14/08/2026
TAHNIAH HAIKAL KAMARUDIN!
Tahniah dan syabas buat Haikal Kamarudin yang berjaya menghadiahkan pingat Gangsa buat kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) dalam acara Dart Perseorangan Lelaki di SUKUM UniSZA 2026!
Satu pencapaian yang membanggakan dan bukti semangat juang atlet USM untuk terus membawa nama universiti ke pentas kejohanan.
Teruskan perjuangan, teruskan kecemerlangan! 💜💛
USM — Kami Memimpin!
14/08/2026
USM KE FINAL! LANGKAH TERAKHIR MENUJU EMAS!
Alhamdulillah, dengan izin-Nya! 💜💛
USM mara ke peringkat akhir Futsal Lelaki SUKUM UNISZA 2026 selepas menewaskan UUM dengan keputusan 1–0 dalam aksi separuh akhir yang penuh mendebarkan.
Kini, USM bakal menentang UITM dalam perlawanan penentuan pingat emas!
Ayuh seluruh warga USM, sama-sama kita berikan sokongan padu kepada pasukan futsal lelaki USM. Satu pasukan, satu impian, satu USM! 💪🦅
USM vs UITM
🔥 Final Futsal Lelaki SUKUM 2026
🏆 Misi Emas USM!
14/08/2026
USM BADMINTON MENGGANAS! DUA FINAL DARI KEM WANITA
Kontinjen Badminton USM terus mencipta momen gemilang di SUKUM 2026, UNISZA!
🔥 Perseorangan Wanita
USM 2–1 UMT — LAYAK KE FINAL! 🏆
🔥 Beregu Wanita
USM 2–0 UTM — LAYAK KE FINAL! 🏆
💪 Beregu Campuran
USM 0–2 UPM — PINGAT GANGSA! 🥉
Tahniah dan syabas buat semua atlet badminton USM yang telah memberikan aksi terbaik, penuh semangat juang dan tidak pernah mengalah!
Dua acara kini mara ke FINAL! Ayuh teruskan sokongan buat wira dan wirawati USM. Semoga dipermudahkan dan terus membawa pulang kilauan emas!
USM WE LEAD!
ONE TEAM • ONE DREAM • ONE USM!
14/08/2026
USM GEGAR DI GELANGGANG! FUTSAL LELAKI RAIH KEMENANGAN 5–1!
Pasukan Futsal Lelaki USM menampilkan aksi mantap dalam peringkat suku akhir SUKUM UNISZA 2026 dengan menewaskan UMS 5–1 di Gelanggang Berbumbung, UNISZA.
⚽ USM 5–1 UMS
🏆 Lolos ke peringkat separuh akhir
📍 Gelanggang Berbumbung, UNISZA
📅 14 Ogos 2026
Tahniah buat seluruh pemain dan barisan pengurusan pasukan atas persembahan penuh semangat dan disiplin. Satu langkah lagi menuju pentas akhir!
Teruskan perjuangan, USM!
One Team • One Dream • One USM
13/08/2026
AKSI USM HARI INI! — 14 OGOS 2026
Satu perjuangan, satu semangat, satu USM!
Hari ini, Kontinjen USM kembali turun beraksi dalam pelbagai acara di SUKUM UniSZA 2026! 💪🔥
Jom ramai-ramai hadir memberikan sokongan dan meniupkan semangat kepada para atlet USM! 💜🔥 Setiap sorakan anda menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berjuang membawa nama Universiti Sains Malaysia!
SEMANGAT • USAHA • KEMENANGAN
KITA USM!
13/08/2026
Champion!
USM FC JUARA! KEBAL DI PUNCAK, KEJUARAAN SUKUM KEKAL MILIK USM
USM FC terus membuktikan keunggulan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan bola sepak Senior SUKUM edisi ke-46 selepas menewaskan tuan rumah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), dengan keputusan 1-0 dalam aksi final penuh debaran di Stadium UNISZA, malam ini.
Gol tunggal yang memastikan kejuaraan kekal milik USM FC hadir pada separuh masa pertama menerusi Ahmad Sukri Ab Hamid, staf Jabatan Pendaftar USM, yang menyudahkan peluang hasil biasan tandukan untuk meletakkan USM FC di hadapan.
UNISZA tidak mudah mengalah. Tampil di hadapan sokongan padu penyokong sendiri, skuad tuan rumah beberapa kali memberikan tekanan dan berjaya mengimbangi permainan pada beberapa ketika. Namun, ketenangan, disiplin serta kekentalan barisan USM FC berjaya mengekalkan kelebihan sehingga wisel penamat dibunyikan.
1-0 kekal terpahat sebagai juara!
Lebih manis, kemenangan ini menyaksikan USM FC kekal sebagai juara, sekali gus mempertahankan kejuaraan SUKUM dan membuktikan bahawa status juara bukan sekadar untuk diraih, tetapi untuk dipertahankan.
Daripada detik awal hingga wisel terakhir, USM FC memperlihatkan semangat juang, kerja berpasukan dan mentaliti juara yang luar biasa.
USM FC 1-0 UNISZA
🏆 USM FC – JUARA BOLA SEPAK SENIOR SUKUM KE-46
⚽ Jaringan: Ahmad Sukri Ab Hamid
Tahniah USM FC! Kejuaraan kekal di tangan, maruah universiti terus dijulang.
Satu Pasukan. Satu Impian. Satu Juara.
USM FC — THE CHAMPIONS!
13/08/2026
8 EMAS • 7 PERAK • 13 GANGSA 🥇🥈🥉
EMAS
1. Berbasikal MTB Wanita
2. Ping Pong Perseorangan Lelaki
3. Berbasikal MTB Team Time Trial Lelaki Veteran
4. Ping Pong Beregu Lelaki Veteran
5. Olahraga 1500m Super Senior Veteran Lelaki
6. Olahraga 1500m Super Senior Veteran Wanita
7. Olahraga 400m Lelaki Veteran
8. Bola Sepak Senior
PERAK
1. Petanque Double Lelaki
2. Berbasikal MTB Team Time Trial Lelaki Senior
3. Ping Pong Perseorangan Lelaki Veteran
4. Olahraga 800m Wanita Veteran
5. Olahraga 800m Lelaki Senior
6. Olahraga 3000m Lelaki Senior
7. Olahraga 400m Wanita Veteran
GANGSA
1. Bola Jaring
2. Sepak Takraw Veteran
3. Sepak Takraw Senior
4. Petanque Double Wanita
5. Dart Perseorangan Lelaki
6. Olahraga Lontar Peluru Wanita Super Veteran
7. Olahraga 1500m Wanita Veteran
8. Petanque Triple Wanita
9. Olahraga 3000m Lelaki Senior
10. Petanque Triple Wanita
11. Olahraga 400m Lelaki Senior
12. Olahraga 4x100m Lelaki Senior
13. Olahraga 4x100m Lelaki Veteran
Dikemaskini:
13.08.2026, 11.55mlm
13/08/2026
Live Final Bolasepak SUKUM UNISZA 2026
LIVE FINAL BOLASEPAK SUKUM 46
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.