Quran | Ilmu | Adab

Address

Jalan TAHFIZ TAWAI, KAMPUNG KAKI BUKIT TAWAI
Gerik
33300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Tawai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category