SK Felda Pasir Besar

SK Felda Pasir Besar SK (F) PASIR BESAR
KM1, JALAN PALONG,
73420 GEMAS, N. SEMBILAN

Persediaan menghadapi cuaca panas.
26/03/2026

Persediaan menghadapi cuaca panas.

Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) disaran untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta melaksanakan langkah-langkah sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas susulan pembukaan semula sekolah selepas tamat Cuti Penggal 1.

Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas hendaklah diberikan berdasarkan keperluan serta situasi semasa di institusi masing-masing.

KPM komited memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya sentiasa terpelihara.

Tahun Ini, Tahun Kita






๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 ๐ŸŒ™Assalamualaikum wbt. Kami dari warga SK Felda Pasir Besar ingin mengucapkan Selamat...
20/03/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 ๐ŸŒ™

Assalamualaikum wbt.

Kami dari warga SK Felda Pasir Besar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga sekolah, para ibu bapa serta komuniti setempat.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua. Di kesempatan ini, kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tahun dan kami memohon ampun atas kekhilafan kami.

Hati-hati di jalan raya, pandu dengan cermat, dan semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi.

โœจ Ikhlas daripada seluruh warga SK Felda Pasir Besar โœจ

Tarikh : 11 Mac 2026Masa : 12 tengahari - 1 petang.Sedang berlangsung World . Surah Al-Muzammil (Tema Membentuk Manusia ...
11/03/2026

Tarikh : 11 Mac 2026
Masa : 12 tengahari - 1 petang.

Sedang berlangsung World . Surah Al-Muzammil (Tema Membentuk Manusia sebelum Membina Dunia).


11/03/2026
Jangan lupa esok 12 tengahari hingga 1 petang. Surah Al-Muzammil.
10/03/2026

Jangan lupa esok 12 tengahari hingga 1 petang. Surah Al-Muzammil.

Makluman Cuti Perayaan.
13/02/2026

Makluman Cuti Perayaan.

๐ŸŒ™ MAJLIS IHYAโ€™ RAMADHAN 1447H / 2026M ๐ŸŒ™Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ihyaโ€™ Ramadhan pada pagi t...
13/02/2026

๐ŸŒ™ MAJLIS IHYAโ€™ RAMADHAN 1447H / 2026M ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ihyaโ€™ Ramadhan pada pagi tadi di dewan sekolah.

Program ini diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan diteruskan dengan tazkirah Ramadan yang memberi pengisian tentang kepentingan berpuasa, memperbanyakkan amalan serta menjaga adab dan akhlak sepanjang bulan yang mulia ini.

Program ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat ukhuwah, kerjasama dan penghayatan nilai Islam dalam kalangan warga sekolah. Semoga segala pengisian yang disampaikan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

โœจ โ€œRamadan Kareem, Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua.โ€ โœจ

Boleh klik link gambar
https://photos.app.goo.gl/vvkbh3a9jLj11Yb56

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2026 ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธTarikh : 23 Januari 2026 (Jumaat)Masa : 8:00 pagiTempat ...
24/01/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2026 ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

Tarikh : 23 Januari 2026 (Jumaat)
Masa : 8:00 pagi
Tempat : Sekitar Felda Pasir Besar

Alhamdulillah, Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SK Felda Pasir Besar Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh semangat kesukanan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil bahagian. Anda semua memang luar biasa โ€” lari bukan biasa-biasa, semangat pun luar biasa! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru, AJK pelaksana, AJK PIBG, PDRM dan ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tanpa kerjasama semua, kejohanan ini tidak akan berjalan sebaik ini. ๐Ÿคโค๏ธ

Semoga program seperti ini dapat terus menyemai budaya hidup sihat, disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan murid. Jumpa lagi tahun depan! ๐Ÿ’šโœจ

Gambar boleh akses di link Google Photos ini. Gambar akan sentiasa dikemaskini. Harap maklum.
https://photos.app.goo.gl/hLPqWrtTHRo8RtkM8




Shared album ยท Tap to view!

Selamat Kembali ke Sekolah, Anak-Anak SK Felda Pasir Besar! Wajah-wajah ceria kalian adalah penyeri sekolah ini.Semoga l...
11/01/2026

Selamat Kembali ke Sekolah, Anak-Anak SK Felda Pasir Besar!

Wajah-wajah ceria kalian adalah penyeri sekolah ini.

Semoga langkah yang bermula hari ini membawa seribu kejayaan, sejuta kenangan indah dan jutaan doa yang dimakbulkan.

Teruslah berusaha, jangan takut mencuba dan yakinlah bahawa setiap guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian ๐Ÿค

Address

SK Pasir Besar, Jalan Palong, Kampung Pasir Besar, Pasir Besar
Gemas
73420

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6064576500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Felda Pasir Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Felda Pasir Besar:

Shortcuts

Share