BHEPA USM

BHEPA USM Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) page Saluran maklumat BHEPA kepada warga kampus universiti USM.

๐ŸŽ‰ JOM MERIAHKAN 10 OKTOBER 2026!*๐Ÿ’œ๐ŸงกALUMNI BACK TO CAMPUS 2026 โ€“ MINI KARNIVAL & ALUMNI MADANI RUN PUTRAJAYAโ€“JAKARTA 2026...
27/09/2026

๐ŸŽ‰ JOM MERIAHKAN 10 OKTOBER 2026!*๐Ÿ’œ๐Ÿงก
ALUMNI BACK TO CAMPUS 2026 โ€“ MINI KARNIVAL & ALUMNI MADANI RUN PUTRAJAYAโ€“JAKARTA 2026

Pusat Pembangunan Alumni USM bersama-sama dengan Persatuan Alumni USM menjemput seluruh warga Alumni, Mahasiswa dan Komuniti USM untuk bersama-sama memeriahkan dua acara istimewa pada 10 Oktober 2026 (Sabtu)! ๐ŸŽ“โœจ

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ ALUMNI MADANI RUN PUTRAJAYAโ€“JAKARTA 2026
๐Ÿ’ฅ Promosi khas mahasiswa USM โ€“ RM20 sahaja untuk MEDAL!
๐ŸŽ–๏ธ Medal + E-Sijil + MyCSD disediakan!
๐Ÿ“ Padang Kawad, sekitar USM
โฐ 7.30 pagi โ€“ 11.30 pagi

๐ŸŽช ALUMNI BACK TO CAMPUS 2026 โ€“ MINI KARNIVAL
Nikmati pelbagai aktiviti menarik:
๐Ÿœ Rerai Jualan
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
๐ŸŽฒ Kids Fun Games
๐Ÿ“ธ Photo Booth
๐ŸŽ Cabutan Bertuah
โšฝ Bola Sepak
๐Ÿค Jumpa Kawan & Eratkan Silaturahim
๐Ÿ“ Dewan Utama Pelajar, USM
โฐ 7.30 pagi โ€“ 1.00 tengah hari

๐Ÿ’œ Sihat Bersama Alumni.
๐Ÿงก Bersama Alumni, Membina Masa Depan.
๐ŸŽ“ Saya Sayang USM.

๐Ÿ“ฃ Jangan lepaskan peluang! Ajak keluarga, rakan-rakan dan komuniti USM untuk bersama-sama menjadikan 10 Oktober satu hari penuh kenangan!





Bicara Alumni Premier Semarak Kepimpinan dan Integriti Mahasiswa USMPULAU PINANG, 26 September 2026 โ€“ Bagi melengkapkan ...
26/09/2026

Bicara Alumni Premier Semarak Kepimpinan dan Integriti Mahasiswa USM

PULAU PINANG, 26 September 2026 โ€“ Bagi melengkapkan hari terakhir Minggu Siswa Lestari mahasiswa baharu Sidang Akademik 2026/2027, USM terus memperkukuh pembentukan mahasiswa berintegriti dan berjiwa kepimpinan menerusi program Bicara Alumni Premier: Kepimpinan dan Integriti bersama Profesor Dr. Yusril Ihza Mahendra, Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Republik Indonesia.

Berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, Bicara Alumni Premier USM merupakan salah satu daripda program teras di bawah inisiatif Alumni Back to Campus 2026 yang dirangka bagi mengajak para alumni untuk kembali ke alma mater, menghidupkan semula kenangan yang pernah tercipta sepanjang berada di kampus.

Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, yang menjalankan fungsi Naib Canselor USM berkata bahawa, integriti bukan sekadar nilai yang diperlukan apabila seseorang bergelar pemimpin, sebaliknya perlu dipupuk dan dibentuk sejak menjadi mahasiswa.

โ€œUniversiti bukan hanya tempat untuk memperoleh ilmu, tetapi tempat untuk membentuk manusia yang mempunyai ilmu, berintergriti, dan keberanian untuk membawa perubahan.,โ€ ujar beliau.

Berkonsepkan dialog bicara, sesi tersebut dikendalikan oleh Saudara Azfar Al-Hafiz Azman, YDP MPP USM selaku moderator, yang mengemukakan pelbagai persoalan kepada Profesor Dr. Yusril berkaitan kepimpinan, integriti dan pengalaman beliau dalam dunia pentadbiran, selain membuka ruang kepada mahasiswa untuk mengajukan pertanyaan dan berinteraksi secara langsung dalam suasana yang lebih dekat dan terbuka.

Turut hadir ialah Bapak Wanton Saragih Sidauruk, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Encik Mohd Ali Mohd Salleh, Ahli Lembaga Gabenor USM, Dr. Yusron Ihza Mahendra, mantan Duta Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Republik Indonesia ke Jepun, pegawai-pegawai utama universiti serta tetamu kenamaan lain.

Penganjuran Bicara Alumni Premier ini mencerminkan komitmen USM dalam memperkayakan pengalaman mahasiswa melalui perkongsian tokoh dan jaringan alumni, sekali gus menyemarakkan budaya kepimpinan berteraskan integriti dalam usaha melahirkan graduan yang berprinsip, berwawasan dan mampu memberi nilai kepada masyarakat.

Majlis turut menyaksikan penyerahan Watikah Profesor Adjung dan pelancaran MADANI Alumni Run Putrajaya-Jakarta 2026.

Teks/foto: Unit Media dan Penerbitan BHEPA USM

Abbas Teroka Penyelesaian Inovasi bagi Sektor Agro dan MarinPULAU PINANG, 26 September 2026 โ€“ Setinggi-tinggi tahniah di...
25/09/2026

Abbas Teroka Penyelesaian Inovasi bagi Sektor Agro dan Marin

PULAU PINANG, 26 September 2026 โ€“ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mohamad Abbas Isrun, pelajar Tahun 3, Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) atas pencapaian membanggakan apabila berjaya menempatkan diri sebagai finalis lima terbaik dalam The 12th UTU Awards 2026 International bagi kategori Innovative Product Based on Agro and Marine Industry yang berlangsung di Universitas Teuku Umar (UTU), Aceh, Indonesia.

Bertemakan โ€œStep Up To Global: Inspiring Innovation for a Better Tomorrowโ€, pertandingan antarabangsa anjuran Universitas Teuku Umar tersebut menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengetengahkan idea, inovasi dan penyelesaian kreatif, di samping memperluas jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi di peringkat global.

Edisi kali ini menghimpunkan 75 finalis daripada 35 institusi pengajian tinggi melibatkan Indonesia, Malaysia, Taiwan dan Kenya, dengan lima kategori pertandingan yang masing-masing menampilkan 15 finalis.

Dalam pertandingan tersebut, Abbas mengetengahkan inovasi prototaip sistem penyimpanan ikan berasaskan tenaga solar yang mengintegrasikan sistem penyejukan aktif, ruang penyimpanan berpenebat, pemantauan suhu masa nyata berasaskan Internet of Things (IoT), sistem penimbangan serta pengurusan tenaga solar.

Inovasi berkenaan dibangunkan bagi mengekalkan kualiti hasil tangkapan ikan selepas pendaratan melalui teknologi praktikal berasaskan tenaga boleh diperbaharui, hasil kolaborasi Abbas dan Low Kuang Loon dari Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) dalam meneroka penyelesaian inovatif untuk sektor agro dan marin.

Sepanjang penyertaan di Indonesia, Abbas turut diiringi oleh Dr. Hafiz Hanafi selaku pegawai pengiring yang memberikan bimbingan dan sokongan, manakala persediaan dan penyertaannya turut mendapat sokongan daripada Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM.

Penyertaan di pentas antarabangsa ini turut menjadi wadah pembelajaran berasaskan pengalaman dalam membina keyakinan dan kepimpinan Abbas, selain memperkasa keupayaannya untuk mengembangkan idea, berinteraksi dengan peserta daripada pelbagai institusi serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi dalam menangani cabaran dunia sebenar.

Kejayaan tersebut sekali gus mengangkat nama USM dan Malaysia di persada antarabangsa, di samping menjadi pemangkin kepada Abbas untuk terus mengembangkan potensi dalam bidang inovasi serta menghasilkan penyelesaian teknologi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan sektor berkaitan.

Teks/foto: Mohamad Abbas Isrun, pelajar Tahun 3, Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK)

Suntingan: Unit Media dan Penerbitan BHEPA

Minggu Siswa Lestari Perkasa Mahasiswa Baharu Dengan Ilmu Bahasa dan KelestarianPULAU PINANG, 25 September 2026 โ€“ Memasu...
25/09/2026

Minggu Siswa Lestari Perkasa Mahasiswa Baharu Dengan Ilmu Bahasa dan Kelestarian

PULAU PINANG, 25 September 2026 โ€“ Memasuki penghujung Minggu Siswa Lestari, mahasiswa baharu terus diperkasa menerusi pelbagai pengisian bermakna yang memperluas pengetahuan, membina keyakinan serta menyemai kesedaran tentang peranan mereka sebagai warga kampus dalam mendukung aspirasi Universiti Sains Malaysia (USM) yang sejahtera dan lestari.

Sesi petang diteruskan dengan Taklimat Bahasa yang disampaikan oleh Dr. Azril Ali, Timbalan Dekan Pusat Bahasa, Literasi dan Terjemahan, yang membuka ruang kepada mahasiswa baharu untuk memahami kepentingan penguasaan bahasa sebagai nilai tambah dalam pembentukan kompetensi diri serta persediaan menghadapi dunia kerjaya yang semakin mencabar.

Taklimat tersebut turut memperkenalkan pelbagai pilihan bahasa asing yang ditawarkan di USM, sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa baharu untuk memperluas keupayaan komunikasi, meneroka perspektif baharu dan membina kemahiran tambahan yang dapat dimanfaatkan sepanjang perjalanan akademik serta kerjaya mereka.

Pengisian kemudiannya diteruskan menerusi Taklimat Kampus Sejahtera oleh ChM Dr. Normaliza Abdul Manaf, Penyelaras Kampus Sejahtera, yang mengetengahkan kepentingan penglibatan mahasiswa dalam mendukung agenda kelestarian universiti secara berterusan.

Perkongsian tersebut menekankan bahawa usaha membudayakan kampus sejahtera bukan sekadar tanggungjawab pihak universiti, sebaliknya memerlukan kesedaran, tindakan dan komitmen bersama setiap warga kampus termasuk mahasiswa baharu bagi membentuk persekitaran universiti yang lebih lestari, harmoni dan berkualiti.

Teks/foto: Unit Media dan Penerbitan BHEPA USM

Sesi Penerangan Bersama Pusat Pengajian Perkasa Kefahaman Akademik Pelajar BaharuPULAU PINANG, 25 September 2026 โ€“ Sesi ...
25/09/2026

Sesi Penerangan Bersama Pusat Pengajian Perkasa Kefahaman Akademik Pelajar Baharu

PULAU PINANG, 25 September 2026 โ€“ Sesi penerangan bersama pusat pengajian menjadi wadah penting untuk memperkenalkan pelajar baharu kepada landskap akademik USM serta membimbing mereka merancang perjalanan pengajian dengan lebih terarah.

Melibatkan 18 pusat pengajian di 19 lokasi sekitar kampus, sesi ini menghimpunkan pelajar bersama barisan pengurusan akademik dan tenaga pengajar bagi mendapatkan gambaran awal tentang pengajian serta keperluan akademik di pusat pengajian masing-masing.

Pengisian merangkumi penerangan mengenai struktur kursus dengan mengambil kira keperluan universiti dan pusat pengajian serta perancangan pengajian setiap semester bagi memastikan pelajar lebih bersedia mengatur laluan akademik sepanjang tempoh pengajian.

Dalam masa yang sama, pelajar diperkenalkan kepada peranan penasihat akademik yang akan membimbing pemilihan kursus major dan minor serta membantu memastikan perancangan pengajian memenuhi keperluan pengijazahan.

Sesi berkenaan diharap dapat memperkukuh kefahaman dan keyakinan pelajar baharu dalam mengemudi perjalanan akademik, sekali gus membolehkan mereka melangkah ke alam pengajian tinggi dengan lebih bersedia dan berfokus.

Teks/foto: Unit Media dan Penerbitan BHEPA

Pintu Almari Hempap Ibu Jari Kaki, BHEPA Tampil Santuni PelajarPULAU PINANG, 25 September 2026 โ€“ Bahagian Hal Ehwal Pemb...
25/09/2026

Pintu Almari Hempap Ibu Jari Kaki, BHEPA Tampil Santuni Pelajar

PULAU PINANG, 25 September 2026 โ€“ Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) terus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan siswa menerusi ziarah kebajikan dan penyampaian bantuan kepada pelajar yang mengalami kecederaan di Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan.

Pelajar berkenaan, Nur Nadyatul Hidayah Azhari, Tahun 1, Pusat Pengajian Pengurusan, mengalami keretakan pada ibu jari kaki selepas dihempap pintu almari ketika sedang mengambil pakaian.

Ziarah kebajikan tersebut diketuai oleh Ketua Pentadbir BHEPA, Puan Siti Aishah Abdul Raffar, bersama Ketua Unit Kebajikan BHEPA, Puan Siti Meszaida Mohd Ehsan, yang turut menyampaikan bantuan bagi meringankan beban serta menyuntik semangat kepada pelajar berkenaan sepanjang tempoh pemulihan.

Keprihatinan BHEPA turut diperluas apabila Puan Siti Aishah mengambil kesempatan menziarahi dua pelajar dari desasiswa yang sama yang mengalami masalah kesihatan akibat demam, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan BHEPA dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan siswa sentiasa diberi perhatian.

Dalam pada itu, Unit Kebajikan BHEPA turut menyantuni mahasiswa yang terlibat dalam Minggu Siswa Lestari Sidang Akademik 2026/2027 menerusi agihan sarapan nasi lemak kepada mahasiswa di desasiswa sebagai inisiatif tambahan bagi menyokong kebajikan dan kesejahteraan mereka sepanjang program yang masih berlangsung.

Teks: Unit Media dan Penerbitan BHEPA
Foto: Unit Kebajikan BHEPA

Pelajar PPKA USM Timba Pengalaman Akademik di IndonesiaPULAU PINANG, 25 September 2026 โ€“ Seramai tujuh pelajar Pusat Pen...
25/09/2026

Pelajar PPKA USM Timba Pengalaman Akademik di Indonesia

PULAU PINANG, 25 September 2026 โ€“ Seramai tujuh pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (USM KKTSS), menyertai Program Mobiliti Pelajar dan Lawatan Akademik ke Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia, bagi menimba pengalaman akademik serta memperluas pendedahan dalam bidang kejuruteraan.

Program anjuran International Undergraduate Program of Civil Engineering, Fakulti Kejuruteraan UMY yang berlangsung selama seminggu bermula 13 September 2026 itu mengetengahkan pengayaan ilmu, pendedahan akademik dan pengalaman pembelajaran lapangan dalam bidang kejuruteraan.

Menerusi pengisian akademik di Amphitheater Bangunan Pascasarjana UMY, para pelajar didedahkan kepada fenomena aliran serpihan (debris flow) merangkumi zon risiko, faktor pencetus dan pendekatan kawalan kejuruteraan, selain mengikuti perkongsian Dr. Rosnani binti Alkarimiah, Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM, berkaitan penukaran sisa kepada tenaga (waste-to-energy) serta Dr. Vynotdni Rathinasamy, Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM, mengenai kaedah pencegahan tanah runtuh.

Pengalaman pembelajaran turut diperkaya menerusi lawatan ke Muzium Gunung Merapi yang mendedahkan para pelajar kepada fenomena dan simulasi geobencana seperti tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi, sebelum delegasi meneruskan pembelajaran lapangan melalui aktiviti Lava Tour Merapi serta kunjungan ke Candi Prambanan dan Candi Borobudur yang memperluas pengetahuan berkaitan warisan dan pemuliharaan struktur.

Program mobiliti ini bukan sahaja memperluas pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam aspek geobencana serta pemuliharaan struktur, malah turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan pengukuhan hubungan akademik antara PPKA USM KKTSS dengan UMY.

Teks/foto: Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin
Suntingan: Unit Media dan Penerbitan BHEPA USM

๐Ÿ“ข PENCARIAN SEKRETARIAT 3.0 โ€” 3KPPโ€™26 ๐Ÿ“ขNak jadi sebahagian daripada 3KPPโ€™26? ๐Ÿ‘€โœจJom sertai barisan sekretariat dan kemban...
24/09/2026

๐Ÿ“ข PENCARIAN SEKRETARIAT 3.0 โ€” 3KPPโ€™26 ๐Ÿ“ข

Nak jadi sebahagian daripada 3KPPโ€™26? ๐Ÿ‘€โœจ

Jom sertai barisan sekretariat dan kembangkan pengalaman, kemahiran serta membina semangat kerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program yang akan datang.๐Ÿค๐Ÿป

๐Ÿ—“๏ธ 30 September 2026
โฐ 8.00 PM
๐Ÿ“ The Nest, KOMCA

Pelbagai jabatan dibuka โ€” pilih yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda! ๐Ÿ’ซ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada 3KPPโ€™26!

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang!
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScYq6Fs3aqvAZrbLAsXQDlIJi8Omag9X2IVTcyyl_F-H4PgdQ/viewform


  Pasukan ASTRAL Kejuruteraan Aeroangkasa Unggul di TEKNOFEST 2026PULAU PINANG, 24 September 2026 :- Pasukan ASTRAL dari...
24/09/2026


Pasukan ASTRAL Kejuruteraan Aeroangkasa Unggul di TEKNOFEST 2026

PULAU PINANG, 24 September 2026 :- Pasukan ASTRAL dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin melakar kejayaan membanggakan di persada antarabangsa apabila tersenarai antara 10 pasukan terbaik daripada 302 pasukan dalam Pertandingan Model Satelit sempena Teknofest Aerospace and Technology Festival 2026 (TEKNOFEST 2026).

Berlangsung dari 15 hingga 18 September 2026 di Aksaray, Tรผrkiye, pencapaian tersebut amat bermakna kerana ASTRAL merupakan satu-satunya kontinjen yang mengangkat nama Malaysia dalam kategori Pertandingan Model Satelit pada festival teknologi dan inovasi berprestij itu.

Pasukan yang dianggotai oleh enam penuntut Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, USM, ini dibimbing oleh dua pensyarah penasihat, iaitu Dr. Aiffah Mohd Ali dan Dr. Aslina Anjang Ab Rahman.

Perjalanan mereka bermula sejak Januari 2026 menerusi pelbagai fasa pembangunan sistem yang mencabar, meliputi peringkat reka bentuk, pembinaan, pengujian, hingga penambahbaikan teknikal. Sepanjang tempoh tersebut, mereka konsisten melalui proses pembelajaran berterusan, penyelesaian masalah yang kompleks, serta pengukuhan semangat kerja berpasukan.

Kejayaan menduduki tangga ketujuh keseluruhan ini mencerminkan keupayaan pelajar USM mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran kejuruteraan aeroangkasa secara praktikal dalam situasi persaingan bertaraf global.

Menurut wakil pasukan, pencapaian ini membuktikan bahawa dengan penguasaan digital, pemikiran kritis, dan kebolehsuaian yang tinggi, bakat muda negara mampu bersaing di pentas dunia.

Pasukan ASTRAL turut memanfaatkan elemen kerjasama, kepimpinan, serta kepakaran dalam teknologi dan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) untuk cemerlang dalam kategori masing-masing.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya serta seluruh warga kampus mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan ASTRAL.

โ€œKejayaan di Aksaray ini sekali gus menjadi pemangkin kepada USM untuk terus memperkasa pendidikan berasaskan pengalaman, di samping mendedahkan pelajar kepada perkembangan mutakhir teknologi aeroangkasa dan sistem satelit antarabangsa,โ€ ujarnya lagi.

TEKNOFEST diiktiraf sebagai festival teknologi dan inovasi antarabangsa yang menghimpunkan pencipta muda bagi mengetengahkan idea kreatif serta kemahiran teknikal yang tinggi.

Teks/foto : Pasukan ASTRAL, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin
Suntingan : Unit Media dan Penerbitan BHEPA

๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ UK FIT & WELLNESS 2.0 | FUN WALK 5KMJom bergerak, kekal aktif dan raikan kesejahteraan bersama warga USM! ๐Ÿ’™๐Ÿ’šUnit Ka...
24/09/2026

๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ UK FIT & WELLNESS 2.0 | FUN WALK 5KM

Jom bergerak, kekal aktif dan raikan kesejahteraan bersama warga USM! ๐Ÿ’™๐Ÿ’š

Unit Kaunseling, BHEPA USM dengan sukacitanya menjemput seluruh warga pelajar USM untuk menyertai UK FIT & WELLNESS 2.0 โ€“ FUN WALK 5KM sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2026.

๐Ÿ“… 31 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ 7.30 pagi
๐Ÿ“ Kompleks Cahaya Siswa, USM
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 400 peserta sahaja
๐Ÿ’ฐ Yuran penyertaan: RM18.00

๐ŸŽ APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

๐Ÿ… Medal penyertaan
๐ŸŽฝ Wristband peserta
๐Ÿด Makanan disediakan di setiap checkpoint sepanjang laluan
๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ Fun Walk 5KM dalam suasana santai dan meriah

Selain menggalakkan gaya hidup aktif, program ini turut menjadi ruang untuk warga USM meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil memberi perhatian kepada kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental.

Tempat adalah TERHAD kepada 400 peserta sahaja!

Jangan lepaskan peluang untuk sertai UK FIT & WELLNESS 2.0. Jom ajak kawan-kawan dan keluarga kita meriahkan Fun Walk 5KM ini bersama-sama! ๐Ÿ’™๐Ÿ’š

๐Ÿ“ฒ Pendaftaran:
Imbas QR Code pada poster atau link berikut : https://forms.gle/FoZBGdgJLBBJmnGj8

Address

USM Kampus Induk
George Town
11800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BHEPA USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category