Maahad Al-Murtadza Negeri Sembilan

Maahad Al-Murtadza Negeri Sembilan Maahad Al-Murtadza Negeri Sembilan (MAAMUR) adalah sebuah sekolah bawah pentadbiran Kerajaan N9 yang dikelolakan oleh JHEAINS bermula 1 Jan 2026.

Semoga segala usaha melengkapkan infra sekolah ini akan dipermudahkan dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh All...
24/08/2026

Semoga segala usaha melengkapkan infra sekolah ini akan dipermudahkan dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.

๐Œ๐€๐€๐Œ๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐’๐€๐– ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡Gemencheh, 22 Ogos 2022 โ€” Maahad Al-Murtadza Negeri Se...
23/08/2026

๐Œ๐€๐€๐Œ๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐’๐€๐– ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡

Gemencheh, 22 Ogos 2022 โ€” Maahad Al-Murtadza Negeri Sembilan (MAAMUR) telah menganjurkan MAAMUR BERSELAWAT sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1438H. Program ini bertujuan menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta menghayati sirah, akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan warga MAAMUR.

Majlis dimulakan dengan perarakan sejauh 1.3 kilometer yang bermula dari MAAMUR dan melalui Kampung Seri Asahan. Perarakan ini disertai oleh para pelajar, guru serta ibu bapa yang hadir. Kelancaran perjalanan turut dibantu oleh anggota Balai Polis Gemencheh dan turut dihadiri Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

Selesai perarakan, para peserta berkumpul di Dewan Makan Al-Shoubrawi, MAAMUR untuk mengikuti majlis rasmi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua MAAMUR dan diserikan dengan persembahan Qasidah oleh Kumpulan Halaqatul Khairi wal Barakah dari Madrasah Helyatil Auliya Ad-Diniah al-Arabiah, Kampung Jembatan, Duyong, Melaka.

Antara pengisian utama majlis ialah pengkhataman dan pengijazahan sanad Kitab Syamail Muhammadiah yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Guru Dr. Muhammad Yusry bin Mazlan, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Tausiyah Khas Maulidur Rasul yang mengajak para hadirin menghayati keperibadian Rasulullah SAW serta menjadikan Baginda sebagai contoh dan ikutan dalam kehidupan.

Penganjuran MAAMUR BERSELAWAT diharapkan dapat menyemai dan menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam kalangan warga MAAMUR dan seluruh hadirin. Semoga penghayatan terhadap sirah, akhlak dan sunnah Baginda dapat diterjemahkan melalui amalan dalam kehidupan seharian serta membentuk generasi berilmu, beradab dan berwibawa.



22/08/2026

MAJLIS MAAMUR BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDULRASUL 2026

21/08/2026
21/08/2026

BACAAAN SYAMAIL MUHAMMADIAH BAB 49

21/08/2026

Syamail Muhammadiah Bab 6

Terima kasih atas kunjungan Ketua Penolong Pengarah Kanann Bahagian Pendidikan yang menjalankan tugas Pengarah Jabatan H...
06/08/2026

Terima kasih atas kunjungan Ketua Penolong Pengarah Kanann Bahagian Pendidikan yang menjalankan tugas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Amiza Khusyri Yusof atas kunjungan ke MAAMUR. Semoga segala yang dihasrat dan dirancang akan dipermudahkan Allah SWT untuk kemudahan anak-anak pelajar dan para guru di sini.



Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada YB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun sepanjang berkhidmat sebagai Mente...
03/08/2026

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada YB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Besar. Semoga segala jasa, usaha dan budi dibalas dengan sebaikยฒ ganjaran oleh Allah SWT.



Terima kasih Tok Min Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun atas segala khidmat buat Negeri Sembilan. Semoga terus diberi kesihatan yang baik.

----------------------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Hj Ismail bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Semb...
02/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Hj Ismail bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9.

Semoga dipermudahkan segala urusan YAB Dato' dalam mengemudi pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.



๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€
๐˜๐€๐๐† ๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐Š๐‡๐”๐’๐”๐’

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas kepada Dato' Ismail Bin Lasim

YANG AMAT BERHORMAT
DATOโ€™ HAJI ISMAIL BIN HAJI LASIM

atas perkenan dan pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkuat kuasa pada 2 Ogos 2026.

Semoga Allah SWT memberkati kepimpinan Yang Amat Berhormat dengan taufik dan hidayah, serta dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan amanah dalam memimpin negeri ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan ummah.

JHEAINS beriltizam untuk terus mendukung aspirasi kepimpinan negeri dalam memperkukuh syiar Islam dan memacu pembangunan ummah yang berteraskan nilai-nilai Islam dan integriti.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

--------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/



Address

Jalan TAMPIN-GEMAS
Gemencheh
73200

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60166656587

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Al-Murtadza Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share