03/01/2023
Bahagian Kelestarian Dan Pembangunan Institusi
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
03/01/2023
8 PTJ KAMPUS KESIHATAN DIANUGERAHKAN 5 BINTANG DALAM PENGURUSAN ASET UNIVERSITI USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Oktober 2022 – Bahagian Kelestarian dan Pembangunan Institusi (BKPI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Penarafan Aset 2022...
28/09/2022
Majlis Anugerah Penarafan Aset 2022
Pengurusan Aset Universiti dan Sesi Perjumpaan Bersama Naib Canselor
20 September 2022
22/09/2022
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/8150-32-ptj-usm-capai-5-bintang-dalam-pengurusan-aset
USM News Portal - 32 PTJ USM CAPAI 5 BINTANG DALAM PENGURUSAN ASET 32 PTJ USM CAPAI 5 BINTANG DALAM PENGURUSAN ASET
15/09/2022
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022
01/08/2022
Fly with USM
Salam Maal Hijrah 2022
02/07/2022
BULAN KELESTARIAN USM 2022 MELABUHKAN TIRAINYA
Bulan Kelestarian Universiti Sains Malaysia (USM) 2022 yang berlangsung di kampus induk melabuhkan tirai hari ini, setelah sebulan disambut oleh warga kampus sejak 1 Jun lalu. Beberapa program menarik telah dianjurkan sepanjang Bulan Kelestarian kali ini, antaranya ialah siri webinar Bulan Kelestarian dengan kerjasama pelbagai pihak, projek komuniti bersama anak-anak asnaf Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang Pulau Pinang dan 'Coastal Cleanup' hasil kerjasama bersama Kampus Sejahtera, Persatuan Sains Lautan Malaysia (MSMS), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan IJM Corporation Berhad yang turut menjadi penaja untuk program ini.
Objektif utama penganjuran Bulan Kelestarian USM 2022 adalah untuk meningkatkan kesedaran warga USM mengenai kelestarian, membudayakan amalan dan gaya hidup lestari dalam kalangan warga USM, mempelbagaikan aktiviti kelestarian dan mempraktikkan sikap tanggungjawab berkaitan kelestarian dalam kegiatan harian warga USM.
Para tetamu berpeluang menimba pengalaman berharga apabila majlis penutup ini diadakan di Eco Hub USM bagi menikmati dan menghargai keindahan alam semulajadi. Tetamu yang hadir dibawa menyusuri Eco Trail sambil mendengar penerangan oleh Encik Mohd Abdul Muin Md Akil, Pegawai Sains Kanan, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) mengenai jenis flora yang ditanam di situ. Selesai saja perjalanan yang mengambil masa kira-kira 30 minit, tetamu dibawa ke khemah yang telah tersedia untuk mendengar ucapan alu-aluan Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CGSS USM.
Majlis seterusnya dirasmikan oleh Profesor Dr. Md Roslan Hashim, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi USM. Beliau dalam ucapannya berharap agar lebih ramai lagi warga USM dapat menyertai program sebegini di masa akan datang dan usaha melestarikan USM akan tetap diteruskan walaupun selepas tamat program.
Upacara penanaman Pokok Merawan Daun Bulat atau nama saintifiknya 'Hopea Latifolia' telah diadakan pada penghujung majlis sebagai usaha simbolik kepada Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kelestarian USM 2022.
02/06/2022
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Aras 6, Bangunan Canselori C22, Universiti Sains
George Town
11800