05/04/2025
BAHANA GAJET!!!
Cuba anda teka pada usia bila anak anda diberikan teknologi gajet ini??
Hampir kesemua kanak-kanak pada masa kini memiliki gajet dan telah tahu guna teknologi ini.
Namun,kebanyakan kanak-kanak telah menghabiskan waktu seharian mereka dengan scroll tiktok,youtube,video game dan paling membimbangkan mereka melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya.
Pekara ini harus dibendung oleh kerana kelekaan dengan gajet ibarat virus yang merosakkan IQ dan mematikan rangsangan otak anak anda belajar.
Kanak-kanak yang gemar menghabiskan masa dengan gajet akan sering mendapat prestasi yang sangat teruk dalam apa jua subjek.
Mereka akan kurang minat untuk belajar,mudah berasa bosan,sering menyendiri dan paling teruk mereka akan berubah sikap menjadi lebih agresif.
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan gajet mempunyai banyak faedah terutama dalam urusan pembelajaran, komunikasi dan jual beli namun teknologi juga memberi kesan negatif terutamanya kepada kanak-kanak jika disalahgunakan dan tanpa pengawasan ibu bapa.
Saya sarankan ibu bapa letakkan parenting mode pada gajet anak-anak bagi memantau dan mengehadkan screen time mereka.
Insyaallah kita sama-sama bantu bagi meningkatkan prestasi anak anda.
Sebarang pertanyaan tentang kelas boleh terus wassap Cikgu Harry 017-595 2203