Media At-Taufiq Gerik

Media  At-Taufiq Gerik PERKONGSIAN

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini dengan menguatkan iltizam kita bersama dalam menegakk...
16/09/2024

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini dengan menguatkan iltizam kita bersama dalam menegakkan sunnah Baginda SAW sepanjang hayat.

Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan atau perbarisan dan berslogan mencintai Rasulullah.

Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah SAW dengan mengamalkan serta menegakkan segala suruhan Baginda SAW, dan meninggalkan serta berusaha menghalang segala perkara yang dibenci oleh Baginda SAW.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah SAW dan beroleh cinta Allah SWT dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H.

𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐔𝐓
03/09/2024

𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐔𝐓

Update dari posting sebelum ini.infaq berterusan bagi pembinaan tangki airRm 10.00 satu lotKutipan terkini Rm 1,860Baki ...
31/08/2024

Update dari posting sebelum ini.

infaq berterusan
bagi pembinaan tangki air

Rm 10.00 satu lot

Kutipan terkini
Rm 1,860

Baki : Rm 8,140

Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
*Bank:* Maybank
*Nombor Akaun:* 5580 7953 9879
*Nama Pemegang Akaun:* Sek. Ren. Integrasi Teras Islam At-Taufiq

Untuk maklumat lanjut,boleh hubungi di talian WhatsApp:

[www.wasap.my/60134640833/wakafbinatangkiair]

(www.wasap.my/60134640833/wakafbinatangkiair)

09/08/2024

Tolong jangan bagi anak anak tengok channel Youtube Ammar Nazhan. 📵

SEDEKAH BULAN RAMADHAN..🌜Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Ramadhan Yang diberkati dan dilip...
24/03/2024

SEDEKAH BULAN RAMADHAN..🌜

Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Ramadhan Yang diberkati dan dilipat gandakan segala amalan. Jadikanlah bulan ini untuk kita menyiram amal soleh agar ia tumbuh subur dan segar berterusan hingga kita bertemu bulan Ramadan akan datang.

Jom Sedekah atau Infaq buat pembangunan SRITI At-Taufiq Gerik. Amalan ini bukanlah sesuatu yang akan merugikan kita semua. Ianya merupakan satu bentuk pengorbanan dari kita untuk memuliakan agama Allah. Malah ianya menjadi bekalan Amal jariah kita di akhirat nanti kelak In Sya Allah.

Nabi SAW bersabda:
“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah" [HR.Tirmidzi]

Sumbangkan infaq anda dengan menyalurkan ke dalam No Akaun Tertera:

MAYBANK
558079539879
SEK. REN. INTEGRASI TERAS ISLAM AT-TAUFIQ
REF: wakafsurau

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
☎️ Ust Muhammad Zakaria (Pengerusi) : 0134131457
www.wasap.my/60134131457/wakafsurau

☎️ En. Shahrul Nizam (Unit Pembangunan) : 0175527939
www.wasap.my/60175527939/wakafsurau




Doa Munajat RamadhanYa Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, kami ya...
19/03/2024

Doa Munajat Ramadhan

Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami. Bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdir Mu. Ya Allah, takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami tangani. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Ya Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu ya Allah…

Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit. Kami lupa kepada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kepada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa. Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu ketika usia sudah tua.

Justeru itu ya Allah, ampunilah semua dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingati Mu ya Allah…

Ya Allah… Ya Rahman.. Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami.

Setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, Kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurga Mu ya Allah… ya Rahman… Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, Kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan.

Justeru itu kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk guru-guru kami, kaum kerabat kami dan sahabat-sahabat kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh. Golongkanlah mereka dalam orang-orang yang Kau redhai. Apabila tiba p**a giliran kami menuju ke alam barzakh Mu, maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik, keadaan husnul khotimah, dalam keampunan dan rahmat Mu ya Allah…

Ya Allah Ya Aziz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, sum’ah, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid… Ya Rahman… Ya Rahim..

Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka. Jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka dan cukupkanlah keperluan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka Kau sembuhkanlah mereka ya Allah agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka Kau ampunilah mereka. Jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti kepada ibubapa. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

Ya Allah Ya Malikal Mulk… Ya Razzak.. Ya Fattahu Ya Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati yang dengannya kami semakin dekat dengan Mu. Sebaliknya, janganlah Kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaan Mu.

Ya Allah….

Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dengan jiwa yang tenang dan tenteram.

Ya Allah ya Zal Jalali Wal Ikram…

Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

Tapi, andai inilah Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang diterima lagi dirahmati. Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju keredhaan serta kasih sayang Mu Ya Allah.

Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. Ya Allah, temukanlah kami dengan Lailatul Qadar. Pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al Qadr. Ya Allah, terimalah amalan kami. Terimalah taubat kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi.

Kurniakanlah kepada kami syurga Mu yang maha luas nikmatnya.

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal alamin

AssalamualaikumKepada :Dato, Datin, Tuan, Puan yang budiman.*JOM BERWAKAF DAN BERINFAQ KE TABUNG PEMBINAAN SURAU SRITI A...
18/03/2024

Assalamualaikum

Kepada :
Dato, Datin, Tuan, Puan yang budiman.

*JOM BERWAKAF DAN BERINFAQ KE TABUNG PEMBINAAN SURAU SRITI AT-TAUFIQ, GERIK. ANGGARAN KOS : RM100 RIBU DIPERLUKAN.*

“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan dialah juga sebaik-baik pemberi Rezeki”. ( Surah Saba’ : Ayat 39 )

🔹 Untuk makluman tuan puan, SRITI At-Taufiq Gerik sekarang :
▪️Hanya menggunakan dewan terbuka sebagai tempat aktiviti pendidikan seperti perhimpunan dan solat berjemaah.

▪️Dengan pertambahan murid saban tahun, kini dewan terbuka tersebut menjadi padat serta panas dan tidak selesa bagi murid-murid sekitar 180 orang untuk solat dhuha, solat zuhur, solat asar dan aktiviti keagamaan.

▪️Malah aktiviti solat berjemaah terpaksa diasingkan dek kerana ruang yang padat menyebabkan murid lelaki solat di dewan terbuka dan murid perempuan solat di dewan tertutup bangunan atas.

Sehubungan dengan itu SRITI At-Taufiq Gerik ingin membaik baik pulih sebuah bangunan untuk dijadikan surau baru bagi keselesaan murid-murid SRITI At-Taufiq Gerik untuk beribadah dan melakukan aktiviti harian.

🔹 Antara kelebihan yang akan anda berikan buat anak-anak di SRITI At-Taufiq Gerik adalah:
▪️Surau baru yang membolehkan anak-anak dan warga SRITI At-Taufiq Gerik melakukan aktiviti Ibadah seperti solat,mengaji,kuliah dan menghafal Al-Quran dengan semangat, tenang dan selesa.

▪️Memberi manfaat kepada semua warga SRITI At-Taufiq Gerik terutamanya murid-murid dan guru-guru serta ibubapa yang akan menggunakan Surau ini untuk program-program yang akan dijalankan.

🔹 Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini,ayuh kami sama-sama ingin mengajak tuan/puan yang budiman,bagi sama-sama kita jayakan pembangunan surau SRITI At-Taufiq Gerik.

🔹 Sehubungan itu, kami ingin menjemput dan membuka peluang kepada tuan/puan semua untuk menyumbang dan berwakaf dalam usaha murni ini bagi menyempurnakan hasrat Warga SRITI At-TAufiq Gerik serta sebagai tabungan untuk Akhirat kelak.

🔹 Segala sumbangan/WAQAF boleh disalurkan ke akaun:
Nama Akaun : Sek. Ren. Integrasi Teras Islam At Taufiq
No. Akaun : 5580 7953 9879
Nama Bank : Maybank

Sila wasap slip sumbangan/WAQAF bagi tujuan rekod.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
☎️ Ust Muhammad Zakaria (Pengerusi) : 0134131457
www.wasap.my/60134131457/wakafsurau

☎️ En. Shahrul Nizam (Unit Pembangunan) : 0175527939
www.wasap.my/60175527939/wakafsurau

🔹 Segala sumbangan Dan waqaf tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

🔹 Tolong panjangkan & sebarkan kepada rakan-rakan yang lain. In Sya Allah usaha anda semua beroleh manfaat & di rahmati Allah SWT. Aamiin.

*MEMOHON SUMBANGAN BAGI SUKAN SRITI PERINGKAT NEGERI PERAK*_السلام ليكم ورحمة الله_Ybhg. Tuan/Puan Para Dermawan yang di...
16/07/2022

*MEMOHON SUMBANGAN BAGI SUKAN SRITI PERINGKAT NEGERI PERAK*

_السلام ليكم ورحمة الله_

Ybhg. Tuan/Puan Para Dermawan yang dirahmati Allah s.w.t.,

Kami Pihak SRITI AT-TAUFIQ, GERIK berbesar hati sekiranya tuan/puan ingin menyumbang bagi Temasya kejohanan yang akan berlangsung seperti berikut

📍Tempat : Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI, Tanjung Malim Perak
📍Tarikh : 23 & 24 Julai 2022 (Sabtu & Ahad)

Sumbangan boleh dibuat kepada akaun SRITI AT-TAUFIQ GERIK:

*BANK RAKYAT*
SRITI At-Taufiq
🔎 *1101 3079 98*

🚨ref : sukan negeri

📃 Anggaran kasar perbelanjaan bagi 50 orang peserta adalah seperti berikut:

1 ) penginapan 2 buah homestay , 2 Hari 1 Malam : RM 240

2 ) Makanan peserta : RM 1250

3 ) Pengangkutan (Bas & Van 2 Hari) : RM 2 000

4 ) Barangan keperluan sukan : RM 400

Jumlah : *RM 4300*

-Nombor untuk dihubungi
☎️ 013 464 0833 (Guru Besar)
☎️ 017 305 0615 (Ketua Kontijen)

Segala sumbangan serta sokongan pihak tuan/puan amat kami hargai dan dahulukan dengan ucapan جزاكم الله خيرا جرا.

_" MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI & MURABBI "_

*Ketua Kontijen,*
_Sukan SRITI Peringkat Negeri Perak,_
_SRITI At-Taufiq Gerik._

16/02/2022

Musuh menyerang kiri dan kanan boleh bertahan,
tetapi yang merebahkan kita dan mengakibatkan kematian adalah tandukan dari rakan sendiri.

Berhati-hati dengan kawan yang bersama ketika senang.

وظُلْمُ ذَوِي القُرْبَى أَشَدُّ مَضَاضَـةً .... عَلَى المَرْءِ مِنْ وَقْعِ الحُسَامِ المُهَنَّـدِ

Address

Gerik
33300

Telephone

+601115391336

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media At-Taufiq Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category