SK Sungai Gelugor

SK Sungai Gelugor Laman info hebahan maklumat dan aktiviti Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor

(MAKLUMAN)Assalamualaikum dan Salam SejahteraMakluman berkenaan Pembudayaan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang di SK Sunga...
20/08/2026

(MAKLUMAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Makluman berkenaan Pembudayaan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang di SK Sungai Gelugor.

Pemakaian lencana masih diteruskan dan dijadikan budaya di sekolah ini.
Diminta semua ibu bapa/waris untuk memakaikan lencana tersebut pada baju/tudung anak-anak.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan ibu bapa/waris dalam menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan anak-anak👍👍👍

[ UCAPAN ] 18 OGOS 2026Dukacita dimaklumkan bahawa murid Kelas 6 Gamelan, Nur Ain Hawani binti Mohamad Nazri, baru sahaj...
18/08/2026

[ UCAPAN ]
18 OGOS 2026

Dukacita dimaklumkan bahawa murid Kelas 6 Gamelan, Nur Ain Hawani binti Mohamad Nazri, baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi.

Kami seluruh warga SK Sungai Gelugor berdukacita atas pemergian Ain Hawani. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Jom melawat Muzium Negeri Pulau Pinang
11/08/2026

Jom melawat Muzium Negeri Pulau Pinang

📢 JEMPUTAN KE MAJLIS SIRI JELAJAH AKAR 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Semua warga SK Sungai Gelugor dijemput ha...
07/08/2026

📢 JEMPUTAN KE MAJLIS SIRI JELAJAH AKAR 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua warga SK Sungai Gelugor dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Siri Jelajah Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕑 Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
📍 Tempat: SK Sungai Gelugor

🎉 Antara tarikan menarik:

🦧 Persembahan Maskot Zan Orang Utan
🎁 Kuiz Kesedaran Alam Sekitar
Dan Kuiz Genius IQ
🎨 Pertandingan Mewarna murid Tahun 2&3 , Pra dan PPKI

Marilah kita bersama-sama hadir bagi memeriahkan majlis serta memberikan sokongan kepada program yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan KRU dan PTPTN. Kehadiran tuan/puan dan anak-anak amat dialu-alukan.

✨ Jumpa anda di SK Sungai Gelugor! ✨

24 Julai 2026 (Jumaat)Lot 33, Prangin Mall, PenangSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru SK Sung...
24/07/2026

24 Julai 2026 (Jumaat)
Lot 33, Prangin Mall, Penang

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru SK Sungai Gelugor yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.

🌹Puan Rahimah binti Mustafar
🌹Cik Nur Atiqah Farahana binti Basirun
🌹Puan Suwaibah binti Ramli
🌹Puan Shamimi Adila Azrin binti Shasri
🌹Puan Nurul Nadiah binti Rusdin
🌹Encik Shaifulbahri bin Pohat@Puad

Pengiktirafan ini adalah hasil daripada komitmen, dedikasi dan usaha yang tidak pernah jemu dalam melaksanakan amanah mendidik anak bangsa serta memartabatkan kecemerlangan sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan murid dan sekolah.

Tahniah sekali lagi. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan.

"Kecemerlangan bukan destinasi, tetapi satu perjalanan yang diteruskan dengan penuh integriti dan keikhlasan."

Ikhlas daripada :
Puan Isma Sharni binti Mohamad Saad
Guru Besar
SK Sungai Gelugor

🏃‍♂️🏃‍♀️ *JOM MERIAHKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI GELUGOR 2026!*🏅Seluruh warga sekolah serta ibu bapa dan penjag...
22/07/2026

🏃‍♂️🏃‍♀️ *JOM MERIAHKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI GELUGOR 2026!*🏅

Seluruh warga sekolah serta ibu bapa dan penjaga dijemput untuk hadir bagi memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Gelugor 2026

📅 25 Julai 2026 (Sabtu)
📍 IPG Kampus Pulau Pinang
🕢 7.30 pagi

Ayuh hadir bersama-sama memberikan sorakan dan semangat kepada semua atlet rumah sukan yang akan beraksi. Sokongan anda menjadi pembakar semangat buat mereka!
Jumpa anda di sana! 💚💛❤️💙

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.⚠️Perhatian kepada semua ibu bapa/waris murid SK Sungai Gelugor📍Dimaklumkan bahawa p...
22/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

⚠️Perhatian kepada semua ibu bapa/waris murid SK Sungai Gelugor

📍Dimaklumkan bahawa pihak SRS LRT akan memulakan kerja-kerja pembinaan laluan LRT di hadapan sekolah.

📍Sehubungan itu, lorong kanan jalan di hadapan sekolah akan ditutup, menyebabkan hanya dua lorong boleh digunakan bermula malam ini.

📍Keadaan ini dijangka akan menyebabkan aliran trafik menjadi lebih sesak, terutama pada waktu menghantar dan mengambil murid.

✅Bagi membantu melancarkan pergerakan trafik serta memastikan keselamatan semua murid, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa/waris untuk:

👉Menggalakkan anak-anak turun di seberang jalan dan menggunakan jejantas untuk masuk ke kawasan sekolah dengan selamat.

👉Tidak memberhentikan atau meletakkan kenderaan terlalu lama di hadapan sekolah, kerana ia boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

👉Bagi ibu bapa/waris yang menaiki motosikal, digalakkan menghantar anak melalui Pintu C dengan menggunakan lorong di tepi kawasan sekolah bagi mengurangkan kesesakan di pintu utama.

🤝Kerjasama semua ibu bapa/waris amatlah dihargai demi memastikan keselamatan murid serta kelancaran lalu lintas di kawasan sekolah sepanjang tempoh pembinaan dijalankan🤝

🌹Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua🌹

Sekian makluman
Guru Besar
SK Sungai Gelugor

HENTIKAN BULI!
12/07/2026

HENTIKAN BULI!


26/06/2026

Address

Jalan Sultan Azlan Shah
George Town
11700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6046566624

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Gelugor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share