Sk Kem Syed Sirajuddin Gemas

Directions Website

Sk Kem Syed Sirajuddin Gemas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sk Kem Syed Sirajuddin Gemas, School, Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Program Ceramah SAFE Antibuli dan Gangguan SeksualPenceramah: ASP TUAN MOHD RODZI BIN MASA'AT(KETUA POLIS BALAI GEMAS)An...
10/09/2026

Program Ceramah SAFE Antibuli dan Gangguan Seksual

Penceramah:
ASP TUAN MOHD RODZI BIN MASA'AT
(KETUA POLIS BALAI GEMAS)

Anjuran:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING & UNIT DISIPLIN

Alhamdulillah..Selesai sudah KEJOHANAN OLAHRAGA MSSNNS 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 28 Ogos 2026.Seramai 4 orang...
28/08/2026

Alhamdulillah..
Selesai sudah KEJOHANAN OLAHRAGA MSSNNS 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 28 Ogos 2026.

Seramai 4 orang murid SKKSS telah terpilih mewakili pasukan daerah Tampin iaitu:
1) RYAN FEDRICK ANAK RUDY
2) STEPFENA TRACY ANAK STANLY
3) MUHAMMAD AMMAR RIZQY BIN MOHD ROZI
4) EASTER RAENYS ANAK RASMI

Tahniah kepada adik RYAN FEDRICK ANAK RUDY atas kejayaan memenangi pingat Emas sekali gus melayakkan diri ke peringkat MSSM.

Tahniah juga kepada adik STEPFENA TRACY ANAK STANLY kerana memenangi pingat Gangsa.

Juga kepada adik MUHAMMAD AMMAR RIZQY BIN MOHD ROZI & EASTER RAENYS ANAK RASMI. Walaupun tidak memenangi pingat anda tetap memberikan saingan hebat sepanjang kejohanan & membuat catatan peribadi yang lebih baik.

Terima kasih kepada ibubapa atas kerjasama yang sangat mantap & semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

TAHNIAH SEKALI LAGI !!!

Briswalk dan senamrobik merdeka. Part 2.
27/08/2026

Briswalk dan senamrobik merdeka.
Part 2.

Briswalk dan senamrobik merdeka. Part 1
27/08/2026

Briswalk dan senamrobik merdeka.
Part 1

PROGRAM KITAR SEMULA SKKSS SEMPENA PERTANDINGAN KITAR SEMULA KEBANGSAAN TAHUN 2026 KUTIPAN KALI KE-7 - BARANGAN PUKALAlh...
26/08/2026

PROGRAM KITAR SEMULA SKKSS SEMPENA PERTANDINGAN KITAR SEMULA KEBANGSAAN TAHUN 2026

KUTIPAN KALI KE-7 - BARANGAN PUKAL

Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Kitar Semula pada hari ini.

Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh para guru, ibu bapa penjaga, murid-murid serta warga sekolah amatlah dihargai dalam usaha memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar ♻️







*TAWARAN SEBUT HARGA PENGENDALIAN KANTIN SEKOLAH*NAMA SEKOLAH:SEKOLAH KEBANGSAAN KEM SYED SIRAJUDDIN73400 Gemas, Negeri ...
24/08/2026

*TAWARAN SEBUT HARGA PENGENDALIAN KANTIN SEKOLAH*

NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM SYED SIRAJUDDIN73400 Gemas,
Negeri Sembilan.

Ruj. Kami: SKKSS 600-8/3/1 Jld 4
Tarikh: 22.08.2026

Adalah dengan ini kami mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin bagi tempoh 24 bulan, bermula 1 Disember 2026 hingga 30 November 2028.

📌BORANG SEBUT HARGA
Borang sebut harga boleh diperoleh secara percuma di Pejabat Sekolah pada waktu pejabat, mulai 25 Ogos 2026 hingga 24 September 2026.

📌DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Sebut harga hendaklah dihantar dalam sampul surat yang digam dan dituliskan dengan jelas “SEBUTHARGA KANTIN SEKOLAH” di bahagian atas sebelah kiri.

📌Dokumen yang perlu disertakan ialah:
• Salinan No. Pendaftaran SSM Syarikat
• Salinan No. Pendaftaran Kewangan
• Borang Sebut Harga

📌TARIKH TUTUP
Borang dan dokumen lengkap hendaklah sampai ke Pejabat Sekolah pada atau sebelum:
24 September 2026 (Khamis)
Jam 12.00 tengah hari

📌WANG PERTARUHAN
Setiap penyertaan hendaklah disertakan wang pertaruhan sebanyak RM100.00 dalam bentuk Wang Kiriman, Wang Pos atau Draf Bank atas nama “Guru Besar SK Kem Syed Sirajuddin”.
Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dipertimbangkan.
Wang pertaruhan akan dikembalikan kepada pemohon yang tidak berjaya.

📌JUMLAH WARGA SEKOLAH
Anggaran jumlah warga sekolah bagi tahun 2026 untuk rujukan pihak yang berminat adalah seperti berikut:

Kategori
Jumlah

Murid Melayu
482 orang

Murid Lain-lain
97 orang

Guru
51 orang

Kakitangan Bukan Guru
16 orang

Jumlah Keseluruhan
*646 orang*

⭐️Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

⭐️Mohon jasa baik untuk sebar luaskan iklan ini. Semoga dengan perkongsian tuan/puan membuka lebih banyak peluang untuk kita menemui pengusaha kantin yang terbaik bagi warga SKKSS.

Sekian, terima kasih.
*GURU BESAR*
*SK KEM SYED SIRAJUDDIN*

📚✨ Tahniah, Mohammad Noah Hadif bin Abdul Qayyum dan Kaseh Malika binti Anuar (4UM)! ✨📚Syabas atas penyertaan dalam Pert...
21/08/2026

📚✨ Tahniah, Mohammad Noah Hadif bin Abdul Qayyum dan Kaseh Malika binti Anuar (4UM)! ✨📚

Syabas atas penyertaan dalam Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Daerah Tampin, bertempat di USTP Gemencheh dan layak menerima sijil penyertaan.

Teruskan budaya membaca dan jadilah pembaca bestari yang menginspirasi! 💜📖




18/08/2026

🚨PEMAKLUMAN WABAK DENGGI DI DAERAH TAMPIN 🚨
Dimaklumkan bahawa Taman Sentosa, Gemas telah dikenal pasti sebagai kawasan wabak denggi aktif. Sehubungan itu, semua penduduk diminta mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan penyakit demam denggi.

✅ Apa yang perlu dilakukan?

1. Luangkan 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
2. Pastikan bekas takungan air ditutup rapat.
3. Buang atau kosongkan bekas yang boleh menakung air.
4. Gunakan semburan aerosol atau penghalau nyamuk jika perlu.
5. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi atau ruam.

🤝 Kerjasama semua penduduk amat diperlukan bagi memastikan kawasan Taman Sentosa bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

Cegah Sebelum Terlambat. Hapuskan Aedes, Lindungi Keluarga.

Promosi Kesihatan Daerah Tampin Pejabat Kesihatan Daerah Tampin Unit Promosi Kesihatan Negeri Sembilan






Address

Kem Syed Sirajuddin
Gemas
73400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Kem Syed Sirajuddin Gemas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category