Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi KOMPLEKS MASJID NEGERI, 11400 GEORGETOWN, PULAU PINANG

๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐–๐„๐๐ˆ๐๐€๐‘ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐€๐”๐๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”KAUNSELING ERA DIGITAL: MEMACU KESEJAHTERAAN๐Ÿ“– SIRI 2: SURAH YUSUF: ...
28/09/2026

๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ ๐–๐„๐๐ˆ๐๐€๐‘ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐€๐”๐๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KAUNSELING ERA DIGITAL: MEMACU KESEJAHTERAAN

๐Ÿ“– SIRI 2: SURAH YUSUF: PENGURUSAN EMOSI & KESIHATAN MENTAL

Surah Yusuf bukan sekadar kisah tentang ujian dan kesabaran, tetapi turut sarat dengan pengajaran berkaitan pengurusan emosi, kekuatan jiwa dan cara menghadapi cabaran kehidupan.

Sempena Bulan Kaunseling 2026, KITAB Pulau Pinang meneruskan siri webinar dengan membawa perkongsian yang menghubungkan ibrah Surah Yusuf dengan pengurusan emosi dan kesihatan mental dalam kehidupan hari ini.

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah:
Ustaz Muhamad Syaari bin Ab. Rahman
CEO Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.

Jom bersama-sama menyelami kisah Nabi Yusuf AS dan mengambil ibrah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

๐Ÿ“… 2 OKTOBER 2026 | JUMAAT
๐Ÿ•ฃ 8.30 PAGI โ€“ 10.30 PAGI

Daftar penyertaan:
https://forms.gle/iWhZGk6BNYk1Q2Qu7

Penyertaan dibuka sehingga 30 SEPTEMBER 2026 | RABU

๐Ÿ“œ e-Sijil Penyertaan disediakan

๐“๐š๐ค๐ณ๐ข๐š๐ก ๐€๐ญ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ ๐ข๐š๐ง ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก๐ฒ๐š๐ซ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ก ๐“๐ฎ๐ง ๐ƒ๐ซ. ๐’๐ข๐ญ๐ข ๐‡๐š๐ฌ๐ฆ๐š๐ก ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐€๐ฅ๐ขSalam takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan se...
28/09/2026

๐“๐š๐ค๐ณ๐ข๐š๐ก ๐€๐ญ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ ๐ข๐š๐ง ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก๐ฒ๐š๐ซ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ก ๐“๐ฎ๐ง ๐ƒ๐ซ. ๐’๐ข๐ญ๐ข ๐‡๐š๐ฌ๐ฆ๐š๐ก ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐€๐ฅ๐ข

Salam takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sekeluarga atas pemergian beliau. Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

Salam takziah dari,
Pengerusi Lembaga Pengarah
Serta seluruh warga kerja KITAB Pulau Pinang.

PENGLIBATAN KITAB PULAU PINANG SEMPENA SIMPOSIUM KEKELUARGAAN ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2026Kolej Islam Teknologi Antara...
25/09/2026

PENGLIBATAN KITAB PULAU PINANG SEMPENA SIMPOSIUM KEKELUARGAAN ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2026

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang merakamkan penghargaan atas peluang untuk terlibat sebagai peserta dan pempamer sempena Simposium Kekeluargaan Islam Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026.

Simposium anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) ini mengangkat tema โ€œSayangi Anakku: Amanah Keluarga Dikendali, Terlahir Generasi Madaniโ€, yang memberi penekanan terhadap kepentingan pengukuhan institusi kekeluargaan Islam serta peranan keluarga dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya tahan.

Majlis perasmian simposium telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Datoโ€™ Dr. Hj. Abdul Aziz bin Tajuddin, yang mewakili Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat Datoโ€™ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid.

Turut menjadi pengisian utama ialah ucaptama oleh Sahibus Samahah Profesor Madya Datoโ€™ Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang memberikan kupasan berkaitan isu serta cabaran kekeluargaan Islam dalam membentuk masyarakat yang sejahtera.

Simposium turut menampilkan sesi forum kekeluargaan Islam yang menampilkan dua tokoh pendakwah dan personaliti agama, iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Imam Muda Asyraf, yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan pendidikan anak-anak, tanggungjawab ibu bapa dan pembinaan keluarga yang berteraskan nilai-nilai Islam.

Program tersebut turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Mestica, sekali gus menambah kemeriahan dan penghayatan para peserta terhadap mesej kekeluargaan yang diketengahkan sepanjang simposium.

Dalam kesempatan ini, KITAB Pulau Pinang turut membuka ruang pameran bagi memperkenalkan institusi, program pengajian serta peluang pendidikan yang ditawarkan kepada para peserta dan pengunjung. Penglibatan ini menjadi platform untuk KITAB memperkukuh jaringan kerjasama dengan agensi agama, institusi pendidikan dan masyarakat, di samping memperluas hebahan berkaitan peluang melanjutkan pengajian di KITAB.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), penglibatan KITAB dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha memperkukuh pembangunan ummah, khususnya dalam Teras Pembangunan Keluarga di bawah Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI2030).


PROGRAM PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN PENYELIDIKAN SIRI 1AI for Research: From Idea to Article Plan24 Septembe...
25/09/2026

PROGRAM PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN PENYELIDIKAN SIRI 1

AI for Research: From Idea to Article Plan

24 September 2026 | Dewan Utama, KITAB

Kakitangan akademik KITAB Pulau Pinang mengikuti Program Pembangunan Penyelidikan dan Penerbitan Penyelidikan Siri 1 yang memberi fokus kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam membantu proses penyelidikan dan penulisan akademik.

Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah memanfaatkan teknologi AI sebagai salah satu alat sokongan dalam merancang penyelidikan, bermula daripada pembentukan idea, mengenal pasti fokus kajian sehinggalah kepada penyediaan perancangan awal penulisan artikel.

Sesi pembentangan telah disampaikan oleh Dr. Nurullizam Binti Jamiat, Pensyarah Kanan, Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM) yang berkongsi pengetahuan serta panduan berkaitan penggunaan AI dalam menyokong proses penyelidikan dan pembangunan penulisan akademik.

Perkembangan teknologi AI yang semakin pesat membuka ruang kepada warga akademik untuk meneroka kaedah kerja yang lebih sistematik dan berkesan. Namun, penggunaannya dalam bidang akademik perlu disertai kefahaman yang baik agar teknologi ini dimanfaatkan secara beretika serta tidak mengabaikan peranan penyelidik dalam menghasilkan karya dan pemikiran ilmiah yang berkualiti.

Penganjuran program ini merupakan antara usaha KITAB untuk memperkukuh budaya penyelidikan dalam kalangan warga akademik, di samping meningkatkan kompetensi dan kesediaan mereka dalam menghadapi perkembangan teknologi semasa.

Usaha ini turut menyokong aspirasi KITAB dalam memperkukuh agenda pendidikan dan pembangunan modal insan melalui pelaksanaan Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI2030) Pulau Pinang, khususnya dalam teras Pendidikan.

Pada masa yang sama, penguasaan teknologi dan pengukuhan kompetensi warga akademik juga selari dengan Visi Penang2030 dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.

Melalui penganjuran program ini, KITAB terus komited dalam memperkasa warga akademik dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan, sekali gus membina ekosistem penyelidikan dan penerbitan yang lebih dinamik, berintegriti serta responsif terhadap perkembangan teknologi semasa.


24/09/2026
LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MENENGAH AL-HIDAYAH, IPOH KE KITAB24 September 2026 | Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ...
24/09/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MENENGAH AL-HIDAYAH, IPOH KE KITAB

24 September 2026 | Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang pagi ini menerima kunjungan 40 orang pelajar dan guru pengiring dari Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh yang juga merupakan salah sebuah sekolah dibawah rangkaian Musleh Integrated Education dalam satu program lawatan sambil belajar ke kampus KITAB.

Rombongan yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) itu telah disambut oleh Dr. Mohd Ikhmal bin Fadzil, Penolong Rektor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Korporat, KITAB Pulau Pinang.

Lawatan ini turut menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik antara KITAB dan Sekolah Menengah Al-Hidayah, khususnya susulan kesudian Rektor KITAB Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, merasmikan Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah Menengah Al-Hidayah sebelum ini.

Hubungan ini turut diperkukuh melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara KITAB Pulau Pinang dan MUSLEH Integrated Education Berhad (MIEB) yang telah dimeterai sebelum ini, sekali gus membuka ruang yang lebih luas kepada kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan pelajar dan pengukuhan jaringan institusi.

Sepanjang kunjungan, para pelajar diberikan penerangan berkaitan program pengajian yang ditawarkan di KITAB, di samping pendedahan mengenai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara melalui laluan pendidikan yang disediakan oleh KITAB.

Lebih menarik, memandangkan para pelajar yang hadir merupakan calon SPM Tahun 2026, mereka turut mengikuti sesi perkongsian bersama Unit Kaunseling KITAB yang memberikan pendedahan serta panduan berkaitan persediaan menghadapi alam selepas SPM, perancangan pendidikan dan hala tuju kerjaya.

Inisiatif ini juga selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI2030) Negeri Pulau Pinang, khususnya melalui Teras Pembangunan Pendidikan, dalam memperkasa pendidikan Islam serta membangunkan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.


KITAB PULAU PINANG PERKUKUH JARINGAN KEILMUAN ISLAM ANTARABANGSA BERSAMA DAR AL-IFTA JORDANAMMAN, JORDAN | 17 SEPTEMBER ...
19/09/2026

KITAB PULAU PINANG PERKUKUH JARINGAN KEILMUAN ISLAM ANTARABANGSA BERSAMA DAR AL-IFTA JORDAN

AMMAN, JORDAN | 17 SEPTEMBER 2026.

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang meneruskan agenda pengantarabangsaan institusi menerusi kunjungan strategik ke Dar al-Ifta al-Mamlakah al-Urduniyyah al-Hasyimiyyah, sebuah institusi yang mempunyai kedudukan penting dalam tradisi fatwa dan keilmuan Islam di Jordan.

Delegasi KITAB diketuai Sohibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KITAB telah mengadakan perbincangan bersama Mufti Kerajaan Jordan, YBhg. Dr. Ahmad Ibrahim Al-Hasanat, serta barisan pengurusan tertinggi Dar al-Ifta Jordan.

Pertemuan berkenaan menjadi wadah untuk meneroka bentuk kerjasama yang lebih strategik dalam usaha membina ekosistem pendidikan Islam yang saling melengkapi, khususnya melalui pengintegrasian kekuatan institusi pendidikan tinggi dengan kepakaran keilmuan, fatwa dan penyelidikan Islam.

Dalam konteks ini, hubungan antara KITAB, Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Dar al-Ifta Jordan dilihat berpotensi membuka ruang yang lebih luas kepada pertukaran kepakaran, pembangunan akademik dan profesional, penyelidikan serta pengembangan ilmu Islam yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Sebagai agensi milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), KITAB diberi mandat melalui Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 dalam membangunkan pendidikan Islam yang bukan sahaja berteraskan tradisi keilmuan, tetapi turut berupaya beradaptasi dengan tuntutan dunia pendidikan tinggi dan pembangunan masyarakat global.

Jaringan strategik bersama institusi berautoriti seperti Dar al-Ifta Jordan juga mencerminkan pendekatan KITAB untuk membina rantaian ekosistem pendidikan yang merentas sempadan daripada penguasaan ilmu, pembentukan kepakaran, penyelidikan sehingga kepada pembangunan profesional yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Langkah ini diharapkan menjadi asas kepada pembentukan kerjasama yang lebih tersusun dan berimpak dalam memperkukuh pendidikan tinggi Islam, kepakaran fatwa dan pembangunan ilmu yang relevan dengan cabaran dunia semasa.




KERJASAMA STRATEGIK BAGI LALUAN PENDIDIKAN PERINGKAT ANTARABANGSA: KITABโ€“YARMOUK UNIVERSITI TEROKAI PROGRAM PENGAJIAN BE...
18/09/2026

KERJASAMA STRATEGIK BAGI LALUAN PENDIDIKAN PERINGKAT ANTARABANGSA: KITABโ€“YARMOUK UNIVERSITI TEROKAI PROGRAM PENGAJIAN BERKEMBAR (TWINNING PROGRAMME).

-15 SEPTEMBER 2026 | IRBID, JORDANโ€“

Pendidikan berkualiti bukan sekadar tentang memperoleh segulung ijazah, tetapi boleh menjadi pemangkin perubahan kehidupan dan membuka laluan kepada mobiliti sosial. Atas semangat itulah, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, sebagai agensi pendidikan milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), terus memperluas jaringan pendidikan antarabangsa melalui inisiatif penawaran program yang lebih strategik.

Dalam merealisasikan aspirasi tersebut, delegasi KITAB yang diketuai oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Datoโ€™ Dr. Haji Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KITAB telah mengadakan kunjungan strategik ke Universiti Yarmouk, Jordan, dan disambut oleh Presiden Universiti Yarmouk iaitu Prof. Dr Malek Alsharairi bersama barisan pengurusan tertinggi universiti.

MoU yang telah ditandatangani pada tahun 2024 antara KITAB dan Universiti Yarmouk sebelum ini telah membolehkan graduan peringkat Diploma di KITAB menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Fiqh wa Usul terus tahun ke 2@3. Oleh itu, Kunjungan kali ini menjadi platform untuk meneroka satu cadangan baru yang mempunyai nilai strategik dan berimpak tinggi, iaitu program pengajian peringkat ijazah sarjana muda secara berkembar (Twinning Programme) antara KITAB dan Yarmouk.

Kerjasama turut dirancang dalam aspek pendigitalan bahan rujukan melalui Penang Islamic Digital Library (PIDL) bersama Universiti Yarmouk yang berpotensi memperluas akses bagi kedua-dua institusi kepada sumber ilmu dan bahan rujukan secara dalam talian yang lebih meluas, khususnya bagi menyokong pembelajaran, penyelidikan dan perkongsian ilmu antara kedua-dua Institusi. Cadangan ini membuka ruang kepada pembentukan laluan akademik yang lebih tersusun, khususnya bagi memberi peluang kepada mahasiswa KITAB untuk mengembangkan pengajian mereka dalam ekosistem pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa.

Bagi KITAB, usaha ini membawa makna yang lebih besar daripada sekadar kerjasama antara kedua-dua institusi. Ia adalah sebahagian daripada usaha MAINPP melalui KITAB Pulau Pinang untuk memperluas akses kepada pendidikan yang lebih berkualiti.

Perancangan tersebut juga selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (APAI2030) serta Perancangan Strategik KITAB 2030, khususnya dalam memperkukuhkan pembangunan pendidikan, pembangunan anak muda dan pengantarabangsaan pendidikan.

Sebagai langkah awal untuk menterjemahkan hasil perbincangan kepada tindakan yang lebih tersusun, satu Majlis Menandatangani Letter of Intent (LoI) antara KITAB dan Yarmouk University turut diadakan. LoI tersebut ditandatangani oleh Rektor KITAB Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Mohamed Fisol, manakala di pihak Universiti Yarmouk ditandatangani oleh Presidennya iaitu Prof. Dr Malek Alsharairi, sebagai manifestasi komitmen awal kedua-dua institusi untuk meneruskan perbincangan serta memperincikan bentuk pelaksanaan kerjasama yang dicadangkan.

Usaha ini akan terus diperkasakan dengan membina lebih banyak laluan pendidikan, memperluas akses kepada pengajian berkualiti dan menghubungkan mahasiswa/wi dengan institusi pendidikan peringkat antarabangsa. Kerana bagi KITAB, pendidikan bukan sekadar destinasi , pendidikan ialah jalan untuk mengubah masa depan melalui pendidikan yang lebih berkualiti.








Address

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, Kompleks Masjid Negeri
George Town
11400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi:

Shortcuts

Share