Sekolah Agama Rakyat Jelai 3

Sekolah Agama Rakyat Jelai 3 SEKOLAH AGAMA RAKYAT JELAI 3 (FELDA)

Pendaftaran kemasukan murid Tahun 1 sesi 2025/2026Hari: IsninTarikh: 17/2/2025Tempat: Sekolah Agama Rakyat Jelai 3Masa: ...
24/01/2025

Pendaftaran kemasukan murid Tahun 1 sesi 2025/2026

Hari: Isnin
Tarikh: 17/2/2025
Tempat: Sekolah Agama Rakyat Jelai 3
Masa: 3.00 petang 5.00 petang

1. Bagi pendaftaran murid Tahun 1 diminta bawa salinan sijil kelahiran .

2. Pembayaran yuran bagi murid tahun 2 hingga tahun 5 dijalankan pada hari yang sama.

3. Murid tidak perlu hadir ke sekolah pada sesi pendaftaran dan bayaran yuran.

Jamuan Kelas Akhir Tahun Sesi 2024/2025Pada 15 Januari 2025, pihak sekolah telah mengadakan Jamuan Kelas Akhir Tahun. Ja...
24/01/2025

Jamuan Kelas Akhir Tahun Sesi 2024/2025

Pada 15 Januari 2025, pihak sekolah telah mengadakan Jamuan Kelas Akhir Tahun. Jamuan ini bertujuan untuk merayakan kejayaan dan usaha gigih para pelajar sepanjang tahun serta mengeratkan lagi silaturahim antara guru dan pelajar.

Terima Kasih kepada ibu bapa yang menyumbang hidangan potluck . Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan . Semoga anak-anak SAR Jelai 3 terus berjaya dunia , akhirat.

PROGRAM PERJUMPAAN 3 PENJURU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KAFA SESI 2024/2025TARIKH : 10 JANUARI 2025HARI : JUMAATMASA : 3:00...
23/01/2025

PROGRAM PERJUMPAAN 3 PENJURU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KAFA SESI 2024/2025

TARIKH : 10 JANUARI 2025
HARI : JUMAAT
MASA : 3:00 PETANG
TEMPAT : KELAS MASING-MASING

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir dalam perjumpaan ini demi kemenjadian dan kecemerlangan anak-anak.

UJIAN UPKK TAHUN 5 SAR JELAI 3TARIKH : 6 JANUARI 2025 HINGGA 9 JANUARI 2025Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya k...
23/01/2025

UJIAN UPKK TAHUN 5 SAR JELAI 3
TARIKH : 6 JANUARI 2025 HINGGA 9 JANUARI 2025

Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak Tahun 5 SAR Jelai 3. Ujian UPKK ini adalah satu langkah penting dalam perjalanan pendidikan anda, dan ia bukan hanya untuk menguji pengetahuan, tetapi juga untuk menguji usaha dan ketabahan anda dalam belajar.

Semoga ujian ini membuka jalan untuk kejayaan yang lebih besar di masa hadapan. Selamat berjaya, semoga Allah merahmati segala usaha anda.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 3 : Memperingati Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muham...
23/01/2025

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 3 : Memperingati Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Pada 15/10/2024 , pihak SAR JELAI 3 dengan penuh rasa syukur telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Program ini bertujuan untuk mengingatkan pelajar dan warga sekolah tentang teladan hidup Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nilai-nilai murni, kasih sayang, dan keadilan.

Program dimulakan dengan Penceramah Ustazah Mazliana Binti Wahid selaku Guru Besar SAR Jelai 3 yang telah menyampaikan ceramah yang sangat bermanfaat mengenai sirah Nabi Muhammad SAW, serta pengajaran dan tuntutan dalam kehidupan yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Para pelajar teruja dan mendapat banyak ilmu yang boleh dijadikan pedoman dalam menjadi individu yang lebih baik.

Selain itu, untuk meriahkan lagi sambutan ini, pihak sekolah telah menganjurkan pertandingan teka silang kata bagi pelajar Tahap 2 dan pertandingan mewarna bagi pelajar Tahap 1. Pertandingan ini bukan sahaja menguji pengetahuan pelajar tentang Nabi Muhammad SAW dan Islam, tetapi juga merangsang kreativiti dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.

Tahap 1 (Pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3) telah menikmati keseronokan pertandingan mewarna yang bertemakan Nabi Muhammad SAW dan sifat-sifat terpuji Baginda. Manakala pelajar Tahap 2 (Pelajar Tahun 4 hingga Tahun 5) terlibat dalam pertandingan teka silang kata, yang menguji pengetahuan mereka tentang Islam dan sirah Nabi Muhammad SAW.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dalam pertandingan Mewarna Tahap 1 dan pertandingan Teka Silang Kata Tahap 2 yang telah diadakan . Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam pelbagai aspek.

Pihak Sekolah sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini, termasuk penceramah, para guru, dan semua pelajar yang turut serta. Semoga melalui program ini, kita dapat lebih mengenali dan mencontohi akhlak dan peribadi Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID NURUL HUDA FELDA JELAI 3TARIKH : 12/10/2024 (SELASA)TEMPAT :  MASJID NURUL HUDA...
23/01/2025

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID NURUL HUDA FELDA JELAI 3

TARIKH : 12/10/2024 (SELASA)

TEMPAT : MASJID NURUL HUDA FELDA JELAI 3

Meriahkan Kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan Pertandingan Nasyid

Pada 12/10/2024 , pihak Masjid Nurul Huda Felda Jelai 3 telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan menghidupkan semangat kecintaan kepada Baginda melalui pelbagai aktiviti bermanfaat. Sambutan ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat setempat, termasuk pelajar dan guru dari SAR JELAI 3 yang turut menyertai program ini.

Pihak masjid telah menganjurkan pertandingan nasyid yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah . Pertandingan ini bukan sahaja memberi ruang kepada para peserta untuk mempersembahkan bakat seni suara mereka, tetapi juga menjadi medium untuk menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Nasyid yang penuh dengan pujian dan penghormatan kepada Baginda.

Pihak Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 3 mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Masjid Nurul Huda Felda Jelai 3 atas penganjuran program yang penuh bermakna ini. Semoga sambutan Maulidur Rasul ini dapat terus mengukuhkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW

23/01/2025
Pada 2 September 2024 (Isnin) pihak Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 3 telah mengadakan Program Kesedaran Anti Dadah yan...
22/01/2025

Pada 2 September 2024 (Isnin) pihak Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 3 telah mengadakan Program Kesedaran Anti Dadah yang bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada anak-anak SAR Jelai 3 mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan pentingnya mengelakkan terlibat dalam kegiatan yang merosakkan masa depan mereka.

Program ini telah berlangsung dengan lancar dengan kehadiran Encik Mohd Aziz (Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Tampin) seorang penceramah yang berpengalaman dalam bidang pencegahan dadah.

Dalam sesi ini, para pelajar diberi taklimat yang sangat informatif mengenai bahaya dadah, bagaimana ia boleh merosakkan kehidupan seseorang, dan cara-cara untuk menjauhi dadah. Pelajar juga diberi peluang untuk bertanya soalan bagi mendalami lagi isu ini.

Selain itu, program ini turut diserikan dengan Pameran Anti Dadah yang dianjurkan oleh pihak penganjur Anti Dadah . Pameran tersebut menampilkan pelbagai maklumat berguna, bahan-bahan pendidikan, dan aktiviti interaktif yang memudahkan para pelajar untuk memahami dengan lebih jelas mengenai kesan buruk dadah terhadap kehidupan seseorang.

Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada Encik Mohd Aziz dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Tampin atas usaha dan komitmen yang diberikan untuk menjayakan program ini. Diharapkan dengan pendedahan ini, para pelajar dapat lebih berwaspada dan bijak membuat keputusan dalam kehidupan mereka.

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan terlibat dalam program ini. Semoga usaha ini memberi impak positif dan bermanfaat kepada semua.

24/08/2024

Persembahan program Semarak Merdeka Pelajar SAR Jelai 3

🇲🇾 SAMBUTAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA ANJURAN MASJID NURUL HUDA (F) JELAI 3 🇲🇾Alhamdulillah. Puji dan syukur dipanjatkan k...
24/08/2024

🇲🇾 SAMBUTAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA ANJURAN MASJID NURUL HUDA (F) JELAI 3 🇲🇾

Alhamdulillah. Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan kasih sayang yang diberikan. Syukur atas kelancaran urusan sepanjang program dilaksanakan.

Pelajar Sekolah Agama Rakyat (F) Jelai 3 telah memenangi kategori yang dipertandingkan iaitu:

PERTANDINGAN NYANYIAN PATRIOTIK BERKUMPULAN
JOHAN : KUMPULAN SRIKANDI
NAIB JOHAN : KUMPULAN SHIK
KETIGA : KUMPULAN ANAK MERDEKA

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
JOHAN : RANIA BINTI MUHAMMAD ZURAIDI
NAIB JOHAN : DHIYA INARA BINTI MOHAMMAD YUSOF
KETIGA : AISYAH HANA BIN HENDRA AZLIZAL

PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK TAHAP 1
JOHAN : NURUL IRDINA ZULAIKHA BINTI YUS AFIZAL
KETIGA : NUR IFFA HUMAIRA BINTI ABDUL MUHID

PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK TAHAP 2
KETIGA : NURUL SYUHADA LIANA BINTI DARWIS

PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1
KEDUA : MUHAMMAD AIMAN BIN HENDRA AZLIZAL
KETIGA : NUR MEDINA SOFIA BINTI AZHAR

PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 2
NAIB JOHAN : NUR AIN MAISARAH BINTI MOHD FAIZAL

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2
JOHAN : NUR ZAFIRAH DELISHA BINTI RUSLAN
NAIB JOHAN : NUR AFIRAH ZAHRA BINTI MOHD SAIFULAZWAN.
KETIGA : NUR FARZANAH BINTI MOHD FARZLUN

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PERTANDINGAN INI KHUSUSNYA PIHAK PENGANJUR MASJID NURUL HUDA (F) JELAI 3, ANAK-ANAK MURID DAN IBUBAPA YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DAN TAHNIAH DIUCAPKAN.

1 Ogos 2024PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN Sekolah Agama Rakyat Jelai 3 Antara Aktiviti yang diadakan bagi Program Perasmia...
01/08/2024

1 Ogos 2024

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN Sekolah Agama Rakyat Jelai 3

Antara Aktiviti yang diadakan bagi Program Perasmian Bulan kemerdekaan SAR Jelai 3 adalah

1) Pemasangan bendera Malaysia di sekitar sekolah

2) Pertandingan Mewarna Tahap 1

3) Pertandingan Silang kata Tahap 2

29 JULAI 2024 PROGRAM CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA JELAI 3 BERSAMA BALAI BOMBA GEMASAlha...
31/07/2024

29 JULAI 2024

PROGRAM CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA JELAI 3 BERSAMA BALAI BOMBA GEMAS

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi kami kesempatan untuk menjayakan program Demonstrasti Latihan Kebakaran .

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid mengenai pengetahuan tentang kaedah menyelamat diri ketika berlakunya kebakaran .

Semoga dengan program ini, murid-murid dapat mengetahui laluan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran .

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pasukan Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Bomba Gemas atas kerjasama dan perkongsian ilmu & nasihat yang amat berguna kepada warga SAR Jelai 3.

Address

Sekolah Agama Rakyat Jelai 3 Felda
Gemas
73420

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Rakyat Jelai 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share