29/05/2025
Sedikit coretan hidup dalam bidang perguruan.
BERMULANYA PERJALANAN SEBAGAI SEORANG PENDIDIK TEACHER FARAH
===============================
Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) UUM
Bermulanya 2010, mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Abim & mengajar bahasa Inggeris di suatu Pusat Tuisyen di Pulau Pinang
2011, Mendapat pangilan posting sebagai Guru Bahasa Inggeris di SMK Sri Utama Petaling Jaya Selangor . Turut memperoleh pengalaman menjadi tutor di Pusat Tuisyen Oasis dan Pusat Tuisyen Ellapan di Damansara dan Kelana Jaya.
2012, Alhamdulilah tergerak buat tuisyen atas permintaan jiran2 di Petaling jaya. Tercetusnya Pusat Tuisyen Teacher Farah ketika itu sebanyak 15 student.
(Sangat teharu anak murid mendapat 5A Upsr 😂😂😂 )
2013, mendapat pangilan ke SMJK Katholik high school (sekolah Top 10 di Petaling Jaya). Disini pengalaman mengajar anak-anak murid berbangsa cina. Satu pengalaman baru dalam mendidik anak anak berbilang bangsa
2017, mengambil langkah yang baru dalam mendidik dimana berpindah kembali ke Pulau Pinang dan di amanahkan oleh Little Caliph Taman Free School bagi mengajar dan mendidik anak-anak pra sekolah dan pelajar Pra Tahfiz. ( 4 to 6yrs)
2017, Pada hujung tahun ini, Pusat Tuisyen Tc Farah/Pusat Tusiyen Bijak Lestari kembali beroperasi di Pulau Pinang dengan nafas yang baru. Terdapat pelbagai kelas seperti kelas bacaan FONIK, kelas ENGLISH FOR FUN dan kelas tuisyen KSSR tahun 1- 6 bersama tutor-tutor yang berpengalaman dalam bidang pendidikan.
2018, Alhamdulilah, syukur kepada Allah pada tahun ini Pusat Tuisyen tc Farah telah memperoleh kepercayaan sepenuhnya daripada ibu bapa sekitar kawasan Georgetown, Pulau Pinang. Salah satu punca kejayaan adalah dimana Tc farah berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang tidak pandai membaca ke peringkat fasih membaca dalam kelas bacaan fonik BM & BI
Disamping itu, dalam 1 tahun beroperasinya pusat tuisyen ini di Penang, Tc farah juga berjaya melaksanakan program-program cuti sekolah dengan jayanya seperi FUN WITH ENGLISH SCHOOL HOLIDAY PROGRAM, ENGLISH EXPLORER, WRITER RHINO DAN ART CAMP.
Yang terkini program Ptbl dibawah kelas Elephant English berjaya menjalankan
DRAMA STAGE PERFORMANCE di Penang Digital Library pada Tahun 2019
Seterusnya STORY TELLING COMPETITON dibawa Elephant English program pada 2020, dimana seramai 15 pelajar bersaing dalam story telling competition tersebut.
2022- 2024 Alhamdulillah Pusat Tuisyen Bijak Lestari Tc Farah berkembang maju dan dikenali ramai sehingga dapat laksanakan program menarik seperti KEM ANAK SOLEH OHSEM, KEM BIJAK KUNG FU SIFIR, BENGKEL KUNG FU SIFIR, terdapat pelbagai kelas2 seperti Kelas Mandarin, Kelas Pengajian Islam, Kelas tuisyen Elit / Private serta program2 cuti sekolah bagi peringkat umur 4 tahun sehingga 12 tahun.
2025 - Pada tahun ini, Pusat Tuisyen berwajah baru dan bertukar ke Akademik Bijak Lestari dengan semangat baru, wajah baru untuk buat yang terbaik buat anak2 didik, insyallah akan kami berkembang maju lagi dengan mengadakan pelbagai kelas2 untuk pelajar2 Pra sekolah , Sek Rendah dan Sek Menegah.
Perjuangan ini akan diteruskan sehingga ke titik noktah kejayaan.