Sekolah Agama Rakyat Felda Bukit Rokan Utara

Sekolah Agama Rakyat Felda Bukit Rokan Utara Sekolah Agama Rakyat Felda Bukit Rokan Utara terletak di Felda Bukit Rokan Utara Gemencheh.

Dibina bermula pada tahun 1975 dan berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada 1 Januari 1980.

Alhamdulillah
13/04/2023

Alhamdulillah

07/09/2021
07/09/2021

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)

BERKENAAN
PELAKSANAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)
BAGI CALON 2020 DAN 2021 YANG DILAKSANAKAN SECARA
SERENTAK TAHUN 2021

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA seluruh Malaysia dan semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada pada 4 hingga 7 Oktober 2021 bagi calon tahun 2020 dan 2021 yang akan dilaksanakan secara serentak.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam kenyataan media sebelum ini, JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa Pandemik COVID-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan. JAKIM dengan kerjasama semua agensi telah menyediakan pelan tindakan demi untuk memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar.

Merujuk kepada perutusan YB Menteri Kanan Pendidikan pada 15 Ogos 2021 berkaitan sesi persekolahan untuk calon peperiksaan yang akan bermula pada 3 Oktober 2021 ini secara berperingkat mengikut perkembangan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selaras dengan keputusan tersebut, JAKIM telah membuat keputusan bahawa pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK KAFA juga akan dibuat mengikut ketetapan tersebut.

Sehubungan itu, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan muridmurid terjamin serta persediaan pusat peperiksaan, JAKIM ingin memaklumkan bahawa peperiksaan UPKK tahun 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada pada 4 hingga 7 Oktober 2021 DITANGGUHKAN ke tarikh baharu iaitu pada 15 hingga 18 November 2021 (Isnin hingga Khamis).

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 6 September 2021.

JAKIM juga optimis dengan usaha kerajaan ketika ini untuk menuju sasaran imuniti kelompok dan dengan itu telah membuat ketetapan bahawa hanya petugas peperiksaan yang telah mendapat 2 dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.

Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan UPKK berjalan lancar dan berjaya.

Sekian.

YB SENATOR USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
7 September 2021

JADUAL UPKK TAHUN 2021(CALON YANG DISEKALIKAN TAHUN 2020&2021)
02/08/2021

JADUAL UPKK TAHUN 2021
(CALON YANG DISEKALIKAN TAHUN 2020&2021)

22/01/2021
Untuk makluman calon UPKK 2020.
16/11/2020

Untuk makluman calon UPKK 2020.

🌸PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2021🌸Assamualaikum wbt.. Anak Kita. Sekolah Agama Kita. Generasi Kita. Remaja generasi Z sekar...
02/11/2020

🌸PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2021🌸

Assamualaikum wbt..

Anak Kita. Sekolah Agama Kita. Generasi Kita.

Remaja generasi Z sekarang memerlukan bi'ah agama yang boleh menolong serba sedikit membentuk pasak diri anak-anak terutama dari segi akidah yang sahih dan juga akhlak yang baik untuk berhadapan dengan anasir anasir perosak aqidah dan akhlak di zaman kini.

Mohon doa dari semua agar harapan pihak sekolah untuk menjadi platform terbaik untuk mendidik sahsiah pelajar serta menjadi platform ilmu agama dipermudahkan.

Kerana itu para Ulamak SIlam menekankan ADAB ADAB ADAB barulah ILMU. Agar resmi padi makin berat makin tunduk di warisi anak-anak generasi kita kelak. Allahumma aaamin. Al-Fatihah !

🌺Selayang Pandang🌺

🔸SAR Felda Bukit Rokan Utara merupakan Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar dengan JAKIM KOD NYQ5002 dan JHEAINS KOD 41-08/80. Sekolah ini telah berdaftar dengan JHEAINS dari 1 Januari 1980.

🔸Sekolah mempunyai 2 blok dengan 5 kelas,1 surau,1 bilik guru dan 1 bilik mesyuarat.

🌻Kekuatan Sekolah🌻

🔸3 orang guru yang berpengalaman.

1. Ustaz Abdul Syakir bin Riddzwan (Guru Besar)
-Berpengalaman mengajar selama 10 tahun.
-Panel Penggubal Soalan Percubaan UPKK dan Akhir Tahun JHEAINS dari tahun 2012 hingga sekarang
-Panel Penggubal Buku Teks MAINS,JHEAINS DAN JPNS 2012&2016
-Penceramah Jemputan Teknik Menjawab UPKK

2. Ustazah Rohani binti Hashim
-Berpengalaman mengajar lebih 20 tahun.

3. Ustazah Rodziah binti Sanudin
-Berpengalaman mengajar lebih 6 tahun.

🌷Keputusan UPKK 🌷
🔸2016: Tempat Keempat Daerah Tampin
🔸2017: Tempat Kelima Daerah Tampin
🔸2018: Tempat Keenam Daerah Tampin

🌹Program-Program Sekolah🌹

🔸1. Kelas Tambahan Untuk Pelajar
1.1 Kelas Intensif Jawi
1.2 Kelas Intensif UPKK

🔸2. Majlis Bacaan Yaasin dan Qiamullail Perdana

🔸3. Lawatan
3.1 Tahun 2017: Melaka
3.2 Tahun 2018: Aquaria KLCC (Menaiki ETS Dari Stesen KTM Batang Melaka)
3.3 Tahun 2019: Bukit Gambang Resort City.

🔸4.Ihtifal S.A.R
Melatih murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al quran, nasyid,berzanji,azan dan lain-lain pertandingan.

🔸5. Program Tambahan Bermula 2021

4.1 Kelas Hafazan setiap Hari Jumaat (target pelajar akan dapat menghafaz sekurang-kurangnya surah An-Nas hingga Ad-Dhuha sebelum berhenti daripada sekolah)

🍄PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2021 TELAH DIBUKA SEKARANG.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN:-

Ustaz Syakir: 013-6325806
Ustazah Rodziah: 013-6880450

بسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهAlhamdulillah.. Selesai sudah Progam Pemantapan UPKK dan Jawi🎀 Tari...
18/10/2020

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.. Selesai sudah Progam Pemantapan UPKK dan Jawi

🎀 Tarikh : 17 Oktober 2020
🎀 Tempat : SAR Felda Bukit Rokan Utara
🎀 Peserta : 30 orang
🎀 Dana : Bantuan KPM

👍 Sekalung penghargaan buat penyumbang bagi melancarkan lagi pengurusan perbelanjaan program ini.

👍 Jutaan terima kasih pada semua yg terlibat dlm menjayakan program ini.

👍 Tahniah, kpd Barisan guru-guru,ibu bapa dan seluruh Warga SAR Felda Bukit Rokan Utara kerana telah berjaya memastikan program ini terlaksana dgn baik.

📌 Buat anak2 pelajar, teruskan berusaha utk berjaya di dunia dan akhirat.
📌 Dan jaga kesihatan sepanjang musim covid ini.
📌 Lakukan ulangkaji utk peperiksaan akhir tahun yg bakal tiba 😊
من جدا وجدا

Selamat Kembali Ke Sekolah Dengan NORMA BAHARU
13/07/2020

Selamat Kembali Ke Sekolah Dengan NORMA BAHARU

Assalamualaikum.UPKK bagi tahun 2020 dibatalkan.Harap maklum.Terima kasih.
17/04/2020

Assalamualaikum.
UPKK bagi tahun 2020 dibatalkan.Harap maklum.
Terima kasih.

Address

Gemencheh
73200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Rakyat Felda Bukit Rokan Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category