16/07/2026
Terima kasih dan tahniah atas penyertaan
NAMA GURU BESAR: EN MUHAMAD BIN IBRAHIM
BIL GURU : 41 oranng
BIL MURID : 339 orang
KOD SEKOLAH : PBA1016
16/07/2026
Terima kasih dan tahniah atas penyertaan
14/07/2026
KONSISTEN KEMPEN
10/07/2026
📌 PENYERAHAN PAS KELUAR KELAS📌
📆 10 Julai 2026
🏢 Dewan Sk Jln Hamilton
💠Pihak sekolah sentiasa berusaha memastikan keselamatan murid pada setiap masa.
💠Pas keluar digunakan adalah untuk memastikan keberadaan murid di kawasan sekolah sentiasa dalam pengetahuan guru dan mengelakkan murid merayau tanpa kebenaran.
💠Ia bertindak sebagai langkah kawalan disiplin dan keselamatan, memastikan hanya pelajar dibenarkan keluar pada satu masa, dan melancarkan pengurusan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP)
💠Penggunaan pas keluar ini adalah simbol amanah dan tanggungjawab dalam menjaga disiplin serta keselamatan murid sepanjang sesi persekolahan dijalankan
🔈Penggunaan pas keluar bukan bertujuan menyusahkan murid, tetapi sebagai langkah kawalan yang mendidik mereka supaya lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan menghargai masa pembelajaran.
🔈Memastikan murid tidak mengambil kesempatan merayau atau melepak di kawasan larangan di luar waktu rehat.
🔈Membataskan bilangan murid yang keluar pada satu-satu masa bagi mengelakkan gangguan di dalam kelas.
🔈Setiap murid yang ingin keluar dari kelas sewaktu PDPc sedang berlangsung, mestilah mendapatkan kebenaran guru dan memakai pas kebenaran keluar kelas agar kawalan keluar masuk kelas dapat dikawal selia dengan baik.
Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh diambil tindakan oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah.
AKTIVITI BAGI MURID PPKI PENGLIHATAN DAN MASALAH PEMBELAJARAN 🤩
09/07/2026
TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI SEKOLAH
Keselamatan murid merupakan keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Sehubungan itu, semua sekolah diminta memperkukuh kawalan keselamatan dengan memberi tumpuan kepada:
✅ Kawalan ketat di pintu pagar sekolah.
✅ Kehadiran guru bertugas di pintu pagar semasa waktu datang dan pulang murid.
✅ Pengawasan rapi di kawasan kantin sepanjang waktu rehat.
✅ Tiada aktiviti murid dijalankan tanpa pengawasan guru.
Kerjasama semua warga sekolah, ibu bapa serta komuniti amat dihargai bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua murid.
Keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama.
Utamakan Keselamatan. Bertindak Proaktif. Patuhi Arahan.
06/07/2026
📌 KEM WIRA TKRS GENERASI MADANI PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT 📌
📆 13 & 14 Nei 2026
🏢 SK Jelutong P.Pinang
NESHVAIN AL LAWRENCE (6 USM)
🥇JOHAN PENGUCAPAN AWAM
MUHAMMAD AMSYAR BIN MUHAMAD AFIQ (6 UPM)
🥇JOHAN BANTU MULA
AHMAD HUZAIFAH AL MARASYI BIN AHMAD AZALLI (5 UPM)
🥈NAIB JOHAN HAFAZAN
👏🏻TAHNIAH DIUCAPKAN!
06/07/2026
PERATURAN RAMBUT MURID SK JALAN HAMILTON
🔉Untuk memastikan disiplin dan imej sekolah sentiasa terjaga, semua murid perlu mematuhi peraturan berkaitan potongan dan penjagaan rambut.
📋Garis panduan potongan rambut murid di sekolah adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 2/1976 dan surat pekeliling berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Peraturan ini menetapkan piawaian kekemasan bagi memastikan disiplin sentiasa terpelihara
🙎♂️Murid Lelaki
Rambut kemas dan tidak panjang
Belakang: Rambut tidak boleh jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga.
Depan: Rambut tidak boleh menutup garisan tengah dahi.
Sisi (Tepi): Rambut tidak menutup telinga dan jambul (sideburn) tidak melebihi garisan tengah hidung.
Atas: Rambut tidak boleh terlalu panjang, kusut, atau berfesyen.
Tidak dibenarkan gaya rambut berfesyen (punk, skin cut, berekor)
Dilarang mewarna/mengerinting rambut
Tidak boleh memakai gel rambut
👩🏼⚕️Murid Perempuan
Rambut panjang mesti diikat dengan kemas
Hanya reben atau kup berwarna putih/hitam/biru tua
Bagi yang berambut panjang, rambut mestilah diikat kemas menggunakan tocang atau ekor kuda (ponytail).
Dilarang mewarnakan rambut
Mohon ibu bapa dan murid mengambil perhatian dan memastikan pematuhan peraturan ini.
Terima kasih atas kerjasama semua.
06/07/2026
Pesta Buku & Festival Kaligrafi Perpaduan
📆 3 Julai 2026
⏰[ 8 pagi - 12 tengah hari ]
📍PWCC
Seramai 8 orang murid telah menyertai lawatan ke Pesta Buku
06/07/2026
Etika pemakaian baju bagi Sesi 2026
Harap semua murid mematuhi etika pemakaian yang teah di tetapkan
03/07/2026
Tahniah kepada peserta dan guru pembimbing 👏