31/01/2026
Part 2
✨ MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN CILIK SK SUNGAI KELAMAH RKTP SESI 2026 ✨
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PSS Sk Sungai Kelamah RKTP
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik SKSK Sesi 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, SKSK. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada murid-murid yang terpilih sebagai pemimpin sekolah serta menyemai nilai kepimpinan, tanggungjawab dan disiplin dalam diri mereka.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai Pemimpin Cilik SKSK. Semoga amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, disiplin dan teladan yang baik kepada rakan-rakan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Sarjan Ellan bin Abu, Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM, IPD Tampin dan Koperal Kamal Safizie bin Abdul Karim, Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM, IPD Gemas. Kehadiran pihak PDRM ini jelas mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha sekolah dalam membentuk sahsiah dan kepimpinan murid sejak peringkat awal.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua pemimpin cilik yang dilantik. Jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab demi kecemerlangan diri, sekolah dan masa depan negara. 🫡